Muhammad Daud Iraqi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Dato' Haji

Muhammad Daud Iraqi

DJMK (Kelantan)
Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat
Dalam jawatan
2007–2009
Didahului olehHarun Taib
Digantikan olehHarun Taib
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan
Dalam jawatan
1995–2004
Menteri Besar Nik Abdul Aziz bin Nik Mat
Kawasan pilihan rayaKenali
Anggota Dewan Undangan Negeri Kelantan
untuk Demit
Dalam jawatan
2004–2008
Didahului olehKonstituensi baharu
Digantikan oleh Muhamad Mustafa
Anggota Dewan Undangan Negeri Kelantan
untuk Kenali
Dalam jawatan
1995–2004
Didahului olehKonstituensi baharu
Digantikan olehKonstituensi dibubar
Anggota Dewan Undangan Negeri Kelantan
untuk Lundang
Dalam jawatan
1994–1995
Didahului oleh Mawardi Ahmad
Digantikan olehKonstituensi dibubar
Butiran peribadi
Lahir1939 (1939)
Meninggal dunia8 November 2017(2017-11-08) (umur 77–78)
Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian
Tempat persemadianTanah Perkuburan Islam Lundang, Kota Bharu
Parti politik Parti Islam Se-Malaysia
PekerjaanUlamak, ahli politik

Dato' Haji Muhammad bin Daud atau Muhammad Daud Iraqi (1939 – 8 November 2017) ialah seorang ahli politik Malaysia berbangsa Melayu dari Parti Islam Se-Malaysia. Beliau merupakan bekas Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat yang berkhidmat dari 2007 hingga 2009. Beliau pernah menjadi wakil rakyat di beberapa Dewan Undangan Negeri di Kelantan seperti Lundang, Kenali, dan Demit.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Beliau mendapat pendidikan awal di Pondok Tok Kenali, Kubang Kerian selama 13 tahun. Seterusnya, beliau melanjutkan pengajian menengah di Maahad Muhammadi Merbau, Kota Bharu. Pada 1963, beliau terpilih menjadi salah seorang daripada 10 pelajar Malaysia yang diberikan tajaan belajar di Universiti Baghdad. Antara pelajar yang lain ialah Hassan Shukri dan Hashim Jasin[1].

Pulang dari Baghdad selepas empat tahun, beliau mengajar di Sekolah Arab Yaakubiah, Lundang. Seterusnya menjadi pensyarah di Kampus Yayasan Pengajian Tinggi Islam Kelantan (YPTIK) di Nilam Puri. Selepas YPTIK menjadi Akademi Pengajian Islam Nilam Puri Universiti Malaya, beliau terus berkhidmat sebagai pensyarah di UM sehingga tahun 1991. Pada 1991, beliau dilantik sebagai Ketua Penolong Pengarah Pendidikan Yayasan Islam Kelantan sehinggalah nama beliau dicalonkan sebagai calon PAS bagi menghadapi pilihan raya kecil Lundang pada tahun 1994[1].

Penglibatan dalam politik[sunting | sunting sumber]

Muhammad Daud Iraqi mula menyertai pilihan raya selepas menjadi calon PAS bagi pilihan raya kecil Lundang 1994. Beliau telah menang dalam pilihan raya tersebut[2], bagi menggantikan penyandangnya Ustaz Mawardi Ahmad yang meninggal dunia. Pada pilihan raya umum Malaysia 1995, beliau telah menjadi calon PAS di DUN Kenali dan memenanginya selama dua penggal (sehingga 2004). Dalam masa yang sama, beliau telah dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri di bawah kepimpinan Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Keputusan pilihan raya[sunting | sunting sumber]

Kerusi yang ditandingi Muhammad Daud Iraqi
Tahun Kawasan Individu Undian Lawan Undian Majoriti
1994 DUN Lundang, Kelantan Muhammad Daud Iraqi (PAS) 9,270 Nik Abdul Rahman Nik Taib (BN-UMNO) 5,024 4,246
1995 DUN Kenali, Kelantan Muhammad Daud Iraqi (PAS) 9,375 Arifin Othman (BN-UMNO) 3,929 5,446
1999 DUN Kenali, Kelantan Muhammad Daud Iraqi (PAS) 10,316 Mohd Fauzi Ismail (BN-UMNO) 2,859 7,457
2004 DUN Demit, Kelantan Muhammad Daud Iraqi (PAS) 8,807 Muhammad Abdul Ghani (BN-UMNO) 5,551 3,256

Anugerah dan pengiktirafan[sunting | sunting sumber]

  •  Kelantan
    • Darjah Dato' Paduka Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (D.J.M.K.) - Dato' - 2007

Meninggal dunia[sunting | sunting sumber]

Muhammad Daud Iraqi meninggal dunia ketika berusia 78 tahun di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian pada 8 November 2017. Jenazah beliau dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Lundang[3].

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Riduan Mohamad Nor (8 November 2017). "Tribut buat Almarhum Ustaz Muhammad Daud Al-Iraqi". Harakahdaily. Dicapai pada 25 Oktober 2021.
  2. ^ Hanapi Dollah (1994). "Pilihanraya Kecil Lundang Suatu Perbalahan dalam Pentakrifan Islam" (PDF). Jurnal Antarabangsa Alam dan Tamadun Melayu. Dicapai pada 25 Oktober 2021.
  3. ^ Nor Fazlina Abdul Rahim (8 November 2017). "Bekas Ketua Dewan Ulama meninggal dunia". Berita Harian. Dicapai pada 25 Oktober 2017.