Mukim Gadong 'B'

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Mukim Gadong 'B'
NegaraBrunei
DaerahBrunei dan Muara
Keluasan
 • Jumlah2,459.62 ha (6,077.85 ekar)
Penduduk
 (2016)[2]
 • Jumlah33,637
 • Kepadatan1,400/km2 (3,500/batu persegi)
Zon waktuUTC+8 (BNT)
Poskod
BExx18, BExx19

Mukim Gadong 'B' ialah sebuah mukim di Daerah Brunei dan Muara, Brunei. Mukim ini berkeluasan 2,459.62 hektar (6,077.9 ekar) dan mempunyai penduduk seramai 33,637 orang pada tahun 2016.[1][2] Mukim Gadong 'B' merupakan sebahagian daripada kawasan bandaran Bandar Seri Begawan.[3]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pada asalnya mukim ini adalah sebahagian dari Mukim Gadong namun pada 21 November 2005 ianya telah dipecahkan menjadi dua mukim; mukim yang satu lagi ialah Mukim Gadong 'A'.[1]

Sejak 1 Ogos 2007, kawasan bandaran Bandar Seri Begawan telah diperluaskan yang mana keseluruhan kawasan Mukim Gadong 'B' adalah termasuk dalam kawasan perluasan tersebut.[3]

Kampung[sunting | sunting sumber]

Kampung-kampung di bawah Mukim Gadong 'B' adalah seperti berikut:[2]

Senarai kampung di Mukim Gadong 'B'
Kampung Penduduk (2016)
Kampung Beribi 5,679
Kampung Kiarong 4,530
Kampung Kiulap 3,400
Kampung Mata-Mata 6,126
Kampung Menglait 2,262
Kampung Pangkalan Gadong 3,147
Kampung Perpindahan Mata-Mata 2,385
Skim Tanah Kurnia Rakyat Jati Mata-Mata Kawasan 1 2,409
Skim Tanah Kurnia Rakyat Jati Mata-Mata Kawasan 2 1,791
Skim Tanah Kurnia Rakyat Jati Mata-Mata Kawasan 3 1,908
Jumlah 33,637

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c Md. Zain, Norliah (2018-07-18). "Mendekati Mukim Gadong B". www.pelitabrunei.gov.bn. Dicapai pada 2018-07-18. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  2. ^ a b c "Laporan Akhir Kemaskini Banci Penduduk dan Perumahan 2016" (PDF). www.deps.gov.bn. Jabatan Perangkaan. Disember 2018. Dicapai pada 21 Jun 2021.
  3. ^ a b "KAWASAN BARU PERBANDARAN BANDAR SERI BEGAWAN MULAI 1 OGOS 2007". bandaran-bsb.gov.bn. Dicapai pada 2018-04-07. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)