Mukim Lenga

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian
Mukim Lenga
Papan tanda ke Lenga
Papan tanda ke Lenga
Negara Malaysia
Negeri Johor
Daerah Muar
MukimMukim Lenga
Zon waktuWaktu Piawai Malaysia

Mukim Lenga merupakan pecahan kawasan pentadbiran bagi negeri Johor.

Johor dibahagikan kepada beberapa buah daerah dan setiap daerah dibahagikan kepada beberapa mukim (subdaerah/subdistrict).

Pentadbiran[sunting | sunting sumber]

Mukim Lenga merupakan salah sebuah mukim yang terdapat dalam negara Johor, dan juga merupakan satu dari mukim yang terletak dalam pentadbiran Daerah Muar.

Felda[sunting | sunting sumber]

Di Mukim Lenga terdapat sebuah perkampungan Felda yang dikenali sebagai Felda lenga.Felda Lenga Terletak kira-kira 44km dari bandar muar.Felda Lenga terletak di dalam Parlimen Pagoh (P143). Felda Lenga asalnya merupakan sebuah TANAH PINGGIR GSA yang diperjuangkan oleh Allahyarham Orang Kaya Penghulu Lenga iaitu Hj.Abd Hamid. Tanah ini telah diserahkan kepada FELDA pada tahun 1961 untuk memajukan tanah serta mendirikan rumah untuk peneroka-peneroka Felda. Kemasukkan peneroka-peneroka Felda adalah mengikut peringkat-peringkat, peneroka peringkat 1 telah berpindah dari kampung-kampung berdekatan pada tahun 1963 seramai 132 orang. Pada tahun 1964 seramai 84 peneroka peringkat 2 telah berpindah dari kampung masing-masing.Perbincangan telah dibuat oleh Ahli Jawatankuasa dan Pengerusi JKKR untuk menukar nama Tanah Pinggir GSA kepada FELDA LENGA, nama ini diambil berikutan Felda ini kelompok yang dipanggil MUKIM LENGA, ia juga diambil atas simbolik Orang Kaya Penghulu Lenga. Pada tahun 1978, Felda telah memajukan lot pertanian tambahan dengan tanaman getah dan diperuntukan sebanyak 2 ekar setiap peneroka. Sehinggalah pada tahun 1987 dikurniakan geran hak milik tanah oleh Kerajaan Negeri johor dengan persetujuan pihak Felda setelah selesai bayaran kembali kos pembangunan tanah dan lain-lain.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]