Muhammad Zuhaili Saiman

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Dr Muhamad Zuhaili Saiman merupakan seorang pensyarah di sebuah IPTA di Malaysia selain juga bergiat aktif sebagai pendakwah, pendidik, penulis dan juga pengasas kepada El Farouq Consultant dalam menjalankan aktiviti kelas agama, pengajian umum dan aktiviti pendidikan bersama masyarakat . Beliau memulakan tugas sebagai Pensyarah Kanan di Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam pada Nov 2020. Beliau juga dikenali sebagai penulis buku yang bertemakan aqidah, ekonomi, politik dan pengetahuan Islam.


Beliau juga merupakan mantan Presiden Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) pada tahun 2011, semasa belau melanjutkan pengajian di Mesir.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Muhammad Zuhaili mendapat pendidikan awal[1] di Sekolah Kebangsaan Sri Serdang, Selangor. Kemudian meneruskan pengajian dalam bidang tahfiz dan akademik di Maahad Tahfiz Ummul Qura, Pondok Kolam, Bachok, Kelantan pada tahun 1999 - 2000 dan 2002 - 2004. Beliau berpindah ke Maahad Darul Naim, Kubang Bongor, Melor, Kelantan pada tahun 2001 selama setahun kemudian berpindah kembali ke Maahad Tahfiz Ummum Qura, Pondok Kolam. ke Beliau berjaya menamatkan hafazan 30 juzuk pada tahun 2003 di Maahad Tahfiz Ummul Qura tersebut.

Selepas menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2004, beliau mengambil Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) di Sekolah Menengah Ugama (Arab) Azhariah di Melor, Kelantan dan berjaya mendapat keputusan dengan keseluruhan 10 subjek STAM memperolehi pangkat Mumtaz.

Beliau melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah Sarjana Muda dari Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Jabatan Syariah Islam, Universiti Al-Azhar, Kaherah pada sesi 2007/2008 dan menamatkan pengajian pada tahun 2010. Beliau kemudiannya merancang menyambung pengajian ke Ijazah Lanjutan (MA) di Jabatan Syariah dan Undang-Undang, Jabatan Fiqh Am, Universiti Al-Azhar, Kaherah dan ijazah lanjutan dalam bidang Syariah Islam, di American Open University, Kaherah pada tahun 2011 - 2012 namun tidak menyempurnakannya kerana kematian bapanya pada Sept 2012 yang mana beliau bertukar perancangan dengan pulang ke Malaysia dan seterusnya melanjutkan pengajian peringkat Ijazah Sarjana dan Ijazah Kedoktoran (PhD) di Malaysia.


Beliau memperolehi Ijazah Sarjana di Fakulti Pengajian Islam, Jabatan Syariah, UKM, Bangi pada tahun 2015 dengan tesis kajian yang bertajuk "Helah Riba Dalam Transasksi Jual Beli Emas Secara Bertangguh". Kemudian beliau memperolehi ijazah kedoktoran (Ph.D) di Fakulti yang sama di UKM, Bangi pada 2019 dengan tesis kajian yang bertajuk "Aplikasi Rebat Bagi Pembayaran Awal Pembiayaan Jangka Panjang Di Perbankan Islam".


Karya penulisan[sunting | sunting sumber]

  • 2016 - 20 Tip Usia Muda Berpahala, terbitan Karya Bestari
  • 2013 - Sembang-Sembang Politik Islam, terbitan Telaga Biru Sdn Bhd
  • 2013 - Ensiklopedia Solat Mazhab Syafie, terbitan Jasmin Publications
  • 2013 - Ramadan : Puasa dan Iktikaf, terbitan Must Read Sdn Bhd.
  • 2013 - Kewangan Harian Kita Halal @ Haram? , terbitan Karya Bestari
  • 2012 - Akidah Akhir Zaman : Fenomena Semasa dan Implikasi Jenayah Murtad, terbitan Telaga Biru Sdn Bhd
  • 2011 - Manisnya Persaudaraan Dalam Islam, bersama Izzati Farhana Mahadzir, terbitan Telaga Biru Sdn Bhd

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-01-30. Dicapai pada 2020-02-10.