Mullet (potongan rambut)

Mullet ialah gaya rambut, di mana bahagian rambut di hadapan, sisi dan atas dipotong pendek, tetapi bahagian belakang rambut tidak dipotong atau dibiarkan panjang.
Etimologi[sunting | sunting sumber]
Menurut Oxford English Dictionary, penggunaan istilah mullet untuk menggambarkan gaya rambut ini ialah "nampaknya dicipta, dan pastinya diperkenalkan oleh kumpulan hip-hop Amerika Syarikat iaitu, Beastie Boys",[1] yang menggunakan istilah "mullet" dan "mullet head" sebagai julukan dalam lagu 1994 mereka iaitu "Mullet Head", yang di mana menggabungkannya dengan penerangan tentang potongan rambut: "nombor satu di sisi rambut dan jangan sentuh di bahagian belakang rambut, nombor enam di bahagian atas rambut dan jangan memotongnya kerana tidak bagus, Jack.".[2] Mereka menerangkan tentang subjek secara panjang lebar dalam artikel enam muka surat bertajuk "Mulling Over The Mullet" di Isu 2 (1995) dalam majalah mereka Grand Royal, dan menawarkan pilihan nama alternatif untuk potongan itu, seperti "Potongan Rambut Pemain Hoki" dan "Soccer Rocker".[3]
Sejarah[sunting | sunting sumber]
Tahun 1980-an[sunting | sunting sumber]
Di Australia, Amerika Syarikat, dan United Kingdom pada tahun 1980-an, gaya rambut Mullet adalah "dimana-mana", mengikut Tess Reidy yang menulis di The Guardian pada tahun 2019.[4] Tahun 1980-an juga merupakan puncak populariti Mullet di Eropah Kontinental.[5] Juga pada 1980-an, gaya rambut Mullet menjadi sebahagian daripada budaya lesbian, di mana ia digunakan sebagai cara untuk mengenal pasti diri sebagai ahli budaya tersebut secara awam.[6][7][8][9]
Tahun 1990-an[sunting | sunting sumber]

Selepas cerita bergambar 1992 yang sangat dipublikasikan oleh DC Comics di mana Superman nampaknya mati, watak tersebut kembali dalam cerita susulan tahun 1993 "Reign of the Supermen", di mana dia digambarkan dengan gaya rambut Mullet.[10] Projek filem Superman yang dibatalkan, Superman Lives, sepatutnya menunjukkan Superman dengan gaya rambut Mullet.[11]
Kumpulan punk rock Vandals menyanyikan tentang gaya rambut Mullet yang dipakai oleh penyanyi muzik country dan tetamu The Jerry Springer Show dalam lagu tahun 1998 "I've Got an Ape Drape".[12] Penyanyi Wesley Willis menulis dan mengeluarkan lagu "Cut the Mullet" pada tahun 1998 dan sering kali mempersembahkannya dalam persembahan langsung.[13]
Tahun 2000-an[sunting | sunting sumber]
Filem tahun 2001 American Mullet mendokumentasikan fenomena gaya rambut Mullet dan orang-orang yang memakainya.[14] Pada tahun yang sama, Universal Records (Canada) melancarkan album Mullet Years: Power Ballads, kumpulan balada hard rock.[15] Gaya rambut ini menjadi popular dalam subkultur bogan di Australia dan New Zealand.[16][17]
Tahun 2010-an[sunting | sunting sumber]
Gaya rambut Mullet telah dilarang di Iran sebagai satu gaya dalam senarai "tidak-Islamik", "potongan Barat yang merosakkan".[18][19] Gaya rambut Mullet kembali ke pusat tumpuan pada tahun 2015 oleh K-pop idol G-Dragon semasa Made World Tour oleh kumpulan BIGBANG.[20] Byun Baekhyun dari EXO juga menggayakan gaya rambut Mullet semasa promosi lagu kumpulan pada tahun 2017 "Ko Ko Bop". Artis K-pop lain yang pernah menggayakan gaya rambut Mullet termasuk Zico dari Block B, Song Min-ho, Nam Joo-hyuk, Dean, Chan dan Han dari Stray Kids, N dari VIXX,[21] Himchan dari B.A.P.,[22] Woozi dan The8 dari Seventeen, dan V dari BTS.[23]
