Multazam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Multazam adalah suatu ruang dengan keluasan sepanjang kira-kira 2 meter yang terletak di antara Hajar Aswad dan Pintu Kaabah. Multazam merupakan salah satu tempat yang di mana doa seseorang itu diangkat, dikabulkan dan diterima oleh Allah (mustajab doa).

Justeru, adalah sunat berdoa di Multazam dengan meletakkan atau menempakan pipi, dada, lengan tangan dan kedua tapak tangan padanya (Multazam) kerana begitulah cara oleh baginda Nabi Muhammad SAW seraya berdoa kepada Allah.