Muhammad Azhari

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Syeikh Muhammad Azhari al-Falimbani merupakan seorang ulamak nusantara yang berasal dari Palembang, Sumatera Selatan. Syeikh Muhammad Azhari al-Falimbani banyak mengarang kitab-kitab keugamaan, menggunakan pelbagai nama pena, termasuk Muhammad bi Abdullah al-Azhari al-Falimbani, Muhammad Azhari bin Abdullah al-Falimbani, Kiyal Haji Kemas Muhammad Azhari, Kiyai Syeikh atau Kiyai Pedatukan. Anaknya juga terbabit dalam bidang dakwah dan dikenali sebagai Syeikh Yasin Padang.

Diantara karya beliau termasuk:-

  1. Atihyatur Rahman fi Bayani Qawa'idil Iman, 1259H/1843M.
  2. Aqaidul Iman li Ma'rifatil Ilahir Rahman, ditulis di Mekah 18 Safar 1309. Dicetak bati di Singapura pada 8 Wyawal 1319H/1901M, naskah salinan Alwi bin Idrus al-Aidrus
  3. Bad'iuz Zaman fi Bayani 'Aqaidil Iman, ditulis di Mekah, 21 Rabiulakhir 1310H/1892M, cetakan pertama.
  4. Bidayatul Rahman, 1324H/1906M. Pernah dicetak di Mekah oleh Mathba'ah al Miriyah, Makkah 1330H/1911M.
  5. Amalan Doa Ukasyah Bergantung Makna Serta Dengan Syarahnya, oleh muridnya Hasan bin Abdusy Syukur.

Rujukan / Bacaan lebih lengkap[sunting | sunting sumber]