Muna Shahirah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Muna Shahirah
Muna di studio MeleTOP pada 30 September 2014.
Latar belakang
Nama lahirMuna Shahirah binti Munadi
Kelahiran (1994-06-16) 16 Jun 1994 (umur 29)
Mersing, Johor, Malaysia
Genre
PekerjaanPenyanyi, pelakon, streamer
InstrumenVokal
Tahun aktif2014–kini
Syarikat rakaman
FMC Music
Pengkarya berkait
PasanganSean Tee Yeu Terng Abdullah (k. 2023)

Muna Shahirah Munadi (lahir 16 Jun 1994) ialah seorang penyanyi wanita Malaysia.[1] Beliau meraih kemasyhuran sebagai salah seorang peserta rancangan TV realiti Akademi Fantasia musim ke-11 pada 2014. Beliau kemudian mengeluarkan single pertamanya yang bertajuk "Takdir Cinta" pada 2017.[2][3]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Muna memulakan kerjayanya dalam bidang muzik dengan menjadi penyanyi di Yayasan Warisan Johor ketika berusia 12 tahun.[4][5] Pada tahun 2014, beliau terpilih sebagai salah seorang daripada 12 pelajar yang diterima masuk ke Akademi Fantasia musim ke-11 (AF2014) antara lain turut disertai oleh Aman Aziz, Ewal Ismail, Sam Nuhair dan Nina Nadira.[6] Namun rezeki dan perjuangan beliau terhenti di konsert minggu keempat apabila menjadi peserta ketiga tersingkir berikutan mendapat undian terendah di minggu tersebut meskipun persembahan beliau mendapat pujian daripada juri.[7][8][9] Berikut ialah persembahan dan keputusan beliau di AF2014:

Konsert Tema Lagu Penyanyi asal Keputusan
Minggu 1 Pilihan Peserta "Hilang" Najwa Latif SELAMAT
Minggu 2 90-an "Diam-diam Jatuh Cinta" Ramlah Ram SELAMAT
Minggu 3 Hitz Fantasia "Percayalah" Indah Ruhaila SELAMAT
Minggu 4 Tribute Komposer Malaysia "Kekal" Ziana Zain TERSINGKIR

Selepas tersingkir daripada AF2014, beliau kembali menumpukan perhatian kepada pengajiannya di universiti.[10] Setelah tamat pengajiannya pada 2017,[10][11] beliau kembali ke industri muzik dengan mengikat kontrak bersama FMC Music dan melancarkan dua single sulungnya, "Takdir Cinta" pada November 2017. "Takdir Cinta" menjadi kejayaan komersial apabila berjaya meraih sejuta tontonan di YouTube.[12][13]

Muna mengikuti kejayaan single pertamanya dengan pelancaran lagu "Teguh Setia" sebagai single kedua,[14][15] yang mana kedua-dua lagu ini ialah hasil ciptaan sepenuhnya oleh Ibnu & Gouffran.[10] "Teguh Setia" terkandas di separuh akhir minggu kedua Muzik Muzik 34 apabila lagu itu gagal mara ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu ke-34.[16][17][18]

Pada tahun 2019, beliau muncul dengan sebuah lagu Raya bertajuk "Menanti di Aidilfitri" menampilkan kolaborasi bersama Wani Syaz, Wany Hasrita dan Wan Azlyn. Sebuah muzik video yang turut dibintangi oleh Azhan Rani telah diterbitkan untuk mempromosikan single ini.[19] Beliau kemudian melancarkan single ketiga, "Suratan Luka" hasil nukilan Sharon Paul dan Ahmad Fedtri Yahya.[20] Lagu ini berkisarkan tentang pengalaman peribadinya yang pernah ditinggalkan kekasih,[21][22] muzik video rasminya telah mencatatakan sebanyak 140,000 tontonan tidak lama selepas dikeluarkan.[23] Kemudian pada 23 Oktober 2020, Muna berduet bersama Zack Zakwan menerusi lagu "Bagaimana".[24][25][26]

Selain bidang muzik, beliau turut berkecimpung dalam perkhidmatan penstriman video profesional.[27][28][29]

Muna juga berjinak-jinak dalam bidang lakonan, dengan membintangi telefilem Bebenang PKP Anis yang disiarkan di TV AlHijrah pada 15 Mei 2021. Ia berkisarkan tentang Anis lakonan Muna, yang terpaksa menjaga dua anak Puan Zue kerana pembantu rumah melarikan diri. Telefilem arahan Shuhaimi Zulkefli ini turut dibintangi oleh Shafie Naswip, Fauzi Nawawi dan Lisdawati.[30]

Pada 2 Julai, Muna muncul dengan single "Bukan Milikku" yang menampilkan beliau menjalin kerjasama dengan komposer Ikhwan Fatanna dan Wan Salleh.[31][32]

