Mukim Padang Temak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Mukim Padang Temak
Transkripsi lain
 • Jawiمقيم ڤادڠ تمق
 • Cina双弄
Ralat Lua pada baris 425 di Modul:Location_map: No value was provided for longitude.
Koordinat: 6°14′18″N 100°32′51″E / 6.238343°N 100.547484°E / 6.238343; 100.547484Koordinat: 6°14′18″N 100°32′51″E / 6.238343°N 100.547484°E / 6.238343; 100.547484
NegaraMalaysia
NegeriKedah
DaerahPadang Terap
Kawasan parlimenPadang Terap
Kawasan negeriKuala Nerang
Perwartaan1956
Pentadbiran
 • Pihak berkuasa tempatanMajlis Daerah Padang Terap
 • Ahli ParlimenMohammad Yusoff @ Munir Zakaria
 • Ahli Dewan Undangan NegeriNurul Amin Hamid
 • Penghulu mukimRezuwan bin Abdulah @ Zainol
Penduduk
 (2010)[1]
 • Jumlah5,298
Zon waktuUTC+8 (MST)
Poskod
063xx

Mukim Padang Temak (Jawi: مقيم ڤادڠ تمق; Cina: 巴东打目) ialah sebuah mukim (daerah kecil) dalam kawasan pentadbiran Daerah Padang Terap, di negeri Kedah, Malaysia.[2][3] Mukim ini mempunyai penduduk seramai 5,298 orang pada tahun 2010.[1]

Geografi[sunting | sunting sumber]

Mukim Padang Temak dalam Daerah Kubang Pasu

Persempadaan Mukim Padang Temak bersama-sama mukim lain dalam Daerah Padang Terap telah diwartakan pada tahun 1956.[2] Mukim Padang Temak terletak barat Daerah Padang Terap. Ia bersempadan dengan mukim lain iaitu Mukim Kurong Hitam di bahagian utara, Mukim Belimbing Kiri di bahagian timur laut, Mukim Belimbing Kanan di bahagian timur, Mukim Gajah Mati (dalam Daerah Pokok Sena) di bahagian selatan, Mukim Derang (dalam Daerah Pokok Sena) di bahagian barat dan Mukim Wang Tepus dan Mukim Malau (dalam Daerah Kubang Pasu) di bahagian barat laut.[4][5]

Dari segi politik, Mukim Padang Temak terletak dalam kawasan parlimen Padang Terap, manakala dalam kerusi Dewan Undangan Negeri Kedah, Mukim Padang Temak terletak dalam kawasan Kuala Nerang.[6]

Sungai Padang Terap merupakan sungai utama di Mukim Padang Temak, yang membentuk sempadan antara Mukim Padang Temak dengan Mukim Kurong Hitam. Terdapat tiga sungai yang termasuk dalam sub-lembangan Sungai Padang Terap, merangkumi Charok Kuala Kejai, Charok Kuala Rambutan dan Charok Alor Yoi. Terdapat juga beberapa sungai yang terkandung dalam Mukim Padang Temak iaitu Charok Kurong, Charok Genting Tampol, dan Charok Besar.[7][8]

Terdapat juga beberapa bukit-bukau di kawasan Mukim Padang Temak, seperti Bukit Kerbau Berguling, Bukit Genting Tok Menora, Bukit Keriang dan Bukit Tok Puteh di bahagian barat mukim yang berfungsi sebagai persempadan mukim dengan Mukim Derang di Daerah Pokok Sena, Bukit Tembaga, Bukit Batu Puteh, dan Bukit Genting Tampol di bahagian selatan mukim, Bukit Genting Periang (atau Bukit Genting Pariang), Bukit Tok Wan, Bukit Perupok (atau Bukit Prupok), dan Bukit Jerding di bahagian utara mukim, dan Bukit Tok Mat Sih di bahagian timur, yang juga berfungsi sebagai persempadan antara Mukim Belimbing Kanan.[7][8]

Pentadbiran[sunting | sunting sumber]

Mukim Padang Temak dipimpin oleh seorang penghulu mukim; pemegang jawatan semasa ialah Encik Rezuwan bin Abdulah @ Zainol. Pejabat penghulunya terletak di Kampung Alor Yoi.[9]

