Muhammad Faiz Fadzil

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Yang Berhormat

Muhammad Faiz Fadzil

ADUN
Anggota Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang
untuk Permatang Pasir
Memegang jawatan
2018
Didahului olehMohd Salleh Man
Pengerusi
Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia
Dalam jawatan
19 Oktober 2018 – 2020
Didahului olehIrmohizam Ibrahim
Digantikan olehSyed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal
Butiran peribadi
Lahir (1977-04-21) 21 April 1977 (umur 45)
Alor Setar, Kedah
Parti politikPakatan-harapan-logo.svg Parti Amanah Negara Flag.svg AMANAH
PasanganNoralis Mat
Anak-anak
  • Farah A’Lia
  • Fadzil Zikri
BapaFadzil Mohd Noor
HubunganFauwaz Fadzil (adik)
PekerjaanAhli politik
ProfesionPeguam

Yang Berhormat Tuan Muhammad Faiz bin Dato' Haji Fadzil ialah seorang ahli politik dan peguam di Malaysia. Beliau ialah Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang bagi DUN Permatang Pasir mewakili Pakatan Harapan selepas menang dalam pilihan raya umum Malaysia 2018. Beliau juga mempunyai sebuah syarikat guaman di Seremban, Negeri Sembilan.[1]

Di peringkat akar umbi parti, beliau merupakan Ahli Jawatankuasa Nasional Parti Amanah Negara bagi sesi 2019-2022.[2]

Beliau merupakan anak kepada bekas Presiden Parti Islam Se-Malaysia, Allahyarham Dato' Haji Fadzil bin Mohd Noor.[3]

Beliau pernah menjadi Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia[4] menggantikan Irmohizam Ibrahim pada tahun 2018 dan digantikan oleh Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal pada tahun 2020.[5]

Rujukan[sunting | sunting sumber]