Muktamar Tahunan PAS

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Muktamar Tahunan PAS merupakan sebuah perhimpunan besar secara tahunan yang dianjurkan oleh Parti Islam Se-Malaysia untuk merumus keputusan parti dan mendengar arahan dan amanat kepimpinan. Ia adalah medium bagi Presiden PAS untuk mentarjih perjalanan gerakan Islam ini melalui Ucapan Dasar Presiden. Ia juga bertujuan untuk memberi ruang kepada perwakilan menilai keupayaan Pimpinan PAS Pusat yang telah mereka lantik dalam Pemilihan Parti.

Pengerusi Tetap bagi Muktamar Tahunan PAS bagi penggal 2015-2017 ialah Tuan Haji Hussin Ismail.

Kekerapan[sunting | sunting sumber]

Menurut Perlembagaan PAS Pindaan 2011,

Muktamar Tahunan PAS hendaklah diadakan sekali dalam setahun, seboleh-bolehnya pada bulan April, atau pada bila-bila masa yang dikehendaki oleh Presiden atau dengan permintaan bersurat daripada sekurang-kurangnya lapan orang Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat atau daripada sekurang-kurangnya satu pertiga daripada bilangan ahli-ahli Muktamar selain daripada Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Terdapat tiga perhimpunan ke arah menubuhkan PAS:

Persidangan Alim Ulamak kali Pertama

21-23 Februari 1950 di  Kelab Melayu Muar, Bandar Maharani, Johor. Persidangan ini dianjurkan oleh Bahagian Agama UMNO, dan dihadiri oleh 46 orang wakil. Resolusi Persidangan ini membawa kepada penubuhan Persatuan Ulama Se-Tanah Melayu yang diketuai oleh Haji Ahmad Fuad Hassan sebagai Yang Dipertua.

Persidangan Alim Ulamak kali Kedua / Kongres Alim Ulamak Pan-Malaya

23 Ogos 1951 di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur. Resolusi Kongres ini memutuskan dua perkara, iaitu meneruskan langkah penubuhan Badan Tertinggi Agama Islam peringkat kebangsaan, dan menubuhkan sebuah persatuan alim-ulama yang bebas (tidak terikat dengan UMNO) dengan nama Persatuan Ulama-ulama Se-Tanah Melayu (PAS). Kongres meluluskan supaya ditubuhkan jawatankuasa penaja dan membuat draf cadangan undang-undang tubuh persatuan.

Persidangan Alim Ulamak kali Ketiga / Persidangan Persatuan Ulamak Malaya

24 November 1951 di Bagan Tuan Kecil, Butterworth. Persidangan ini dihadiri oleh 200 orang wakil termasuk pemerhati dan termasuk juga 20 orang mewakili kaum Ibu. Resolusi Kongres ini telah menukarkan nama Persatuan Ulamak Se-Tanah Melayu kepada Persatuan Islam Se-Tanah Melayu dan meluluskan Undang-Undang Tubuh Persatuan Islam Se-Tanah Melayu 1951

Senarai Mesyuarat Agung/Muktamar Tahunan PAS[sunting | sunting sumber]

Mesyuarat Agung Tahunan[sunting | sunting sumber]

Sebelum tahun 1977, Muktamar Tahunan PAS dikenali sebagai Mesyuarat Agung Tahunan. Ia dibuat secara tahunan kecuali pada Muktamar ke-15 dan ke-16 yang diadakan serentak kerana masalah dan isu yang berlaku pada masa tersebut.

  • Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kali Pertama
    • 3 Januari 1953 di Madrasah ad-Daeratul Maarif al-Wathaniyah, Kepala Batas, Pulau Pinang
  • Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kali Kedua
    • 30 Ogos 1953 di Madrasah al-Ulum as-Syar'iyah, Bagan Datoh, Perak.
  • Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kali Ketiga
    • 12 hingga 14 Ogos 1954 di Madrasaah At-Tahzib Ad-Diniyah, Titi Serong Parit Buntar, Perak
  • Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kali Keempat
    • 26 - 28 Disember 1955 di Madrasah Ahmadiah, Bunut Payung, Kota Bharu, Kelantan.
  • Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kali Kelima
    • 25 Disember 1956 di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur.
  • Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kali Keenam
    • 24-25 Ogos 1957 di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur.
  • Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kali Ketujuh
    • 25-27 Disember 1958 di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur.
  • Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kali Kelapan
    • 26-28 Disember 1959 di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur.
  • Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kali Kesembilan
    • 11-13 Februari 1961 di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur.
  • Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kali ke-10
    • 5 dan 6 Januari 1962 di Gudang Persatuan Guru-guru Melayu Kedah, Alor Star, Kedah.
  • Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kali Ke-11
    • 31 Disember 1962 - 2 Januari 1963 di Dewan Kesatuan Syarikat Guru-guru Melayu, Bandar Melaka, Melaka.
  • Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kali ke-12
    • 22-23 Ogos 1964 di Bangunan Persatuan Guru-guru Melayu Selangor, Jalan Raja Muda, Kuala Lumpur
  • Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kali ke-13
    • 20-21 April 1965 di Dewan Zulkifli Muhammad, Bangunan PAS Kelantan, Kota Bharu, Kelantan
  • Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kali ke-14
    • 12-14 Ogos 1966 di Bangunan YMCA, Jalan Stesyen, Taiping, Perak.
  • Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kali ke-15 & Ke-16
    • 19-22 April 1968 di Dewan Syarikat Pegawai-pegawai Kerajaan Perlis, Kangar, Perlis.
  • Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kali ke-17
    • 18-20 Jun 1971
  • Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kali ke-18
    • 28-29 Julai 1972 di Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
  • Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kali ke-19
    • 21-23 September 1973
  • Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kali Ke-20
    • 13-15 Jun 1974
  • Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kali Ke-21
    • 29-30 Julai 1975
  • Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kali Ke-22
    • 5-6 Ogos 1976

Muktamar Tahunan[sunting | sunting sumber]

Selepas tahun 1977, Mesyuarat Agung Tahunan PAS dikenali sebagai Muktamar Tahunan. Perubahan berlaku selepas proses kesedaran Islam telah sampai dan susai dengan keadaan masyarakat.

  • Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-23
    • 23-25 Julai 1977 di Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
  • Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-24
    • 25-27 November 1978
  • Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-25
    • 7-9 September 1979
  • Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-26
    • 26-28 September 1980
  • Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-27
    • 17-19 April 1981
  • Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-28
    • 23 Oktober 1982 di Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
  • Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-29
    • 30 April dan 1 Mei 1983 di Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
  • Muktamar Tahunan PAS Kali ke-30
    • 13-15 April 1984 di Alor Setar, Kedah,
  • Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-31 **
    • 14 dan 15 April 1985 di Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
  • Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-32
    • 1986 di Masjid Rusila, Marang, Terengganu.
  • Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-33 **
    • 11-12 April 1987 di Markaz Tarbiyyah PAS Pusat, Taman Melewar, Batu Caves, Selangor.
  • Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-34
    • 8-9 April 1988 di Markaz Tarbiyyah PAS Pusat, Taman Melewar, Batu Caves, Selangor.
  • Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-35 **
    • 1-2 April 1989 di Markaz Tarbiyyah PAS Pusat, Taman Melewar, Batu Caves, Selangor.
  • Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-36
    • 25-27 Mei 1990 di Markaz Tarbiyyah PAS Pusat, Taman Melewar, Batu Caves, Selangor.
  • Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-37 **
    • 31 Mei - 2 Jun 1991 di Markaz Tarbiyyah PAS Pusat, Taman Melewar, Batu Caves, Selangor.
  • Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-38
    • 14-16 Ogos 1992 di Kelantan.
  • Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-39 **
    • 11-13 Jun 1993 di Markaz Tarbiyyah PAS Pusat, Taman Melewar, Batu Caves, Selangor.
  • Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-40
    • 10-12 Jun 1994 di Masjid Rusila, Marang, Terengganu
  • Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-41
    • 25-27 Ogos 1995 di Markaz Tarbiyyah PAS Pusat, Taman Melewar, Batu Caves, Selangor.
  • Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-42
    • 14-16 Jun 1996 di Markaz Tarbiyyah PAS Pusat, Taman Melewar, Batu Caves, Selangor.
  • Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-43
    • 30 Mei - 1 Jun 1997 di Markaz Tarbiyyah PAS Pusat, Taman Melewar, Batu Caves, Selangor.
  • Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-44
    • 15-17 Mei 1998 di Markaz Tarbiyyah PAS Pusat, Taman Melewar, Batu Caves, Selangor.
  • Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-45
    • 28-30 Mei 1999 di Markaz Tarbiyyah PAS Pusat, Taman Melewar, Batu Caves, Selangor.
  • Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-46
    • 2-4 Jun 2000 di Stadium Negeri, Kuala Terengganu, Terengganu.
  • Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-47 **
    • 1-3 Jun 2001 di Markaz Tarbiyyah PAS Pusat, Taman Melewar, Batu Caves, Selangor.
  • Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-48
    • 31 Mei - 2 Jun 2002 di Pusat Tarbiyyah Islamiyyah Kelantan, Pengkalan Chepa, Kelantan.
  • Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-49 **
    • 12 September 2003 di Markaz Tarbiyyah PAS Pusat, Taman Melewar, Batu Caves, Selangor.
  • Muktamar Tahunan PAS Kali Ke 50
    • 27-30 Ogos 2004 di Pusat Tarbiyyah Islamiyyah Kelantan, Pengkalan Chepa, Kelantan.
  • Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-51 **
    • 3-5 Jun 2005 di Pusat Tarbiyyah Islamiyyah Kelantan, Pengkalan Chepa, Kelantan.
  • Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-52
    • 7-9 Jun 2006 di Dewan Dato' Fadzil Noor, Kompleks PAS Kedah, Alor Star, Kedah.
  • Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-53 **
    • 1-3 Jun 2007 di Pusat Tarbiyyah Islamiyyah Kelantan, Pengkalan Chepa, Kelantan.
  • Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-54
    • 15-17 Ogos 2008 di Dewan Stadium Indera Mulia, Ipoh, Perak.
  • Muktamar Tahunan PAS Kali ke-55 **
    • 5-7 Jun 2009 di Stadium Malawati, Shah Alam, Selangor.
  • Muktamar Tahunan PAS kali ke-56
    • 11-13 Jun 2010 di Pusat Tarbiyyah Islamiyyah Kelantan, Pengkalan Chepa, Kelantan.
  • Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-57 **
    • 3-5 Jun 2011 di Markaz Tarbiyyah PAS Pusat, Taman Melewar, Batu Caves, Selangor.
  • Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-58
    • 16-18 Nov 2012 di Pusat Tarbiyyah Islamiyyah Kelantan, Pengkalan Chepa, Kelantan.
  • Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-59 **
    • 22-24 Nov 2013 di Stadium Malawati, Shah Alam, Selangor.
  • Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-60
    • 16-20 September 2014 di Parit Haji Salleh Ros, Parit Raja, Batu Pahat, Johor.
  • Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-61 **
    • 4-6 Jun 2015 di Stadium Tertutup Kuala Selangor, Selangor.
  • Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-62
    • 31 Mei - 3 Jun 2016 di Pusat Tarbiyyah Islamiyyah Kelantan, Pengkalan Chepa, Kelantan.

Mesyuarat Agung Khas[sunting | sunting sumber]

  • Mesyuarat Agung Khas PAS 1953
    • 26 September 1953 di Madrasah Al-Masriyyah, Tanah Liat, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Mesyuarat Agung Khas ini membincangkan tentang Pendirian PAS untuk meneruskan penyertaan dalan National Conference (persidangan Kebangsaan) atau keluar dan menyetai National Convention (Perhimpunan Kebangsaan).
  • Mesyuarat Agung Khas PAS 1957
    • 2 Mei 1957. Mesyuarat Agung Khas ini membincangkan tentang Pendirian PAS terhadap Penyata Reid 1957 yang menyentuh soal kerakyatan negara Tanah Melayu.
  • Mesyuarat Agung Khas PAS 1961
    • 5 Oktober 1961 di Hotel Majestic, Kuala Lumpur
  • Mesyuarat Agung Khas PAS 1962 (Mesyuarat gagal akibat kekurangan korum)
    • 22 April 1962 di Dewan Masyarakat Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur.
  • Mesyuarat Agung Khas PAS 1972
    • 21 Disember 1972

Rujukan[sunting | sunting sumber]