Muhammad Bukhari Lubis

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Profesor Emeritus Dr.

Muhammad Bukhari Lubis

A.M.P. (Perak), Ph.D, C.Phil (UC Berkeley), M.A (Chicago), B.A. (UKM), B.A. (UNAS), Dip. Pend. (UKM)
Kelahiran
Mohamad Bohari bin Ahmad

(1953-08-16) 16 Ogos 1953 (umur 70)
Mekah, Arab Saudi
Nama lainMuhammad Bukhari Lubis
HM Bukhari Lubis
Rizi S.S.
KerakyatanMalaysia
PendidikanUniversiti Kebangsaan Malaysia
Universiti Chicago
Universiti Nasional Jakarta, Kuala Lumpur
PekerjaanProfesor emeritus, penyelidik, penulis

Profesor Emeritus Dr Haji Muhammad Bukhari Lubis atau nama sebenar Mohamad Bohari bin Ahmad, atau dalam dunia sajak, dikenali dengan Rizi S.S. (lahir 16 Ogos 1953, di Mekah[1]) ialah seorang ahli akademik, penyelidik dan penulis di Malaysia berketurunan Mandailing.

Beliau banyak melakukan perbandingan kesusasteraan Sufi Arab, Sufi Parsi, Sufi Turki dan Sufi Melayu. Beliau juga mengusahakan perbandingan bahasa atau filolofi, terjemahan dan kesenian khat.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Bermula d Sekolah Kebangsaan Temoh,Temoh , Perak (1960-1965) Kemudian di Madrasah Tarbiah Islamiah Temoh (1962-1965) - pengajaran agama dan bahasa Arab.Seterusnya sekolah menengah di Sekolah Izzuddin Shah, Ipoh (1966--1970) dan Kolej Islam Kelang (1971-1972).

Pendidikan tinggi di Universiti Kebangsaan Malaysia jurusan Pengajian Islam serta Diploma Pendidikan. Kemudian Universiti Nasional Jakarta -bidang bahasa dan sastera Indonesia. Beliau sambung belajar peringkat Sarjana di University of Chicago di Berkeley, Amerika Syarikat (1978-1980). Sekali lagi ke University of California di Berkeley untuk C. Phil dan Ph.D dalam perbandingan sastera Sufi Arab, Sufi Parsi dan Sufi Turki (1984-1989). Beliau menghadiri Kursus Lanjutan Bahasa dan Kebudayaan Parsi di Universiti Mashhad, Iran dan Universiti Bosphorus / Boyaziqi Universiti, Istanbul, Turki mengikuti Kursus Lanjutan tentang bahasa dan kebudayaan Turki (1986).

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Bekerja di UKM sebagai tutor di Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam (1977). Bertugas sebagai pensyarah (1980-2001)dan sebagai Profesor Madya (1993) .Seterusnya sebagai Timbalan Dekan di Fakulti Pengajian Islam ((Januari 1994- Disember 1994)) khusus dalam bidang persidangan dan penyelidikan. Kemujdian beliau berhijrah ke Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim, Perak.

Beliau juga menjadi pensyarah sambilan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (1983–1984 dan 1990); Universiti Putra Malaysia (1997–2000) dan Kolej Islam Pahang (1997-1999).

Bukhari telah dikurniakan gelaran Profesor Emeritus daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) semasa Istiadat Konvokesyen UPSI kali ke-19 pada Oktober 2017[2].

Penulisan[sunting | sunting sumber]

Sejak 1967, beliau menulis jenaka pendek berbahasa Arab yang tersiar dalam majalah al-Tali’ah, bilangan 2, terbitan Persatuan Bahasa Arab, Sekolah Izzuddin Shah. Pada 1978 beliau meraih tempat kedua dalam Pertandingan Menulis Esei Bahasa Inggeris anjuran Persatuan Bahasa Inggeris di Izzuddin Shah.Di Kolej Islam Kelang, beliau menjuarai Peraduan Menulis Rencana Bahasa Inggeris dan tersiar dalam majalah sekolah 'Restu'.

Eseinya “Iliya Abu Madhi” tersiar dalam Dewan Sastera pada Mac 1974. Pelbagai genre yang dihasilkan, termasuklah esei, kritikan sastera, ulasan buku, cerpen, puisi dan terjemahan.Rizi boleh berbahasa Arab, Parsi, Turki dan bahasa Melayu sendiri.Karyanya tersiar dalam Dewan Sastera, Dewan Budaya, Al-Islam, Utusan Qiblat, Jurnal Perisa, Jurnal Dewan Bahasa, Panji Masyarakat, Islamiyyat, Medium, Gombak Review, Pangsura, Mastika, Utusan Zaman, Berita Minggu, Mingguan Malaysia, Sufi (London) dan Hozur (Tehran).

Beliau merantau ke Istanbul, Ankara, Erzurum, Tillo dan Bursa (Turki); Mashhad dan Tehran (Iran); Jakarta, Bandung, Yogyakarta, Medan, Tano (Indonesia); Kaherah (Mesir) dan beberapa negeri dan daerah di Malaysia.

