Muhammed Amin Sweeny

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Prof. Dr Muhammed Amin Sweeny (1938- 13 November 2010) ialah seorang pengkaji Melayu yang berasal dari Belanda.[1]

Keluarga[sunting | sunting sumber]

Beliau dilahirkan di Belanda dan memutuskan 'masuk Melayu' iaitu memeluk agama Islam. Sejak 1958 lagi beliau jatuh cinta dengan kesusasteraan Melayu.[2]

Sejak 1998, beliau tinggal di Jatinegara, Jakarta, Indonesia untuk terus berilmiah . Beliau berkahwin beberapa kali dan terakhir dengan Sastri Sunarti binti Yahya Bagindo Alam, wanita Minangkabau yang bekerja di Pusat Bahasa, Jakarta.Beliau pindah ke Indonesia dan sedang memproses kewarganegaraan Malaysia ke warganegara Indonesia.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Beliau gagal di SMA (high school) pada 1958 . Amin menerima kerahan tentera British Army lalu dikirimkan ke Malaya untuk menumpas gerakan komunis PKM. Di Malaya, Amin memilih bersama tentera Melayu sehingga dia dipindahkan dari Melaka ke Kluang. Setelah berpangkat Leftenan,beliau mengajar tentera Melayu bahasa Inggeris di samping belajar bahasa Melayu dan agama Islam.

Tahun 1959 dia kembali ke London dan masuk Islam di masjid London dengan imam dari Pakistan.

Dia kemudian belajar di University of London dan mendapat BA.Hons dalam Malay/Indonesian Studies di The School of Oriental and African Studies, dengan bahasa Arab klasik sebagai bidang studi kedua (1967). Pada 1970 mendapat Ph.D tentang kesusasteraan Melayu.

Dia menjadi pensyarah dan Profesor Madya di Universiti Kebangsaan Malaysia (1970-1977). Kemudian menjadi penasihat prasiswazah, kemudian penasihat pascasarjana dan menjadi Ketua Department of South and Southeast Asian Studies (1986-1991), dan anggota Jawatankuasa Eksekutif Center for Southeast Asia Studies (1991-1998) di University of California, Berkeley, Amerika Syarikat sehingga bersara dan menjadi Profesor Emiritus pada 1998.

Kritikan[sunting | sunting sumber]

Amin Sweeny banyak mengkritik para ahli bahasa dan naskah Melayu seperti Winstedt, Wilkinson, Overbeck, Hooykaas, Skinner dan banyak lagi yang selama ini dianggap sebagai dewa dalam pengkajian bahasa dan naskah Melayu, kerana menganggap bahasa dan sastra Melayu dalam naskah-naskah itu sudah menjadi klasik, artinya dianggap sudah mati, padahal dalam masyarakat Melayu kini masih hidup dan digemari. Bagaimanapun, Winstedt, Wilkinson, Overbeck, Hooykaas, Skinner dan yang lain mungkin melihat dari segi sebagaimana karya klasik Inggeris seperti karya Homer, iaitu Iliad dan Odyssey yang dianggap klasik tetapi masih dibaca ramai. Muhammed Amin Sweeny banyak mengkaji tentang sastera lisan, muzik dan wayang dalam masyarakat Melayu.

Seminar[sunting | sunting sumber]

  • Seminar Kebudayaan Melayu di Kuala Lumpur, 1989
  • Seminar di Paris 2002 oloeh EFEO

Buku dan monograf[sunting | sunting sumber]

  1. Malay Shadow Puppets (London, 1972)
  2. The Ramayana and the Malay Shadow-Play (Kuala Lumpur, 1972)
  3. Studies in Malaysian Oral and Musical Tradition (bersama William P. Malm, Ann Arbor, 1974)
  4. An International Seminar on the Shadow Plays of Asia (bersama Goto Akira, Tokyo, 1976)
  5. Reputations Live On, an early Malay Autobiography (Berkeley, 1980)
  6. Authors and Audiences in Traditional Malay Literature (Berkeley, 1980)
  7. A Full Hearing Orality and Literacy in the Malay World (Berkeley, 1987)
  8. Karya Lengkap Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi (tiga jilid, Jakarta, 2005-2008) - autobiografi Abdullah Munsyi
  9. “A Full Hearing: Orality and Literacy in the Malay World” terbitan U.C. Press Berkeley (1987) - tentang tradisi lisan dalam kebudayaan Melayu.

Meninggal dunia[sunting | sunting sumber]

Amin Sweeny meninggal dunia di rumah barunya di Cibeureum , Cipayung. [3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Sweeney, Amin (2008). Karya lengkap Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi: Hikayat Abdullah. Kepustakaan Populer Gramedia. m/s. 372.
  2. ^ "Menelisik Karya Munshi Abdullah". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-01-09. Dicapai pada 2011-10-24.
  3. ^ "Prof. Dr. Muhammed Amin Sweeny (1938-2010)". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-03-15. Dicapai pada 2011-10-24.