Muhammad Sanusi Md Nor
Muhammad Sanusi Md Nor AMK (Kedah) | |
---|---|
محمد سنوسي بن مد نور | |
Menteri Besar Kedah | |
Memegang jawatan 17 Mei 2020 | |
Raja | Sultan Sallehuddin |
Didahului oleh | Mukhriz Mahathir |
Anggota Dewan Undangan Negeri Kedah untuk Jeneri | |
Memegang jawatan 9 Mei 2018 | |
Didahului oleh | Mahadzir Abdul Hamid (BN-UMNO) |
Majoriti | 2,455 (2018) |
Pengerusi Badan Perhubungan Negeri Parti Perikatan Nasional Kedah | |
Memegang jawatan 5 Januari 2021 | |
Didahului oleh | Penyandang sulung |
Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Kedah | |
Dalam jawatan 4 Julai 2018 – 17 Mei 2020 | |
Didahului oleh | Amiruddin Hamzah |
Digantikan oleh | Phahrolrazi Mohd Zawawi |
Butiran peribadi | |
Lahir | Kampung Sungai Pauh, Sik, Kedah | 4 Ogos 1974
Parti politik | ![]() |
Pasangan | Jusmalailani Jusoh |
Anak-anak | Lihat senarai
|
Kediaman | Seri Mentaloon (Kediaman rasmi Menteri Besar Kedah) |
Alma mater | Universiti Sains Malaysia |
Pekerjaan | Ahli politik |
Haji Muhammad Sanusi bin Md Nor (lahir 4 Ogos 1974; Jawi: محمد سنوسي بن مد نور) ialah seorang ahli politik Malaysia berbangsa Melayu dari Parti Islam Se-Malaysia. Beliau merupakan Menteri Besar Kedah terkini[1][2] dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri, Kedah dengan bertanding di atas tiket PAS. Di peringkat parti, beliau merupakan Ketua Pengarah Pilihanraya PAS Pusat.
Latar belakang[sunting | sunting sumber]
Muhammad Sanusi bin Md Nor ialah anak ketujuh daripada 13 orang adik-beradik kepada pasangan Haji Md Nor bin Taib dan Hajjah Meriam binti Haji Ahmad. Muhamad Sanusi berkahwin dengan Jusmalailani binti Jusoh lalu dikurniakan 5 orang anak. Beliau mendapat pendidikan di Sekolah Rendah Batu 5, Sik, Sekolah Sultan Mohamad Jiwa, Sungai Petani, Sekolah Menengah Sik, Sekolah Menengah Derma Kangar Perlis dan Universiti Sains Malaysia (USM).[3]
Politik[sunting | sunting sumber]
- Ketua Pengarah Pilihanraya PAS Pusat
- Pengerusi PASRelief
- Ketua Pengarah Keselamatan PAS Pusat (2017 hingga kini)
- Yang Dipertua PAS Kawasan Sik, Kedah (2015 hingga kini).
- Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah (2015 hingga kini)
- Setiausaha Politik Menteri Besar Kedah ke-10, Tan Sri Dato' Seri Ustaz Hj Azizan Abdul Razak (2008 hingga 2013).
- Menteri Besar Kedah
Kemelut poltik dan lantikan sebagai Menteri Besar Kedah[sunting | sunting sumber]
Pada bulan Mei tahun 2020, sokongan yang berubah terhadap parti Perikatan Nasional (PN) di Kedah telah menyebabkan Menteri Besar Kedah ketika itu iaitu Datuk Seri Mukhriz Mahathir melepaskan jawatan beliau. Susulan itu, Muhammad Sanusi telah dilantik sebagai Menteri Besar Kedah yang ke-14.[4]
Pilihan raya[sunting | sunting sumber]
Tahun | Kawasan | Individu | Undi | Lawan | Undi | Peratusan Mengundi | Majoriti |
---|---|---|---|---|---|---|---|
2008 | DUN Belantek, Kedah | Muhammad Sanusi Md Nor (PAS) | 7,974 | Mohd Tajudin Abdullah (BN-UMNO) | 8,226 | 86.64% | 252 |
2018 | DUN Jeneri, Kedah | Muhammad Sanusi Md Nor (PAS) | 10,626 | Mahadzir Abdul Hamid (BN-UMNO) | 8,171 | 2,455 | |
Mohd Nazri Abu Hassan (PH-PPBM) | 4,146 |
Anugerah[sunting | sunting sumber]
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ "Muhammad Sanusi dijangka angkat sumpah MB Kedah esok". 16 May 2020. Dicapai pada 17 May 2020.
- ^ "Menteri Besar baharu Kedah angkat sumpah esok". 16 May 2020. Dicapai pada 17 May 2020.
- ^ Profil YAB MB Kedah
- ^ "Kronologi kemelut politik Kedah". BH Online. 17 Mei 2020. Dicapai pada 18 Mei 2020.