Pada 9 September 2022, Muna berduet bersama Afieq Shazwan menerusi lagu "Cinta Hanya Buatan" hasil ciptaan Ibnu dan lirik oleh Gouffran.[33][34][35]

Bakat[sunting | sunting sumber]

Muna Shahirah dikenali kerana menyanyikan lagu balada yang mendayu-dayu. Biarpun genre itu sukar dibawanya, Muna mengakui ia lebih dekat dengan dirinya.[32] Katanya: “Lagu balada sukar dibawa jika hendak dibandingkan dengan dendangan rancak. Kalau vokal biasa sekalipun, masih boleh bawa lagu rancak kerana mudah dipelbagaikan. Saya fikir lagu balada lebih sesuai dengan vokal. Kalau bawa lagu rancak, macam tak kena. Kalau diberi peluang atau mencuba, saya suka lagu rancak yang lebih condong kepada dangdut".[36]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Muna Shahirah dilahirkan di Mersing, Johor. Beliau ialah lulusan Ijazah Sarjana Muda Matematik dan Ekonomi di Universiti Sains Malaysia (USM) kampus Pulau Pinang.[2][11] Laman Instagram beliau mempunyai lebih 50,000 pengikut.

Beliau meminati genre muzik balada dan meletakkan Siti Nurhaliza sebagai penyanyi pujaan, manakala Farid Kamil dan Lisa Surihani sebagai idola dalam bidang lakonan dan menyifatkan diri seorang yang ceria dan mudah dibawa berborak. Selain menyanyi, beliau turut membantu ibu bapanya mengendalikan sebuah syarikat pengurusan majlis di Johor.[2]

Beliau berkahwin dengan Sean Tee Yeu Terng Abdullah yang 4 tahun lebih muda daripadanya pada 19 Mei 2023. Pasangan ini mula berkenalan ketika sama-sama bergiat aktif dalam permainan video PUBG.[37]

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Single[sunting | sunting sumber]

Tahun Lagu
2017 "Takdir Cinta"
2018 "Teguh Setia"
2019 "Suratan Luka"
2020 "Bagaimana" (duet bersama Zack Zakwan)
2021 "Bukan Milikku"
2022 "Cinta Hanya Buatan" (duet bersama Afieq Shazwan)

Single raya[sunting | sunting sumber]

Tahun Lagu
2019 "Menanti Di Aidilfitri" (bersama Wani Syaz, Wany Hasrita dan Wan Azlyn)
2023 "Terpaling di Hari Raya" (bersama bersama Tajul Ariff, Afieq Shazwan, Wany Hasrita, Tuah Adzmi dan Wani Syaz)
"Wira Raya" (bersama Wany Hasrita dan Wani Syaz)

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2021 Bebenang PKP Anis Anis Mawar TV AlHijrah

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
2014 Akademi Fantasia musim ke-11 Dirinya sendiri/peserta Astro Ria

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Penerima/Karya tercalon Keputusan
2020 ERA Digital Muzik Awards 2019 Artis Baharu Baek Dirinya sendiri Tercalon
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-33 Artis Baharu Wanita Popular Tercalon
Penyanyi Wanita Popular Tercalon

