Muhammad bin Saud

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Muhammad bin Saud
Muhammad I
Emir Diriyah
Pemerintahan1744–1765
Nama penuhMuhammad bin Saud bin Muhammad Al Muqrin Al-Muridi
Keputeraan1685
Tempat keputeraanAd Diriyah
Mangkat1765
PendahuluSaud bin Muhammad bin Muqrin
PenggantiAbdulaziz bin Muhammad bin Saud
PasanganMoudi binti Abi Wahtan Al Kathir
Anakanda
DinastiBani Saud
AyahandaSaud bin Muhammad bin Muqrin

Muhammad bin Sa'ud, Muhammad I bin Saud (Bahasa Arab: محمد الأول بن سعود بن محمد آل مقرن آل مريدي‎; 1685-1765), atau dikenali sebagai Ibn Saud, merupakan ketua (emir) negeri Ad-Diriyah dan merupakan pengasas bagi Negara Saudi Pertama (Emiriyah Dir'iyah) dan pemerintahan keluarga Saud, yang dinamakan sempena nama bapanya, Saud bin Muhammad bin Muqrin (meninggal dunia 1725).[1]

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Keluarga Ibn Saud (dikenali sebagai Bani Muqrin) merupakan keturunan Bani Audi dan Bani Hanifa, tetapi sering disalah tafsir bahawa Muhammad bin Saud merupakan ketua bagi kumpulan nomad Arab Badwi. Sebaliknya, beliau merupakan emir bagi sebuah penempatan pertanian bernama Diriyah, berhampiran kawasan yang kini dipanggil sebagai Riyadh[2] Bapanya bernama Saud bin Muhammad bin Muqrin, dan mempunyai beberapa adik beradik antaranya Mishari dan Thunayan.[3]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Moudi binti Abi Wahtan Al Kathir merupakan salah seorang daripada isteri Ibn Saud[3] Beliau menjadi pelengkap semasa perjumpaan suaminya dengan Muhammad bin Abdul Wahab.[3][4]

Kerjasama dengan Muhammad bin Abdul Wahab[sunting | sunting sumber]

Punca awal kuasa Ibn Saud terletak di pekan Diriyah, di mana beliau menemui Muhammad bin Abdul Wahab yang datang ke sana bagi meminta perlindungan[2][5] Muhammad bin Abdul Wahab merupakan seorang tokoh agama Islam yang memulakan agenda pemurniaan agama[6]. Ibn Saud membenarkannya masuk ke Diriyah. Mereka membentuk sebuah kerjasama pada 1744 atau 1745[3] yang dirasmikan semasa perkahwinan puteri Muhammad bin Abdul Wahab dengan putera Ibn Saud, Abdulaziz yang merupakan pewaris kepimpinan Ibn Saud. Selepas itu, keturunan kedua-dua mereka iaitu Al Saud dan Al al-Syeikh kekal terjalin erat.

Muhammad bin Abdul Wahab menyediakan sokongan ketenteraan kepada Ibn Saud dan membantu memperluas kuasa Bani Saud di semenanjung Arab.[7]

Negara Saudi Pertama[sunting | sunting sumber]

Semasa di bawah Empayar Usmaniyah, Ibn Saud merupakan pengasas apa yang dikenal sebagai Negara Saudi Pertama.[7] Cara beliau membentuk pemerintahannya menjadi contoh kepada sistem beraja bagi Bani Saud kini. Pemerintahannya berasaskan prinsip Islam dan menggunakan amalam syura. Beliau memerintah sehingga meninggal dunia pada 1765[8][9] dan kemudiannya diganti oleh puteranya, Abdulaziz yang menjadi pemerintah kedua Negara Saudi Pertama.

Peninggalan[sunting | sunting sumber]

Sebagai pencetus kepada penubuhan negara Arab Saudi, sebuah universiti dinamakan sempena nama beliau iaitu Universiti Islam Imam Muhammad Ibn Saud yang terletak di Riyadh.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "King Abdul Aziz Bin Abdul Rahman Al-Saud". GlobalSecurity.org. Dicapai pada 4 November 2020.
  2. ^ a b T. R. McHale (Autumn 1980). "A Prospect of Saudi Arabia". International Affairs. 56 (4): 622–647. doi:10.2307/2618170. JSTOR 2618170.
  3. ^ a b c d Parvaiz Ahmad Khanday (2009). "A Critical Analysis of the Religio-Political Conditions of Modern Saudi Arabia" (Tesis PhD). Aligarh Muslim University. Aligarh, India. Dicapai pada 4 November 2020.
  4. ^ "Interview. Prince Amr bin Mohammed". PBS. Frontline. 2003. Dicapai pada 16 October 2020.
  5. ^ Joel Carmichael (July 1942). "Prince of Arabs". Foreign Affairs. Dicapai pada 4 November 2020.
  6. ^ Pasti Liberti Mappapa (23 Jun 2020). "Sejarah Terbentuknya Kerajaan Arab Saudi". Detiknews. Dicapai pada 4 November 2020.
  7. ^ a b Historical Memorandum on the Relations of the Wahabi Amirs and Ibn Saud with Eastern Arabia and the British Government, 1800-1934. Qatar Digital Library: British Library: India Office Records and Private Papers. 1934. m/s. 2. Dicapai pada 4 November 2020.
  8. ^ Gábor Ágoston; Bruce Alan Masters (2009). Encyclopedia of the Ottoman Empire. Infobase Publishing. m/s. 261. ISBN 978-0-8160-6259-1.
  9. ^ Saudi Arabia A Country Study. Kessinger Publishing. 2004. ISBN 978-1-4191-4621-3.
Gelaran pemerintah
Didahului oleh
Zaid bin Markhan
Emir Ad Diriyah
1726–1744
Kosong
Gelaran Baru Imam Negara Saudi Pertama
1744–1765
Diikuti oleh:
Abdulaziz bin Muhammad bin Saud