Muhammad Ismi Mat Taib
YB Ustaz Muhammad Ismi Mat Taib AP | |
---|---|
Anggota Parlimen Malaysia untuk Parit, Perak | |
Memegang jawatan 19 Disember 2022 | |
Didahului oleh | Mohd Nizar Zakaria |
Pengerusi Lembaga Pengarah LGM Properties Corporation | |
Dalam jawatan 14 Mei 2020 – 11 November 2021 | |
Didahului oleh | Yeaw Kok Kwey |
Digantikan oleh | Haniza Mohamed Talha |
Butiran peribadi | |
Lahir | (1974-05-24) 24 Mei 1974 (umur 48) Kampung Selboh, Parit, Perak, Malaysia |
Parti politik | ![]() |
Sekutu gabungan politik lain | Perikatan Nasional |
Alma mater | Sarjana di Universiti Malaya Sarjana muda di Universiti Jordan |
Ustaz Muhammad Ismi Mat Taib adalah ahli politik Malaysia dari Parti Islam Se-Malaysia. Di peringkat parti, beliau merupakan Yang Dipertua PAS Kawasan Parit dan Ahli Jawatankuasa Kerja Dewan Ulamak PAS Pusat. Beliau juga dilantik sebagai Pegawai Khas kepada Presiden PAS, Haji Abdul Hadi Awang sejak 2017[1][2]. Beliau dilantik menjadi Pengerusi Lembaga Pengarah LGM Properties Corporation pada 14 Mei 2020[3].
Latar belakang[sunting | sunting sumber]
Muhammad Ismi dilahirkan pada 24 Mei 1974 di Kampung Selboh, Parit, Perak. Beliau memperoleh ijazah sarjana dalam Usuluddin Al-Quran & Al-Hadith dari Universiti Malaya dan ijazah sarjana muda Bahasa Arab dari Universiti Jordan.
Pencalonan senator[sunting | sunting sumber]
Muhammad Ismi pernah menjadi calon Ahli Dewan Negara mewakili Dewan Negeri Perak pada 2018. Walau bagaimanapun, beliau tewas kepada calon parti pemerintah dalam pengundian oleh ahli dewan negeri[4].
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ "Senarai penuh AJK PAS Pusat, PJ & portfolio". Harakahdaily. Mei 6, 2017. Dicapai pada 27 November 2021.
- ^ "PRK Slim ukur keupayaan setiap pihak". Harakahdaily. Ogos 25, 2020. Dicapai pada 27 November 2021.
- ^ "Laporan Tahunan LGM Properties Corpoation 2020". Dicapai pada 27 November 2021.
- ^ Shamsul Kamal Amarudin dan Zahratulhayat Mat Arif (Ogos 13, 2018). "DUN Perak pilih senator". HMetro. Dicapai pada 20 Disember 2021.