Mukim Cheras

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Mukim Cheras
Geografi
StatusMukim
Asal namaN/A
Negara Malaysia
Negeri Selangor
DaerahDaerah Hulu Langat
MukimMukim Cheras
KeluasanN/A

Mukim Cheras merupakan pecahan kawasan pentadbiran bagi negeri Selangor.

Selangor dibahagikan kepada beberapa buah daerah dan setiap daerah dibahagikan kepada beberapa mukim (subdaerah/subdistrict).

Pentadbiran[sunting | sunting sumber]

Mukim Cheras merupakan salah sebuah mukim yang terdapat dalam negeri Selangor, dan juga merupakan satu dari mukim yang terletak dalam pentadbiran Daerah Hulu Langat. Ia juga terletak di bawah penguatkuasa Majlis Perbandaran Kajang. Mukim ini bersebelahan dengan Mukim Kajang, Mukim Ulu Semenyih dan Mukim Ulu Langat. Pekan bagi mukim Cheras ialah Pekan Batu 9 Cheras. Dari segi sejarah, selepas 1 Febuari 1974 sebahagian daripada mukim Cheras yang berada dalam lingkungan Kuala Lumpur telah dipindahkan secara rasmi kepada Kerajaan Persekutuan bagi membentuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur melalui Perjanjian Penyerahan Kuala Lumpur 1974. Sejak itu, Cheras telah terpecah menjadi dua bahagian yang berjiran di dalam negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan.

Pandu arah[sunting | sunting sumber]

Jika pelawat datang dari Kuala Lumpur ke Seremban di selatan dengan melalui Lebuh Raya Cheras-Kajang, akan ditemui mukim Cheras di sebelah kiri dan kanan kira-kira 3 kilometer dari Kuala Lumpur.

Muka bumi[sunting | sunting sumber]

Muka bumi Cheras berbukit-bukau. Bukit Enggang setinggi 1,119 kaki. Di Stesen Jabatan Pertanian, dibina kolam air di atas sebuah bukit.

Terdapat beberapa batang sungai di mukim Cheras iaitu:

  1. Sungai Long
  2. Sungai Sekamat
  3. Sungai Cheras
  4. Sungai Langat

Kampung Melayu[sunting | sunting sumber]

Terdapat beberapa perkampungan Melayu di mukim Cheras. Kampung Melayu di sini ialah:

Kesemua kampung ini terletak dalam Tanah Simpanan Melayu.

Ladang[sunting | sunting sumber]

Terdapat beberapa buah ladang di mukim Cheras. Antaranya ialah:

Sekolah[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]