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Sudirman Mohd Tahir (13 November 2018). "Percaya identiti sendiri". Harian Metro. Dicapai pada 23 April 2019.
  2. ^ a b c Izwan Mohd Isa (24 Disember 2018). "Percaturan baharu Muna Shahirah". Kosmo!. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-12-27. Dicapai pada 23 April 2019.
  3. ^ Azra Azwar (14 Ogos 2019). "Siapa Muna Shahirah?". Hot FM. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-04-24. Dicapai pada 24 April 2020.
  4. ^ Zaidi Mohamad (12 Ogos 2019). "Muna Shahirah selesa lagu mendayu". Berita Harian. Dicapai pada 23 April 2020.
  5. ^ Raja Nurfatimah Mawar Raja Mohamed (16 Julai 2019). "Muna Shahirah pernah menangis kenang diri". Berita Harian. Dicapai pada 23 April 2020.
  6. ^ Norhayati Nordin (16 Jun 2020). "Masa 'kembali' bekerja". Harian Metro. Dicapai pada 28 Oktober 2020.
  7. ^ Azzyati Ahmad (28 September 2014). "#AF2014: Muna tersingkir pada konsert ke-4 Akademi Fantasia". Astro Awani. Dicapai pada 28 September 2014.
  8. ^ "Muna tersingkir, #AF2014 lebih bersandarkan rupa daripada bakat". Oh Bulan!. 29 September 2014. Dicapai pada 23 April 2018.
  9. ^ Georgie Joseph (28 September 2014). "Muna tak 'kekal' dalam AF". Harian Metro. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-11-03. Dicapai pada 23 April 2018.
  10. ^ a b c Norhayati Nordin (16 Jun 2020). "Masa 'kembali' bekerja". Harian Metro. Dicapai pada 23 Jun 2020.
  11. ^ a b Ifqdar Rahman (21 Mei 2018). "Empat tahun hilang, Muna Shahirah muncul kembali". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-05-22. Dicapai pada 23 April 2019.
  12. ^ "Takdir Cinta raih sejuta tontonan". Media Permata. 3 Mei 2018. Dicapai pada 23 April 2019.
  13. ^ "Takdir Cinta raih sejuta tontonan di YouTube". Malaysiakini. 30 April 2018. Dicapai pada 24 April 2019.
  14. ^ "Nama belum dikenali, Muna Shahirah tak mahu mengalah". XTRA. 16 Julai 2019. Dicapai pada 24 April 2020.
  15. ^ Zaidi Mohamad (12 Ogos 2019). "Muna Shahirah selesa lagu mendayu". Berita Harian. Dicapai pada 27 Julai 2020.
  16. ^ Georgie Joseph (14 April 2020). "Ukur kukuh profil seni". Harian Metro. Dicapai pada 23 April 2020.
  17. ^ Nur Asyikin Mayudin (23 Oktober 2020). "Dua lagu gagal dapat sambutan, Muna Shahirah pertaruhkan 'Bagaimana' untuk tembus ke AJL - "Lagu baru ini seperti ada roh yang memberi semangat dan keyakinan"". mStar Online. Dicapai pada 23 April 2021.
  18. ^ Khai Azfar (23 Oktober 2020). "Pernah kecewa, Muna Shahirah nekad ingin ke pentas AJL". Murai.my. Dicapai pada 24 April 2021.
  19. ^ Khai Azfar (28 Mei 2019). "Trending No 1 Di YouTube! Lagu Raya 4 Penyanyi Ini Dipuji Peminat". Murai.my. Dicapai pada 23 September 2020.
  20. ^ Zaidi Mohamad (2 Februari 2020). "'Saya putus cinta lah, bukan pasal gimik'". Berita Harian. Dicapai pada 23 April 2020.
  21. ^ "Muna Shahirah kongsi pengalaman ditinggalkan kekasih dalam Suratan Luka". XTRA. 22 Disember 2019. Dicapai pada 24 April 2020.
  22. ^ Hanafis Haris (31 Januari 2020). "Asyik menangis dan berat badan susut 8kg, Muna Shahirah dedah kisah ditinggalkan kekasih". Astro Gempak. Dicapai pada 24 April 2020.
  23. ^ Serimah Mohd Salehuddin (31 Disember 2019). "Muna Shahirah 'sakit' gara-gara putus cinta". Berita Harian. Dicapai pada 23 April 2020.
  24. ^ Norhayati Nordin (1 Disember 2020). "Muna sudah beri terbaik". Harian Metro. Dicapai pada 23 April 2020.
  25. ^ Norhayati Nordin (1 November 2020). "'Gembira duet dengan Zack'". Harian Metro. Dicapai pada 23 April 2021.
  26. ^ Budiey (23 Oktober 2020). "Meremang! Muna Shahirah dan Zack Zakwan berduet dalam lagu Bagaimana". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 24 April 2021.
  27. ^ Sairul Zamri Misrani (24 Disember 2020). "Muna Shahirah jadi 'streamer'". Kosmo!. Dicapai pada 1 September 2021.
  28. ^ Nor Eryani Yusup (13 Julai 2021). "Muna Shahirah buat duit main PUBG". Kosmo!. Dicapai pada 24 September 2021.
  29. ^ Norhayati Nordin (20 Mei 2021). "'Streamer' buka cabang rezeki". Harian Metro. Dicapai pada 26 September 2021.
  30. ^ "Kisah benar Bebenang PKP Anis". Kosmo!. 15 Mei 2021. Dicapai pada 5 Oktober 2021.
  31. ^ Budiey (1 Julai 2021). "Muna Shahirah Lancar Single Berjudul BUKAN MILIKKU". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 24 September 2021.
  32. ^ a b Sudirman Mohd Tahir (10 Julai 2021). "Muna selesa genre balada". Harian Metro. Dicapai pada 17 Oktober 2021.
  33. ^ Khadijah Ibrahim (9 Oktober 2022). "Muna Shahirah selesa dengan Afieq Shazwan". Bebas News. Dicapai pada 17 Oktober 2022.
  34. ^ Sudirman Mohd Tahir (4 Oktober 2022). "Mahu magis dalam duet". Harian Metro. Dicapai pada 17 Oktober 2022.
  35. ^ "[VIDEO] Gandingan Afieq Shazwan & Muna Shahirah menjadi dengan Cinta Hanya Buatan". Utusan TV. 4 Oktober 2022. Dicapai pada 17 Oktober 2022.
  36. ^ "Muna Shahirah pilih genre 'jiwang'". XTRA. 12 Ogos 2019. Dicapai pada 24 April 2020.
  37. ^ Farihad Shalla Mahmud (20 Mei 2023). "Muna Shahirah nikahi Sean". Berita Harian. Dicapai pada 20 Mei 2023.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]