Mun dari Balhae
| Raja Mun | |||||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| Nama Cina | |||||||||
| Bahasa Cina | 文王 | ||||||||
| |||||||||
| Nama kelahiran Cina | |||||||||
| Bahasa Cina | 大钦茂 | ||||||||
| |||||||||
| Nama Korea | |||||||||
| Hangul | 문왕 | ||||||||
| Hanja | 文王 | ||||||||
| |||||||||
| Nama kelahiran Korea | |||||||||
| Hangul | 대흠무 | ||||||||
| Hanja | 大欽茂 | ||||||||
| |||||||||
| Raja-raja Korea Balhae |
|---|
|
Mun (Korea: 문; Hanja: 文; 715–793; r. 737–793), juga dikenali sebagai Tae Hŭmmu, merupakan pemerintah ketiga dan paling lama memerintah dalam kerajaan Balhae. Baginda menggantikan ayahandanya, Raja Mu selepas kemangkatannya pada tahun 737. Baginda ialah cucu Tae Choyŏng, pengasas Balhae.
Pemerintahan
[sunting | sunting sumber]Semasa pemerintahan Raja Mun, hubungan diplomatik dengan Dinasti Tang terjalin, dan ramai sarjana Balhae dihantar ke Tang untuk melanjutkan pelajaran,[1] sekali gus memperluas pengaruh Buddhisme dan Konfusianisme dalam pentadbiran Balhae. Baginda turut mengukuhkan hubungan dengan Silla, yang telah menyatukan Semenanjung Korea di bahagian selatan Balhae, dan mengawasi pembangunan laluan perdagangan yang dikenali sebagai laluan Silla (신라도; 新羅道). Balhae juga meningkatkan hubungan diplomatik dan perdagangan dengan Jepun.
Raja Mun memindahkan ibu kota Balhae beberapa kali (termasuk ke Sanggyeong dan Donggyeong), bagi menstabilkan dan mengukuhkan pemerintahan pusat terhadap pelbagai suku etnik dalam wilayahnya, yang turut berkembang buat sementara waktu. Baginda turut meluluskan penubuhan Chujagam (주자감; 胄子監), iaitu akademi kebangsaan yang berasaskan model akademi kebangsaan Dinasti Tang.
Walaupun Dinasti Tang mengiktiraf baginda sebagai raja, Balhae sendiri merujuk kepadanya dengan gelaran "Taehŭng poryŏk hyogam kŭmnyun sŏngbŏp taewang" (Korea: 대흥보력효감금륜성법대왕, 大興寶曆孝感金輪聖法大王), serta gelaran Kadokpu (가독부; 可毒夫),[2] Seongwang (성왕; 聖王) dan Kiha (기하; 基下), dan menganggap baginda sebagai keturunan dari syurga serta sebagai seorang maharaja.[3]
Makam anakanda keempat baginda, Puteri Jeonghyo ditemui pada tahun 1980. Batu nisan anakanda sulung baginda, Puteri Jeonghye juga telah ditemukan.[4]
Nama era pemerintahan
[sunting | sunting sumber]- Taehŭng (대흥; 大興; lit. Great Happiness, 737-774, ? – 793)
- Poryŏk (보력; 寶曆, 774-?, terakhir hingga 781)
Keluarga
[sunting | sunting sumber]- Bapa: Raja Mu (685–737)
- Adik lelaki: Tae Wŏnŭi (735–793)
- Isteri: Permaisuri Hyoŭi (715–?)
- Anak sulung perempuan (732); meninggal pada usia muda
- Puteri Jeonghye (737–777), anak perempuan kedua
- Tae Goengnim (대굉림; 大宏臨; 745–780) – anak lelaki sulung; bapa kepada Raja Seong
- Puteri Jeongyeon (정연공주; 747–?), anak perempuan ketiga
- Tae Jeongal (대정알; 大貞斡; 747–?), anak lelaki kedua
- Tae Cheongyun (대청윤; 大淸允; 748–?), anak lelaki ketiga
- Raja Kang (750–809), anak lelaki keempat
- Puteri Jeonghyo (정효공주; 貞孝公主; 757–792), anak perempuan keempat
Catatan
[sunting | sunting sumber]- ^ "A Concise History of Korea". Diarkibkan daripada yang asal pada March 10, 2012.
- ^ New Book of Tang vol.209
- ^ 야청도의성(夜聽도衣聲)
- ^ "로동신문 년호를 통하여 본 발해국가의 성격" [The nature of Balhae as seen through the Rodong Sinmun year edition] (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada 2004-03-15.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Britannica Korea article (dalam bahasa Korea)
- Balhae era poem and extensive historical background (dalam bahasa Korea)
- KCNA article on the two tombs of Mun's daughters (dalam bahasa Korea)
- The extension of Balhae Kingdom under King Mun (dalam bahasa Korea)
Mun dari Balhae Tarikh kemangkatan: 793
| ||
| Gelaran pemerintah | ||
|---|---|---|
| Didahului oleh Mu |
Raja Balhae 737–793 |
Diikuti oleh: Tae Wŏnŭi |