Gaya rambut Mullet juga mengalami kebangkitan dalam sukan Amerika. Selepas memenangi Piala Stanley secara berturut-turut, Phil Kessel dilihat pada perkhemahan latihan Pittsburgh Penguins pada September 2017 membawa kembali gaya rambut Mullet ke akar asalnya dalam hoki Pittsburgh (Jaromir Jagr menggayakan Mullet dengan Penguins pada tahun 1990-an). Begitu juga, ketua jurulatih bola sepak utama Oklahoma State, Mike Gundy, menggayakan gaya rambut Mullet pada awal tahun 2017; populariti Mulletnya dikatakan telah memberikan pendapatan pemasaran berjuta-juta dolar kepada Oklahoma State.[24] Tambahan pula, dari tahun 2010 hingga 2015, Patrick Kane dari Chicago Blackhawks popular dengan "playoff mullet," sebagai alternatif kepada janggut playoff NHL tradisional.[25] Bekas pemain lari Pittsburgh Steelers, James Conner, mula menggayakan Mullet pada tahun 2018, meneruskan tradisi Yinzer gaya rambut ini di Western Pennsylvania.[26] Kebangkitan ini juga meluas ke Australia pada penghujung tahun 2010-an, dengan pemain bola sepak Australia, Rhyan Grant, menjadi terkenal dengan gaya rambut Mullet sehingga dimasukkan ke dalam permainan video FIFA 20.[27]
2020-an[sunting | sunting sumber]
Pada September 2020, majalah i-D telah menamakan tahun 2020 sebagai "tahun mullet", dengan mengaitkan ledakan popularitinya dengan pandemik COVID-19 dan penutupan salun rambut.[28] Dalam artikel Vice Media, remaja dengan gaya potongan mullet yang ditemu bual, dia menyifatkan potongan rambut itu sebagai jenaka, dengan menyatakan "Terdapat ironi pada potongan rambut mullet. Ini adalah potongan rambut kasar yang paling menjengkelkan, yang bermaksud ia pasti dipakai dengan cara yang ironis".[29] Menurut Magda Ryczko, iaitu seorang pengasas kedai gunting rambut Hairrari di Brooklyn, Amerika Syarikat, menyatakan bahawa potongan mullet membolehkan dia tampil menghadap seperti profesional menyertai mesyuarat atas talian Zoom pada era COVID-19, sambil mengekalkan rupa yang lebih tidak kemas dan menyeronokkan di luar kamera, dengan bahagian belakang yang lebih panjang apabila didedahkan.[30] Kejohanan Mullet Amerika Syarikat tahunan telah bermula pada 2020.[31][32]
Dalam budaya popular[sunting | sunting sumber]
Pada tahun 2019, Kiefer Sutherland yang telah dilaporkan secara meluas,[33][34][35] berdasarkan temu bual dengan Yahoo!,[36] di mana dia menjadi penghasut gaya tanpa disedari kerana keperluan pengarah untuk peranan utamanya dalam filem 1987, The Lost Boys. Dia juga telah mengesahkan sebahagian daripada inspirasi untuk gaya rambutnya berasal daripada seorang penyanyi, Billy Idol. Pada temu bual akhbar 2022 yang merupakan ulang tahun ke-35 bagi filem itu, Sutherland sekali lagi menceritakan kisah itu.[37][38]
Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]
- Hoskyns, Barhey (2000). The Mullet: Hairstyle of the Gods. Bloomsbury USA. ISBN 1582340641.
- Henderson, Alan (2007). Mullet Madness!: The Haircut That's Business Up Front and a Party in the Back. Skyhorse Publishing. ISBN 978-1616088606.
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ "mullet, n.9". Oxford University Press. Oxford English Dictionary. September 2013.
- ^ Mullet Head (Remastered 2009) di YouTube[pautan mati]
- ^ Grand Royal Issue 2, (1995) p. 44
- ^ "Here's the long and the short of it – mullets are back". the Guardian (dalam bahasa Inggeris). 2019-08-24. Dicapai pada 2021-01-22.(pendaftaran diperlukan)
- ^ "The Greatest Collection of Mullet Hairstyles You Are Ever Likely to See". The Vintage News (dalam bahasa Inggeris). 2018-10-03. Dicapai pada 2021-07-22.
- ^ Bianco, Marcie (5 February 2015). "9 Ways Lesbians Have Given Straight Women A Fashion Edge". Curve. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 December 2017. Dicapai pada 4 May 2015.
- ^ Johnson, L. A. (7 October 2003). "For 'mulletheads,' it's not just a hairstyle, it's a lifestyle". Pittsburgh Post-Gazette. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 December 2020. Dicapai pada 4 May 2015.
- ^ Weitz, Rose (12 January 2005). Rapunzel's Daughters: What Women's Hair Tells Us About Women's Lives. Farrar, Straus and Giroux. ISBN 9781429931137.
- ^ Bennett, Conswella (6 June 2011). "Mullets, Flannel, and Hipster Jeans: Lesbian Fashion Now and Then". Edge Media Network.
