Mukim Sengkurong
Penampilan
Mukim Sengkurong
مقيم سڠکوروڠ | |
|---|---|
Mukim Sengkurong diwarnai dengan karamel | |
| Negara | Brunei |
| Daerah | Brunei dan Muara |
| Penduduk (2016)[1] | |
• Jumlah | 31,493 |
| Zon waktu | UTC+8 (BNT) |
| Poskod | BGxx21, BGxx22 |
Mukim Sengkurong ialah sebuah mukim di Daerah Brunei dan Muara, Brunei. Mukim ini mempunyai penduduk seramai 31,493 orang pada tahun 2016.[1]
Kampung
[sunting | sunting sumber]Kampung-kampung berpenduduk di bawah Mukim Sengkurong adalah seperti berikut:[1]
| Kampung | Penduduk (2016) |
|---|---|
| Kampung Jerudong | 3,856 |
| Kampung Katimahar | 873 |
| Kampung Kulapis | 1,766 |
| Kampung Lugu | 2,082 |
| Kampung Mulaut | 5,846 |
| Kampung Pasai | 2,204 |
| Kampung Peninjau | 3,418 |
| Kampung Selayun | 1,875 |
| Kampung Sengkurong 'A' | 2,617 |
| Kampung Sengkurong 'B' | 2,386 |
| Kampung Tagap | 1,452 |
| Kampung Tanjong Nangka | 3,118 |
| Jumlah | 31,493 |
Infrastruktur
[sunting | sunting sumber]Perumahan awam
[sunting | sunting sumber]Terdapat sebuah kawasan perumahan awam di Mukim Sengkurong iaitu STKRJ Kampung Lugu, iaitu salah sebuah kawasan perumahan di bawah Skim Tanah Kurnia Rakyat Jati.
Masjid
[sunting | sunting sumber]Masjid-masjid di Mukim Sengkurong ialah:
- Masjid Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam, Kampung Jerudong
- Masjid Paduka Seri Begawan Sultan Omar Ali Saifuddien, Kampung Katimahar
- Masjid Pehin Khatib Abdullah, Kampung Kulapis
- Masjid Pengiran Muda Abdul Mateen, Kampung Mulaut
- Masjid Sultan Sharif Ali, Kampung Sengkurong
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- 1 2 3 "Laporan Akhir Kemaskini Banci Penduduk dan Perumahan 2016" (PDF). www.deps.gov.bn. Jabatan Perangkaan. Disember 2018. Dicapai pada 21 Jun 2021.