Titi Tinggi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Mukim Titi Tinggi)
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian
Mukim Titi Tinggi
Mukim Titi Tinggi.svg
  Mukim Titi Tinggi
Negara Malaysia
Negeri Perlis
Kerajaan
 • Pihak berkuasa tempatanMajlis Perbandaran Kangar
Luas
 • Jumlah200 km2 (80 batu persegi)
Penduduk
 (2010)
15,969 orang
 • Kepadatan80/km2 (200/batu persegi)

Mukim Titi Tinggi merupakan sebuah mukim di negeri Perlis.

Perlis dibahagikan kepada beberapa buah mukim dan setiap mukim dibahagikan kepada beberapa buah kampung dan pekan.[1]

Pentadbiran[sunting | sunting sumber]

Mukim Titi Tinggi merupakan salah sebuah mukim yang terdapat dalam negeri Perlis dan terletak di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Kangar. Mukim Titi Tinggi mempunyai keluasan 200 kilometer persegi dan merupakan mukim terbesar di Perlis.[2]

Geografi[sunting | sunting sumber]

Mukim Titi Tinggi terletak di bahagian utara negeri Perlis bersempadan dengan mukim Chuping dan Beseri di selatan serta negara Thailand di utara.

Demografi[sunting | sunting sumber]

Jumlah penduduk di Mukim Titi Tinggi ialah 15,969 orang[3] menurut Bancian Malaysia 2010 dengan kepadatan penduduk 80 orang perkilometer persegi dan dikategorikan sebagai taburan penduduk sederhana[4]. Majoriti penduduk berbangsa Melayu iaitu seramai 12,377 orang.[3][4] Terdapat sebanyak 4,274 isi rumah dengan 5,262 tempat kediaman.[3]

Jumlah penduduk mengikut kaum (2010)
Kategori Kaum Bilangan
Warganegara Malaysia Melayu 12,377
Bumiputera lain 20
Cina 2,496
India 224
Lain-lain 56
Bukan warganegara - 796
Jumlah penduduk mengikut kumpulan umur (2010)
Kumpulan umur Bilangan
70 tahun ke atas 687
60-69 tahun 1,080
50-59 tahun 1,888
40-49 tahun 2,132
30-39 tahun 1,920
20-29 tahun 2,690
10-19 tahun 3,078
0-9 tahun 2,494
Jumlah penduduk mengikut jantina (2010)
Jantina Bilangan
Lelaki 8,484
Perempuan 7,485

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ http://www.mygeoportal.gov.my/sites/default/files/dokumen_upi/KOD%20DAN%20NAMA%20SEMPADAN%20PENTADBIRAN%20TANAH_PERLIS.pdf
  2. ^ https://mygos.mygeoportal.gov.my/upi/
  3. ^ a b c https://www.mycensus.gov.my/index.php/ms/produk-banci/penerbitan/banci-2010/682-taburan-penduduk-mengikut-kawasan-pihak-berkuasa-tempatan-dan-mukim-2010
  4. ^ a b "Citypopulation - Titi Tinggi, Malaysia". citypopulation.de (dalam bahasa Inggeris).