Senarai di bawah ini merupakan petempatan manusia yang wujud dalam Mukim Padang Temak.[7][8][10]

Demografi[sunting | sunting sumber]

Berdasarkan Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010, kawasan Mukim Padang Temak mempunyai jumlah penduduk seramai 5,298 orang dengan pecahan jantina iaitu 2,707 orang penduduk berjatina lelaki dan 2,591orang penduduk lagi berjantina perempuan.[1] Seramai 5,133 orang yang berwarganegara Malaysia dan 165 orang bukan warganegara Malaysia tinggal di Mukim Padang Temak. Bumiputera ialah kaum majoriti atau paling banyak yang bermastautin di Mukim Padang Temak dengan jumlah penduduk mencecah 5,122 orang, dengan pecahan 5,120 orang ialah orang Melayu dan selebihnya ialah bumiputera lain seperti Siam dan Orang Asli. Selain itu, terdapat dua orang yang berbangsa India, dan tujuh orang berbangsa lain-lain menetap di Mukim Padang Temak. Kaum minoriti di Mukim Sanglang ialah kaum Cina dengan jumlah penduduk sifar.[1] Terdapat 1,233 buah isi rumah dan 1,485buah tempat kediaman dalam Mukim Padang Temak pada tahun 2010.[1]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e "Taburan Penduduk Mengikut Kawasan Pihak Berkuasa Tempatan dan Mukim 2010 (PDF)". Putrajaya: Jabatan Perangkaan Malaysia. 2011. ISBN 978-983-9044-59-1. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-07-01. Dicapai pada 2019-05-20.
  2. ^ a b "Kod dan Nama Sempadan Pentadbiran Tanah, Unique Parcel Identifier (UPI) Kedah" (PDF). Jawatankuasa Teknikal Standard MyGDI (JTSM). 2011. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2 Ogos 2022. Dicapai pada 24 Februari 2023.
  3. ^ "Senarai Daerah Pentadbiran, Mukim dan Pihak Berkuasa Tempatan" (PDF). Jabatan Perangkaan Malaysia. Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 (myCensus 2020). 2020. Dicapai pada 24 Februari 2023.
  4. ^ "Aplikasi Carian Kod dan Nama Sempedan Pentadbiran Tanah". mygos.mygeoportal.gov.my. Malaysia Geospatial Online Services (MyGOS). Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-05-05. Dicapai pada April 12, 2021.
  5. ^ World Express Mapping (WEM) Sdn. Bhd. (dalam bahasa Inggeris). Peta Panduan Jalan Kedah & Perlis (Road Map of Kedah & Perlis) (Peta). 1: 187,950. ISBN 983-2192-36-6.
  6. ^ "Online Electoral Maps of Malaysia" [Peta Kawasan Pilihan Raya Malaysia Atas Talian] (dalam bahasa Inggeris). Tindak Malaysia. Dicapai pada 14 Oktober 2021.
  7. ^ a b c Survey Department of Federated Malay States dan Survey of India (Mac 1945) (dalam bahasa Inggeris). Malay Peninsula 1945 – Kedah (Parts of Padang Terap, Kubang Pasu and Kota Star District) (Peta). 1:63,360. HIND 1035: Lembaran 2E/11 (3 ed.). Kedah, Malaysia.
  8. ^ a b c Survey Department of Federated Malay States dan Survey of India (September 1943) (dalam bahasa Inggeris). Malay Peninsula 1945 – Kedah (Parts of Padang Terap, Sik and Kota Star District) (Peta). 1:63,360. HIND 1035: Lembaran 2E/15 (Gajah Mati) (2 ed.). Kedah, Malaysia.
  9. ^ Administrator (22 Disember 2022). "Senarai Penghulu Negeri Kedah". Pejabat Daerah dan Tanah Negeri Kedah Darul Aman. Dicapai pada 24 Februari 2022.
  10. ^ Jawatankuasa Nama Geografi Kebangsaan Malaysia. "Laporan Gazetir untuk Negeri Kedah Darul Aman". mygeoname.mygeoportal.gov.my. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Dicapai pada 23 September 2022.