Pergi ke kandungan

Mukim Jelutong, Johor Bahru

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Mukim Jelutong, Johor)
Mukim Jelutong, Johor Bahru
مقيم جلوتوڠ
Mukim
Flag of Mukim Jelutong, Johor Bahru
Official seal of Mukim Jelutong, Johor Bahru
NegaraMalaysia Malaysia
NegeriJohor Johor
DaerahJohor Bahru
MukimJelutong
Kerajaan
 • Penghulu MukimHaji Muhammad Azfar Bin Dato' Haji Mohd Noh
Zon waktuUTC+8 (MYT)

Mukim Jelutong, Johor Bahru merupakan sebuah mukim dalam Daerah Johor Bahru, Johor, Malaysia. Mukim ini adalah salah satu daripada tujuh mukim yang terdapat dalam Daerah Johor Bahru, dan diketuai oleh seorang Penghulu. Mukim ini terletak di bahagian barat Daerah Johor Bahru, merangkumi kawasan Gelang Patah dan Ulu Choh.

Pentadbiran

[sunting | sunting sumber]

Mukim Jelutong terletak dalam Daerah Johor Bahru dan berada di bawah pentadbiran Pejabat Daerah Johor Bahru. Penghulu Mukim Jelutong semasa ialah Haji Muhammad Azfar Bin Dato' Haji Mohd Noh.[1]

Mukim Jelutong merentasi sempadan dua pihak berkuasa tempatan, iaitu Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) dan Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB).

Kampung-kampung dalam Mukim Jelutong

[sunting | sunting sumber]

Terdapat 2 kampung yang berada di bawah pentadbiran Mukim Jelutong, masing-masing diketuai oleh seorang Ketua Kampung.

Kampung Ketua Kampung Parlimen DUN Kawasan Rangkaian
Kampung Pulai Abdul Rahman Bin Halim P162 Iskandar Puteri N.49 Kota Iskandar Kampung Pulai, Kampung Bukit Tempurong, Kampung Pulai Mutiara, Kampung Baru Ulu Choh, Taman Eco Garden, Taman Nusa Central
Kampung Melayu Gelang Patah Rahizam Bin Rahmat P162 Iskandar Puteri N.49 Kota Iskandar Kampung Melayu Gelang Patah, Kampung Melayu Baru Gelang Patah, Kampung Melayu Dapur Arang Gelang Patah, Taman Mas Gelang Patah, Taman Nusantara Gelang Patah, Taman Gelang Emas, Taman Nusa Perintis

Kawasan Pilihan Raya

[sunting | sunting sumber]

Mukim Jelutong terletak sepenuhnya dalam kawasan Parlimen Iskandar Puteri (P162) di bawah N.49 Kota Iskandar.

  1. ^ "Mukim Jelutong, Daerah Johor Bahru - Senarai Ketua Kampung". indraputra.ai. Dicapai pada 2025-12-05.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]