Mujaddid
| Sebahagian daripada siri berkaitan Islam |
| Usul al-Fiqh |
|---|
| Kaedah penetapan hukum Islam |
| Sumber hukum |
| Fiqah |
| Hukum |
| Gelaran |
|
Dalam Islam, mujaddid (Arab: مجدد, harfiah: pembaru) adalah seseorang yang dipercayai dihantar oleh Allah di awal setiap kurun Hijrah. Fungsi mujaddid ini ialah untuk memulihkan kembali Islam, menghilangkan unsur-unsur yang telah ditokok tambah dan mengembalikannya kepada keadaan asli. Mujaddid ini boleh jadi seorang khalifah, wali, ulama, cendekiawan ataupun seorang lain yang berpengaruh.
Ini disebut dalam hadith:
"Allah akan mengutus kepada umat ini di setiap awal kurun seorang yang akan memperbaharui (atau memulihkan) urusan agama" (Sunan Abu Dawud, Kitab al-Malahim, bab 1.)
Terdapat banyak pandangan mengenai identiti mujaddid ini bagi setiap abad, tetapi Muslim secara umumnya bersetuju, walaupun sekiranya orang-orang di dalam senarai di bukan merupakan mujaddid zaman mereka, majoritinya merupakan cendekiawan ortodoks hebat yang memberi sumbangan besar terhadap Islam.
Senarai calon Mujaddid
[sunting | sunting sumber]Abad Pertama (selepas zaman Nabi Muhammad) (3 Ogos 718)
- al-Qâsim ibn Muhammad
- Ibn Shihâb al-Zuhrî
- Imam Abu Hanifah an-Nu‘man (699 - 767) (Arab: أبو حنيفة النعمان)
- Ibn Sirin (abad ke-8) (Arab: ابن سيرين)
- Sâlim ibn `Abd Allâh
- Amirul Mukminin Umar ibni Abd al-Aziz (682 - 720) (Arab: عمر بن عبدالعزيز)
- Imam Hasan al-Basri (642 - 728 atau 737) (Arab: الحسن البصري)
- Imam Malik ibn Anas (715 - 796) (Arab: مالك بن أنس)
- Imam Muhammad bin Idris as-Syafie (767 - 820) (Arab: محمد بن إدريس الشافعي)
- Imam Ahmad Ibni Hanbal (780 - 855) (Arab: أحمد بن حنبل)
- Imam Muhammad bin Shaibani
- Yah.yâ ibn Ma`în