Beliau menyampaikan kertas kerja di pelbagai seminar di Malaysia dan luar negara dalam bahasa Melayu, Inggeris, Arab dan Parsi. Antaranya ialah Qasida Conference anjuran School of Oriental dan African Studies, London (1993); 34th International Congress of Asian and North African Studies (ICANAS) anjuran Universiti Hong Kong (1993), Persidangan Antarabangsa Linguistik Melayu, anjuran Persatuan Linguistik Malaysia (1992); Mu’tamar al-Islam wa al-Thaqafah fi Asiya (Persidangan Islam dan Kebudayaan di Asia) anjuran Persatuan Ahli Sejarah dan Arkeologi Iraq (1994), Nadwah Kesusasteraan Islam anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (1993) dan Multaqa al-Tasawwuf al-Islami al-‘Alami (Persidangan Antarabangsa Tasawwuf Islam) anjuran Persatuan Dakwah Islamiah Sedunia Libya (1995). Beliau juga diminta menulis artikel untuk ensiklopedia, antaranya Ensiklopedia Sejarah dan Kebudayaan Melayu dan Turkiye Diyanet Vakti Islam Ansiklopedisi (Istanbul). Beliau juga merupakan sarjana Malaysia pertama yang artikelnya tersiar dalam ensiklopedia Turki berkenaan dan beliau turut dilantik sebagai penyelaras entri Islam di Nusantara.

Beliau juga boleh menghasilkan seni khat. Pada 22-28 Ogos 1994, beliau mengadakan pameran seni khat koleksinya di Dewan Canselor, Tun Abdul Razak, sempena 20 tahun Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam.

Berpersatuan[sunting | sunting sumber]

Beliau ahli seumur hidup Persatuan Linguistik Malaysia (PLM), Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM), Persatuan Penulis Nasional (PENA), Persatuan Seni Khat Kebangsaan (PSKK), Persatuan Kesusasteraan Bandingan Malaysia (PKBM), Persatuan Pengajian Melayu Malaysia (PPMM) dan Persatuan Karyawan Perak (KARYAWAN PK). Beliau turut menjadi Timbalan Presiden PSKK (1996–2001), Timbalan Presiden Ikatan Kebajikan Mandailing (Iman Malaysia) (1997–2001), AJK Nadwah Persuratan Islam Malaysia (NAFIS) (1995/96), AJK Eksekutif PKBM (1996–2000), AJK Pendidikan dan Pengembangan Seni Khat (sejak 1998) dan Ahli Majlis PLM (2000–2001). Pengerusi Panel Hakim Peraduan Mengarang Puisi Berunsur Islam, sempena kedatangan abad 15 Hijrah anjuran Bahagian Hal-Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri (1981), Pengadil Peraduan Menulis Cerpen Berunsur Islam VII 1994, anjuran Bahagian Hal-Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri (1994), dan Pengadil Anugerah Sastera Perak, anjuran Kerajaan Negeri Perak dan Yayasan Perak (1995).

Beliau dilantik sebagai Anggota Kehormat Rabitat al-Adab al-Hadith bil-Qahirah (Ikatan Kesusasteraan Arab Moden di Kaherah) (1997) dan Anggota Kehormat PEIVAND SOCIETY (Tajik Society For Cultural Relations with Compatriots Abroad) (1999).

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Darjah kebesaran[sunting | sunting sumber]

  •  Perak
    • Darjah Ahli Mangku Perak (A.M.P.) - 1996

Anugerah kesusasteraan[sunting | sunting sumber]

  •  Perak
    • Anugerah Karyawan Sepanjang Hayat, Hadiah Sastera Darul Ridzuan 2016[3]
    • Anugerah Ilmuwan Negeri, Hadiah Sastera Darul Ridzuan 2022[4]

Penulisan[sunting | sunting sumber]

  1. Sering Kali. Kuala Lumpur: Al Rahmaniah, 1983
  2. Sekitar Sejarah dan Tamadun Islam. Bangi: Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam (JAPATI) Universiti Kebangsaan Malaysia, 1981
  3. Qasidahs in Honor of the Prophet. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, (peny). 1983
  4. Di Sekitar Sejarah dan Tamadun Islam (peny. bersama Hamidah Osman) (Jilid II). Bangi: Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, UKM ; 1983
  5. Rasulullah dalam Puisi (peny. bersama).  ; DBP , 1986
  6. Pujangga Arab.  ; DBP , 1987
  7. Bunga Rampai Sastera Parsi; DBP , 1990
  8. The Ocean of Unity: Wahdat al-Wujud in Persian, Turkish and Malay Poetry; DBP , 1993
  9. Persuratan Islam (peny.).  ; DBP , 1994
  10. Bunga Rampai Bahasa dan Sastera Arab (peny. bersama). Bangi: Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, UKM, 1994
  11. Tasawwuf and Literature in Bosnia: Three Studies by Prof. Hamid Algar (peny.). Shah Alam: Hizbi Sdn. Bhd., 1996.
  12. Pancasuara: Himpunan Sajak-sajak Arab Klasik dan Moden. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia, 1983
  13. Al-Taufis (terjemahan bersama antologi Manifestasi ke bahasa Arab).  ; DBP , 1994
  14. Cerpen Kritikan Puisi Arab Parsi Turki. Kuala Lumpur dan Serdang: Institut Terjemahan Negara Malaysia dan Penerbit Universiti Putra Malaysia, 1999

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "MUHAMMAD BUKHARI LUBIS @ RIZI S.S". Penulis Perak. 8 Mei 2011. Dicapai pada 26 Mac 2023.
  2. ^ "Lebih 5000 Graduan Terima Diploma dan Ijazah UPSI". Epena UPSi. 20 November 2017. Dicapai pada 26 Mac 2023.
  3. ^ "HSDR entiti Sastera Darul Ridzuan". Sinar Harian. 20 Februari 2022. Dicapai pada 26 Mac 2023.
  4. ^ "Baharuddin Kahar dinobatkan Sasterawan Negeri Perak". Astro Awani. 31 Januari 2023. Dicapai pada 26 Mac 2023.