Muhammad Uthman El-Muhammady

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Muhammad Uthman El Muhammady)
Lompat ke: pandu arah, cari

Muhammad ‘Uthman El-Muhammady adalah seorang penulis Islamik dan pendakwah bebas. Beliau adalah Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan 1426 H pada 10 Februari 2005.[1]

Biografi[sunting | sunting sumber]

Beliau dilahirkan di Kampong Telok, Panji, Kota Bharu, Kelantan Darulnaim pada 9 Februari 1943 dan meninggal dunia di Kuala Lumpur 25 Mac 2013[2][3]

Beliau mendapat pendidikan awal di sekolah Melayu, sebelum memasuki Special Malay Class pada tahun 1943 di Sekolah Sultan Ismail, yang kemudiannya menjadi Maktab Sultan Ismail, atau Sultan Ismail College hingga ke Tingkatan 5. Beliau kemudian mengambil Higher School Certificate (HSC) di Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Star Kedah.

Pada tahun 1963, beliau memasuki Universiti Malaya Kuala Lumpur dan mendapat B.A. dalam Pengajian Islam tahun 1966. Kemudian beliau menjadi tutor dan mendapat M.A. tahun 1969.

Beliau terus mengajar di Jabatan Pengajian Islam UM hingga ke tahun 1973 apabila beliau kembali ke Kelantan untuk menumpu masa sebagai seorang penulis dan pendakwah bebas hingga sekarang.

Pada tahun 1995, beliau dikurniakan Ijazah Doktor Persuratan Kehormat (D. Litt.) oleh Universiti Sains Malaysia (USM) kerana usaha-usaha dan penulisannya dalam pemikiran Islam dan dakwah.

Minat kajian beliau adalah di dalam:

  • Bidang ilmu-ilmu Islam dan falsafah Barat
  • Pemikiran semasa dan pandangan Islam tentangnya
  • Akidah Sunni, faham ilmunya dan pandangan hidupnya


Beliau banyak menumpukan masanya di dalam masyarakat setempat dengan melaksanakan pengajian kitab di masjid-masjid sekitar Pasir Mas dan Kota Bharu, Kelantan selain dari menunaikan jemputan ceramah di merata tempat.

Karya[sunting | sunting sumber]

Di antara penulisannya yang telah dihasilkan beliau ialah:

  • “Al-Quranul-Karim, terjemahan dan Huraian Maksud”-terjemahan dan huraian tambahan atas tafsir Inggeris oleh Abdullah Yusuf Ali, keluaran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) (5 jilid).
  • “Fathul Mu’in, terjemahan dan Huraian Maksud”, terbitan Majlis Ugama Islam Negeri Kelantan, Kota Bharu, Kelantan.
  • “Peradaban dalam Islam” terbitan Pustaka Aman Press, Kota Bharu, edisi 1976 dan beberapa cetak-ulang.
  • “Memahami Islam" terbitan Pustaka Aman Press, Kota Bharu, Kelantan, 1977.
  • “Islam, Peribadi, Tarbiah dan Institusi” terbitan Majlis Ugama Islam Kelantan, 1987.
  • “Islam dan Kebudayaan” risalah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) berdasarkan kepada wacana tentang kebudayaan yang disampaikan pada tahun 1989 di Kuala Lumpur.

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Beliau berkahwin dengan Mariam Hussein. Mereka memiliki 12 anak.[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Staff Details International Institute Of Islamic Thought And Civilization, IIUM
  2. ^ Tokoh pemikir Islam Dr Muhammad Uthman meninggal dunia. Sinar Harian. Capaian 27 Mac 2013.
  3. ^ a b Dr Uthman El-Muhammady Meninggal Dunia MyNewsHub. 25 Mac 2013.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]