Pergi ke kandungan

Muhsin Nadzli

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Muhsin Nadzli
محسن نادزلي
Kelahiran
Muhsin Hakim bin Nadzli

(1996-08-20) 20 Ogos 1996 (umur 29)
PekerjaanPelakon
Tahun aktif2020–kini
KeluargaHaziq Nadzli (adik)

Muhsin Hakim Nadzli (lahir 20 Ogos 1996) ialah seorang pelakon lelaki Malaysia. Beliau ialah abang kepada pemain bola sepak, Haziq Nadzli.[1]

Muhsin memulakan kerjaya awal sebagai penjual ikan di negeri kelahirannya, Johor.[1]

Beliau mula mendapat perhatian meluas dalam bidang lakonan selepas membintangi drama pendek Bunga's Secret Garden (2021) lakonan Rita Nadira sebagai watak utama.[2][3] Kejayaanya hadir apabila beliau membintangi drama Khunsa (2024) dengan melakonkan watak sebagai Bakri.

Peranannya di layar lebar hadir apabila beliau berlakon dalam filem Harimau Malaya: The Untold Journey arahan Afdlin Shauki.

Beliau juga berlakon bersama Sophia Albarakbah dalam drama Marina yang disiarkan di Tonton.

Filemografi

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Watak Catatan
2024 Harimau Malaya: The Untold Journey Filem pertama
2025 Impak Maksima 2 Rio
Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2020–2021 Bidadari Salju TV3 Drama pertama; pelakon tambahan
2021 Bunga's Secret Garden Sam Astro Gempak
2024 Khunsa Bakri (14, 21 & 35 tahun) Astro Ria
Cinta Bersemi Di Wadi Safiyyah Ustaz Syakir TV3
Ya, Cikgu! Shuib
Dhia Kasyrani Faizul
2025 Jika Cinta Itu Buta Farizuan Astro Prima

Telefilem

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2023 Ikhlas TV1 Telefilem pertama

Drama web

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Watak Aplikasi Catatan
2024–2025 Marina Izfahan Tonton Drama web pertama

Anugerah dan pencalonan

[sunting | sunting sumber]
Tahun Anugerah Kategori Penerima/Karya tercalon Keputusan
2025 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-37 Artis Baharu Lelaki Popular Dirinya sendiri Tercalon
  1. ^ a b Wafa Awla (21 April 2024). "Muhsin Nadzli pernah jadi tauke ikan, tekad bergelar pelakon". Utusan Malaysia. Dicapai pada 12 Disember 2024.
  2. ^ Shafiqah Sukor (31 Januari 2021). "Dulu dibuli, kini artis". Utusan Malaysia. Dicapai pada 12 Disember 2022.
  3. ^ Amri Hassan (7 Januari 2021). "Elok-Elok & Cantiknya! Kenali Pelakon Utama Drama Bunga's Secret Garden". Astro Gempak. Dicapai pada 12 Disember 2021.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]