Mukim Al Muttaqin, Lundang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Mukim Al Muttaqin, Lundang
Daerah di Kelantan
Geografi
StatusMukim
Asal namaN/A
NegeriKelantan
DaerahJajahan Kota Bharu
KeluasanN/A


Lundang mempunyai dua buah Mukim yang sebelumnya hanyalah terangkum dalam sebuah mukim sahaja iaitu Mukim Lundang. Mukim Al Muttaqin, Lundang adalah pecahan dari mukim Lundang dan terletak di sebelah utara Lundang, manakala di sebelah selatan Lundang pula kekal dengan nama mukim asal iaitu Mukim Lundang.

Sempadan bagi kedua dua mukim ini adalah dipisahkan dengan sebatang jalan raya utama iaitu Jalan Sultan Yahya Petra. Mukim Al Muttaqin, Lundang telah diasaskan pada tahun 1980an oleh Allahyarham Dato' Hussain Bin Haji Yaacob bagi mengatasi keadaan semasa serta pertambahan kepadatan penduduk dimana Lundang yang merupakan sebuah kampung yang luas dan besar terletak dalam kawasan pusat bandaraya Kota Bharu, ibu negeri Kelantan.

Pentadbiran[sunting | sunting sumber]

Mukim Al Muttaqin, Lundang merupakan salah sebuah mukim yang terdapat dalam negeri Kelantan, dan juga merupakan satu dari mukim yang terletak dalam pentadbiran Jajahan Kota Bharu.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]