Pergi ke kandungan

Bagan Tiang, Kerian

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Mukim Bagan Tiang)
Mukim Bagan Tiang
Mukim Bagan Tiang dalam Kerian
Mukim Bagan Tiang dalam Kerian
Negara Malaysia
Negeri Perak
DaerahKerian
Keluasan
 • Jumlah
41.78 km2 (16.13 batu persegi)
Penduduk
 (2020)[1]
 • Jumlah
14,439 orang
 • Kepadatan345.6/km2 (895/batu persegi)

Bagan Tiang ialah mukim di daerah Kerian, Perak, Malaysia.[2][3]

Pentadbiran

[sunting | sunting sumber]

Mukim Bagan Tiang merupakan salah sebuah mukim yang terdapat dalam pentadbiran daerah Kerian, Perak.[3]

Mukim Bagan Tiang bersempadan dengan negeri Kedah di utara, mukim Parit Buntar di timur, mukim Tanjong Piandang di selatan serta Selat Melaka di barat.[1]

Petempatan

[sunting | sunting sumber]

Bagan Tiang pada awalnya merupakan satu pelabuhan kecil menjadi tempat pedagang dari Cina dan India berteduh dan juga tempoh menunggu bagi perubahan monsun angin. Bagan Tiang juga merupakan daerah yg sangat produktif sekitar tahun awal 1900an hingga 1940an dengan wujudnya ladang tebu dalam kapasiti yg luas. Ngah Ibrahim merupakan pelopor kepada industri penanaman tebu ini sebelum ianya diambil alih oleh usahawan berbangsa cina selepas Ngah Ibrahim ditangkap oleh pihak British disebabkan penglibatan beliau dalam konspirasi pembunuhan J.J Birch. Industri tebu di kawasan ini musnah apabila benteng penahan air laut pecah hingga menyebabkan ladang ditenggelami air masin. Tebu yg di tanam selepas tragedi tersebut tidak lagi manis tapi bertukar menjadi masin.

Sekitar tahun 1930an, wujud Kelab Muhibbah di pekan Bagan Tiang menunjukkan bukti yang Bagan Tiang merupakan daerah yg dihuni oleh kepelbagaian kaum. Tinggalan sejarah seperti balai polis (sebelumnya pejabat kastam) terletak di tebing Sungai Megat Aris dan quarter pekerja ladang tebu masih dapat dilihat sekitar tahun 1970an.

Walaubagaimana pun, dengan peredaran masa, hanya tinggal satu keluarga India yang masih tinggal di Bagan Tiang dari sejumlah lebih kurang 10-15 keluarga kaum india yg menetap di sini pada tahun 70an. Imigran dari benua India lain seperti kaum malabari telah mengalami proses transformasi menjadi melayu walaupun penampilan zahir mereka masih mempunyai ciri-ciri bangsa imigran manakala kaum cina pula tetap ramai bilangannya namun sangat kurang bercampur gaul dengan masyarakat setempat.

Ekonomi utama warga Bagan Tiang adalah dari hasil pertanian (pesawah padi) dan nelayan. Namun begitu, kaum cina menunjukkan kemajuan yg lebih menyerlah disebabkan oleh penguasaan dalam bidang perniagaan. Ramai daripada kaum cina terutama yg tinggal di Kuala Bagan Tiang, terlibat dengan perniagaan hasil laut disamping ada juga yang masih lagi menjadi nelayan kecil.

  1. ^ a b c "Bagan Tiang". CityPopulation.de. Dipetik dari: Department of Statistics Malaysia (web).
  2. ^ "Kod dan Nama Sempadan Pentadbiran Tanah Perak" (PDF). Pusat Geospatial Negara (PGN), Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC). m/s. 25. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 7 Februari 2026.
  3. ^ a b "PENEMUAN UTAMA BANCI PENDUDUK DAN PERUMAHAN MALAYSIA 2020" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 27 Ogos 2025.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]