Muhyidin Abdul Rashid

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Bagi Tan Sri Muhyiddin Yassin, lihat Muhyiddin Yassin.
Haji
Muhyidin Abdul Rashid
محيدين عبدالرشيد
Yang DiPertua PAS Kawasan Hulu Terengganu[1]
Memegang jawatan
28 September 2013
Ahli Parlimen Malaysia
untuk Hulu Terengganu[2]
Dalam jawatan
1999–2004
Didahului olehMustafa Muda
Digantikan olehTengku Putera Tengku Awang
Butiran peribadi
LahirTerengganu Kuala Berang, Hulu Terengganu
Parti politikPAS logo.svg PAS

Haji Muhyidin bin Abdul Rashid[3] merupakan aktivis politik PAS yang aktif dalam menjamin hak kesejahteraan penduduk Melayu dan Islam di Hulu Terengganu khususnya di Kuala Berang.

Bantahan Pembinaan Hotel Depan Masjid[sunting | sunting sumber]

Muhyidin Abdul Rashid telah membuat laporan kepada Biro Pengaduan Awam (BPA) berhubung bantahan atas cadangan pembinaan hotel tujuh tingkat dan satu blok bangunan rumah kedai tiga tingkat berhadapan Masjid Sultan Mahmud, Kuala Berang. Aduan itu turut berkait dengan dua institusi yang mempunyai autoriti kepada pembinaan terbabit iaitu Majlis Daerah Hulu Terengganu (MDHT) dan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Terengganu (MAIDAM). Apabila siap kelak, difahamkan jarak antara bangunan hotel dan masjid cuma kira-kira 30 kaki sahaja. Pembinaan ini seolah-olah telah menafikan hak parkir jemaah. Namun yang dipertua MDHT Osman A Bakar enggan memberi komen mengenai projek kontroversi itu. Projek itu turut mencetuskan perdebatan di media sosial apabila laman Selamatkan Masjid Kuala Berang diwujudkan di Facebook. Antaranya, mereka bimbang ia mencetuskan masalah sosial.[4]

UMNO Gadai Tanah Rezab Melayu[sunting | sunting sumber]

Selepas UMNO mengambil alih kerajaan Negeri Terengganu pada tahun 2004, UMNO telah menukar milik satu bidang tanah di hadapan pejabat pos Kuala Berang daripada tanah rezab melayu kepada tanah (FreeHold) bebas milik diberikan kepada syarikat milik cina penyokong DAP. Beliau amat kecewa dengan sikap orang UMNO yang sanggup menggadaikan aset tanah di daerah Hulu Terengganu kepada orang bukan islam. Beliau dimaklumkan tanah lokasi tersebut telah diserahkan untuk membina bangunan bagi sebuah syarikat perniagaan, Zon Ria Malaysia Sendirian Berhad yang kini telah mendirikan bangunan rumah kedai tiga tingkat sebanyak 17 lot. Beliau berharap agar perkara ini dikaji dan mengambil tindakan yang sewajarnya jika terdapat penyalah gunaan kuasa.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

  1. Hilang Mercu Tanda Islam
  2. Profil Ahli Dewan

Info Blog[sunting | sunting sumber]

  1. Tanah Rizab ‘Mercu Tanda’ Kuala Berang Bertukar Milik
  2. Umno Gadai Tanah Rezab Melayu Kepada Bukan Islam

Rujukan[sunting | sunting sumber]