Pergi ke kandungan

Muizzuddeen Mahyuddin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Mui'zzuddeen Mahyuddin
Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor
bagi Hulu Bernam
Menyandang jawatan
12 Ogos 2023
Didahului olehRosni Sohar
(BNUMNO)
Majoriti669 (2023)
Maklumat peribadi
Lahir
Mui'zzuddeen bin Mahyuddin

(1988-04-29) 29 April 1988 (umur 37)
Kerakyatan Malaysia
Parti politikParti Islam Se-Malaysia (PAS)
Gabungan politik
lain
Gagasan Sejahtera (GS)
(2016–2020)
Perikatan Nasional (PN)
(sejak 2020)
PendidikanSekolah Kebangsaan Serendah (SK Serendah)
Sekolah Menengah Agama Izzuddin Shah (SMA Izzuddin Shah)
Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang (SMA Persekutuan Kajang)
Tempat belajarUniversiti Tenaga Nasional (UNITEN) (Ijazah Sarjana Muda dalam Kejuruteraan Mekanikal)
PekerjaanAhli politik
Bidang pengkhususanJurutera automotif

Mui'zzuddeen bin Mahyuddin (lahir 29 April 1988), lebih dikenali sebagai Muiz Mahyuddin, merupakan seorang ahli politik dan jurutera automotif Malaysia. Beliau telah berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor (ADUN) bagi kawasan Hulu Bernam sejak Ogos 2023. Beliau ialah ahli dan Ahli Jawatankuasa Bahagian Hulu Selangor bagi Parti Islam Se-Malaysia (PAS), sebuah parti komponen dalam Perikatan Nasional (PN) dan sebelum ini Gagasan Sejahtera (GS). Beliau pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Bahagian PAS Hulu Selangor dari tahun 2015 hingga 2021.[1]

Kerjaya politik

[sunting | sunting sumber]

Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor (sejak 2023)

[sunting | sunting sumber]

Pilihan raya negeri Selangor 2023

[sunting | sunting sumber]

Dalam Pilihan raya negeri Selangor 2023, Mui'zzuddeen telah membuat penampilan sulung dalam pilihan raya selepas dicalonkan oleh Perikatan Nasional (PN) untuk bertanding di kerusi negeri Hulu Bernam. Mui'zzuddeen memenangi kerusi tersebut dan telah dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor bagi Hulu Bernam untuk penggal pertama selepas menewaskan Mohd Amran Mohd Sakir dari Pakatan Harapan (PH) dengan majoriti tipis sebanyak 669 undi sahaja.[2]

Keputusan pilihan raya

[sunting | sunting sumber]
Dewan Undangan Negeri Selangor[3]
Tahun Kawasan pilihan raya Calon Undi Peratus Lawan Undi Peratus Undi sah Majoriti Hasil
2023 N05 Hulu Bernam Mui'zzuddeen Mahyuddin (PAS) 10,718 51.61% Mohd Amran Mohd Sakir (AMANAH) 10,049 48.39% 20,767 669 68.39%
  1. ^ "PRN: Jurutera automotif, calon PN Hulu Bernam". Sinar Harian. 1 Ogos 2023. Dicapai pada 6 Oktober 2023.
  2. ^ "Selangor polls: Official Results". New Straits Times. 13 Ogos 2023. Dicapai pada 6 Oktober 2023.
  3. ^ "Keputusan Pilihan Raya Negeri Selangor ke-15". Dicapai pada 5 Oktober 2023.