Pergi ke kandungan

Muhammad Nur Manuty

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Muhammad Nor Manuty)
Datuk Dr.

Muhammad Nur Manuty

PhD
Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia
Memegang jawatan
8 Mei 2023
Perdana MenteriAnwar Ibrahim
MenteriMohd Na'im Mokhtar
Didahului olehMohd Kamal Hassan
Presiden Kolej Dar al-Hikmah
Memegang jawatan
1 November 2021
Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Sultan Zainal Abidin
Dalam jawatan
1 Oktober 2018 – 30 September 2021
Ahli Dewan Negara Malaysia
Dipilih oleh Dewan Negeri Selangor
Dalam jawatan
17 Disember 2015 – 16 Disember 2018
Pengerusi PKR Perak
Dalam jawatan
2013–2018
Digantikan olehFarhash Wafa Salvador Rizal Mubarak
Pengerusi
Angkatan Belia Islam Malaysia
Dalam jawatan
1991–1997
Didahului olehSiddiq Fadzil
Digantikan olehAhmad Azam Ab Rahman
Butiran peribadi
LahirMuhammad Nor bin Manuty
(1949-12-12) 12 Disember 1949 (umur 74)
Kampung Jelai, Batu Kurau, Perak
Parti politik Parti Keadilan Rakyat
Alma materUniversiti Kebangsaan Malaysia (Ijazah Sarjana Muda)
Universiti Temple (Ijazah Sarjana dan Ijazah Doktor Falsafah)
PekerjaanAhli Politik
ProfesionAhli Akademik
Bersama Dr Yusuf Qardhawi

Datuk Dr. Muhammad Nur Manuty ialah ahli akademik dan ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau kini berkhidmat sebagai Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)[1]. Beliau sebelum ini merupakan Ahli Dewan Negara (Senator) mewakili Dewan Negeri Selangor selama dua penggal. Beliau pernah berkhidmat sebagai ahli akademik di Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Pendidikan

[sunting | sunting sumber]

Beliau bersekolah di Kolej Islam Malaya (1970) di Klang,Selangor. Kemudian melanjutkan pengajian Sm,Pi (Usuluddin dan Falsafah, UKM), (1970-197474);

MA (Pemikiran Islam dan Perbandingan Agama), Universiti Temple, Philadelphia, USA (1978)

PhD (Pemikiran Islam dan Perbandingan Agama), Universiti Temple, Philadelphia, USA (1988)

Pensyarah di Jabatan Pengajian Arab Dan Tamadun Islam, UKM (1974-83); Pensyarah di Markaz Ilmu Teras, UIAM (1983-90); Penolong Profesor di Jabatan Usuluddin dan Perbandingan Agama (1990-95); Profesor Madya di Jabatan Usuluddin Dan Perbandingan Agama, UIAM (1995-99). Dalam bidang pentadbiran, pernah menjadi Dekan Hal Hal Pelajar, UIAM (1990-1994); Dekan Pusat Pengajian Lanjutan Dan Khidmat Masyarakat, UIAM (1995-1998)

Perunding Pendidikan Islam, Darul Arqam, Singapura; Pengarah, CESMACS, Kuala Lumpur; pensyarah sambilan Kolej Darul Hikmah, Kajang; dan pensyarah pelawat Markfield Institute of Higher Education, Leicester, UK

Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Sultan Zainal Abidin (UnisZA), Terengganu (2018-2020)

Presiden Kolej Dar-Al Hikmah, Selangor (2021 - kini)

Pengerusi Institut Kefahaman Islam (IKIM) (2023 - kini)

Pernah menjawat jawatan sebagai Presiden ABIM pada tahun 1991 hingga tahun 1997, penah menjawat jawatan Timbalan Presiden WADAH, dan Pengarah CESMACS

Beliau aktif di dalam Parti Keadilan Rakyat sebagai pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama, PKR.[2] Sebelum itu, pada April 2009, beliau memegang jawatan pimpinan biro kanan selaku Anggota (Jemputan) Biro Politik[3] Sebelum memasuki PKR, beliau pernah terlibat di dalam UMNO tetapi keluar berikutan isu pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau merupakan bekas Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia(ABIM).[4]

Semasa Anwar Ibrahim dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada tahun 1997 , beliau dilihat bersama-sama mempertahankan Anwar Ibrahim selaku bekas pengasas ABIM. Bagi mereka yang tidak suka kepada Anwar Ibrahim yang menanjak naik terlalu cepat dalam politik UMNO , geng-geng ABIM dituduh berkeliling dengan Anwar Ibrahim.

Beliau juga pernah bertanding pada Pilihan Raya Umum ke 11 pada tahun 1999 di kawasan Parlimen Larut tetapi kalah dengan majoriti yang tipis

Beliau juga pernah bertanding pada Piliharan Raya Umum ke 13 pada tahun 2013 di kawasan Parlimen Bagan Serai, tetapi kalah juga dengan majoriti yang amat tipis

Menjawat jawatan sebagai Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat pada 2010 hingga 2014,Beliau kini menjadi Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama Parti Keadilan Rakyat

Pada 17-12-2015,telah mengangkat sumpah sebagai Senator setelah dipilih oleh Dewan Undangan Negeri Selangor. YB Senator Dr Muhammad Nur Manuty.