Matang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Mukim Matang)

Matang (Cina: 峇登) adalah seorang lukman ikhsan mukim di Daerah Larut, Matang dan Selama, Perak, Malaysia yang berhampiran dengan Selat Melaka. Perkataan "matang" merupakan singkatan kata bagi perkataan "permatang" yang membawa maksud "benteng". Permatang biasanya terdapat di tepi laut atau sungai dan berperanan sebagai penghalang banjir.

Ketinggian badannya rendah-rendah antara aras laut sehingga 50 meter. Bandar yang berhampirannya ialah Taiping, Kuala Sepetang, Kamunting, Bukit Berapit dan Pokok Assam.

Jabatan Perhutanan Matang[sunting | sunting sumber]

Mukim Matang terletak di tepi Selat Melaka merupakan kawasan paya sepenuhnya, berhampiran dengan kuala Sungai Larut. Kuala memang sesuai dengan pokok bakau kerana ketemuan air masin dengan air tawar, satu syarat untuk pertumbuhan pokok bakau.

Sejak 1902 lagi, hutan di sini diuruskan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Perak. Rancangan kerja perhutanan diuruskan oleh DSP Noakes antara tahun 1952-1959.

Kini, Jabatan Perhutanan Matang menguruskan "Hutan Simpan Bakau Matang" seluas 40,711 hektar yang dibahagikan kepada tiga kawasan, iaitu:

Pembangunan hutan Bakau Matang diuruskan mengikut "Rancangan Kerja 30 Tahun" yang disediakan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Perak.

Matang menjadi pengeluar utama kayu arang, kayu api, kayu cerucuk binaan untuk pasaran dalam dan luar negara. Spesies bakau yang utama di sini ialah Bakau Minyak (Rhizopher Conjuta) dan Bakau Kurap (Rhizopher Mucronata).

Hidupan kerang, udang dan ikan memang banyak di kawasan hutan simpan Matang ini.

Masjid[sunting | sunting sumber]