Mukim Bandar Batang Kali

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Koordinat: 3°28′N 101°38′E / 3.467°N 101.633°E / 3.467; 101.633

Bandar Batang Kali
Bandar Batang Kali.jpg
Geografi
StatusMukim/Bandar
Asal namaN/A
Negara Malaysia
Negeri Selangor
DaerahDaerah Hulu Selangor
MukimBandar Batang Kali
Poskod44200/44300
KawasanBandar Baru Batang Kali, Kawasan Perindustrian MIEL Batang Kali, Taman Rasa Utama, Taman Keruing, Pekan Rasa
Keluasan

Mukim Bandar Batang Kali merupakan sebuah mukim di kawasan Batang Kali, Hulu Selangor, Selangor, Malaysia. Bandar Batang Kali terdiri daripada kawasan Bandar Baru Batang Kali, Kawasan Perindustrian MIEL Batang Kali, Taman Rasa Utama dan Taman Keruing di Rasa, Hulu Selangor. Mukim ini merupakan salah satu daripada empat mukim di kawasan Batang Kali dan ditadbir oleh Majlis Perbandaran Hulu Selangor yang berpusat di Kuala Kubu Bharu.

Pusat pertumbuhan utama bagi Bandar Batang Kali terletak di Bandar Baru Batang Kali. Bandar tersebut mempunyai banyak kemudahan asas sesebuah bandar seperti bank, pejabat pos, balai polis, kedai serbaneka, kedai runcit, pasaraya kecil dan klinik. Terdapat juga perhentian keretapi iaitu Stesen Keretapi Batang Kali yang terletak bersebelahan dengan bandar tersebut.