- ^ Kesel, Karl (penulis), Grummett, Tom (pelakar), Hazelwood, Doug (pendakwat). "Reign of the Superman!" The Adventures of Superman 505 (October 1993), DC Comics
- ^ The Editors of GQ (25 July 2014). "The Nicolas Cage Superman Documentary Reminds Us of the Man of Steel's Bad Hair Days". GQ (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 12 December 2017.
- ^ "I've Got An Ape Drape lyrics". AllTheLyrics.com. Dicapai pada 3 May 2015.
- ^ Loux, Brian (14 September 2001). "Wesley Willis Live". The Tech. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 July 2015. Dicapai pada 13 June 2015.
- ^ Rebecca Flint Marx (2008). "American Mullet (2001)". Movies & TV Dept. The New York Times. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 October 2008. Dicapai pada 3 May 2015.
- ^ "Compilations - Mullet Years: Power Ballads CD. Heavy Harmonies Discography".
- ^ Passmore, Daryl (13 November 2010). "Bogans of today evolved beyond stunned mullets". The Sunday Mail. Queensland: News Corp Australia.
- ^ Stark, Jill (19 December 2015). "Bogan Bingo! Get your mullet and flannies ready, it's bogan time". The Age. Dicapai pada 27 March 2018.
- ^ Shahid, Aliyah (6 July 2010). "Iran launches crackdown on Western hairstyles, Culture Ministry bans mullet, ponytails, long hair". Daily News. New York Daily News. Dicapai pada 30 November 2018.
- ^ Dweck, Jessica (10 July 2010), "Whence the Mullet? The history of Iran's forbidden haircut", Slate
- ^ "BIGBANG 2015 WORLD TOUR 'MADE'". www.facebook.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-12-16.
- ^ yckim124 (11 July 2017). "Netizens are afraid the mullet hairstyle is becoming a trend due to idols". allkpop.com. Dicapai pada 27 March 2018.
- ^ J. K (21 August 2017). "Update: B.A.P Drops Another Beautiful Trailer For "Honeymoon" - Soompi". Soompi. Viki Inc. Dicapai pada 27 March 2018.
- ^ bts fancafe (16 April 2018). "vietnamese human hair". Twitter. Dicapai pada 16 April 2018.
- ^ Sherman, Mitch (19 July 2017). "Gundy: Mullet worth 'millions' in OSU marketing". ESPN. Frisco, Texas. Dicapai pada 27 March 2018.
- ^ Skrbina, Paul (12 May 2015). "The man behind Patrick Kane's mullet". Chicago Tribune.
- ^ Fowler, Jeremy (13 September 2018). "Steelers' James Conner embraces unique haircut, planning more styles". ESPN. Pittsburgh, Pennsylvania.
- ^ "Cars, Wedding Crashers and cheating death: A-League's man behind the mullet". Fox Sports. 9 October 2019.
- ^ Lanigan, Roisin (2 September 2020). "2020 is the year of the mullet". i-D (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 7 Disember 2020.
- ^ Smythe, Polly. "Mullets Have Become the Must-Have Haircut at English Private Schools". Vice Media (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 7 Disember 2020.
- ^ "The Queer Rebirth of the Mullet". MEL Magazine (dalam bahasa Inggeris). 2020-07-27. Dicapai pada 2021-04-10.
- ^ "USA Mullet Championships - Business Up Front & Party In The Back". USA Mullet Championships (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2021-10-11.
- ^ Breen, Kerry (2021-10-08). "There's a national mullet championship for kids and the finalist photos are priceless". TODAY.com (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-10-11. Dicapai pada 2021-10-11.
- ^ The Lost Boys: 10 Behind-The-Scenes Facts About The ‘80s Vampire Movie Cinemablend, 28 September 2019. Retrieved 22 January 2022
- ^ Kiefer Sutherland very apologetic about The Lost Boys mullet newsgroove, 24 October 2019. Retrieved 22 January 2022
- ^ No, Kiefer Sutherland, You Didn't Invent the Mullet KLAQ, 25 October 2019. Retrieved 22 January 2022
- ^ 'The Lost Boys' star Kiefer Sutherland talks 'violent and gross' deleted scene and inventing the mullet Yahoo!, 24 October 2019. Retrieved 22 January 2022
- ^ Kiefer Sutherland Celebrates 35th Anniversary Of ‘The Lost Boys' "While chatting with ET Canada's Carlos Bustamante about the 35th anniversary of “The Lost Boys”, Canadian actor Kiefer Sutherland reveals he was blamed for the mullet becoming so popular." MSN, 8 January 2022. Retrieved 22 January 2022
- ^ Kiefer Sutherland Celebrates 35th Anniversary Of ‘The Lost Boys' ET Canada. Retrieved 22 January 2022
Pautan luar[sunting | sunting sumber]
Kategori berkenaan Mullet (potongan rambut) di Wikimedia Commons
Takrifan kamus mullet di Wikikamus