Muhaqqaq (seni khat)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Al-Qur'an ditulis dengan skrip Muhaqqaq

Skrip Muhaqqaq ialah satu daripada enam jenis gaya skrip khat islam (al-aqlam al-sittah).[1] Kata Arab muḥaqqaq bermaksud "kehandalan" atau "jelas", dan pada mulanya digunakan untuk merujuk kepada apa jua jenis khat yang baik.[2]

Sering digunakan bagi menyalin masahif (mufrad, mushaf, yakni, helaian berasingan teks al-Qur'an), skrip yang hebat dan agung ini dianggap satu daripada skrip tercantik, disamping satu daripada yang paling susah ditulis dengan baik.[3] Skrip ini digunakan dengan meluas dalam era Mameluk (1250–1516/1517).[4] Ia beransur-ansur diganti oleh skrip Thuluth dan Naskh dalam Empayar Uthmaniyyah; dari abad ke-18 ke atas, skrip ini sering kali hanya digunakan untuk menulis Bismillah pada teks-teks Hilya.[5]

Dipercayai bahawa gaya ini dicipta pada zaman Abbasiyyah oleh Ibn Muqlal, dan kemudiannya dikembangkan oleh Ibn al-Bawwab.

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ John F. A. Sawyer, J. M. Y. Simpson, R. E. Asher (eds.), Concise Encyclopedia of Language and Religion, Elsevier, New York 2001, ISBN 0-08-043167-4, p. 253.
  2. ^ Mansour, 139–140.
  3. ^ Mansour, 30.
  4. ^ Mansour, 278
  5. ^ Mansour, 187.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Nassar Mansour (author), Mark Allen (ed.): Sacred Script: Muhaqqaq in Islamic Calligraphy, I.B.Tauris & Co Ltd, New York 2011, ISBN 978-1-84885-439-0

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:Arabic language