Munafik (filem)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Munafik
Poster keluaran tayangan
PengarahSyamsul Yusof
PenulisSyamsul Yusof
Lakon layarSyamsul Yusof
Dihasilkan olehDatuk Yusof Haslam
Dibintangi
SinematografiRahimi Maidin
Muzik olehSebastien Pan
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehSkop Productions (Malaysia)
MD Pictures (Indonesia)
Tarikh tayangan
25 Februari 2016 (Malaysia)
5 Oktober 2016 (Indonesia)
Masa tayangan
98 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
BajetRM1.6 juta[1]
Pecah panggungRM19.04 juta[2]

Munafik (Jawi: منافق) merupakan sebuah filem hantu ghaib Malaysia 2016 yang diarahkan dan ditulis oleh Syamsul Yusof serta menampilkan dirinya sendiri, Nabila Huda, Fizz Fairuz, Sabrina Ali, Pekin Ibrahim, A. Galak dan Datuk Rahim Razali.[3][4] Ia merupakan filem kesembilan arahan Syamsul dan filem seram keduanya selepas filem Khurafat: Perjanjian Syaitan (2011) serta filem pertama dalam trilogi Munafik yang dirancang. Mengisahkan mengenai Adam (Syamsul Yusof), seorang pengamal perubatan Islam yang tidak dapat menerima kematian isterinya. Selepas bertemu dengan Maria (Nabila Huda), peristiwa pelik mulai menghantui dirinya.[5] Filem ini telah ditayangkan kepada umum pada 25 Februari 2016 di Malaysia dan 5 Oktober 2016 di Indonesia.[6][7]

Filem ini merupakan filem tempatan dengan kutipan tertinggi sepanjang zaman dengan kutipan sebanyak RM 19.04 juta, menjadikan Munafik sebagai filem Malaysia paling laris pada tahun 2016.[8][9] Filem ini telah memenangi lima daripada sembilan pencalonan dalam Festival Filem Malaysia ke-28 (termasuk Pengarah Terbaik). Kesinambungannya, Munafik 2 ditayangkan pada 30 Ogos 2018.[8]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

(PS: tatabahasa pengarang asal artikel ini agak tunggang langgang. Main bantai je tulis. Harap maklum. TATABAHASA SUDAH DISUNTING)

Ustaz Adam ialah seorang ustaz dan pengamal perubatan Islam yang dikurniakan ‘kelebihan’ kerana setiap kali pesakitnya mengalami ‘gangguan’ mereka berjaya diubatinya mengikut cara perubatan Islam. Sikap merendah diri terhadap kelebihan yang ada pada dirinya itu amat disenangi oleh semua yang mengenalinya, terutama penduduk kampung di kawasan kediamannya. Kebahagiaan yang dikecapi Adam bersama isteri dan anaknya tidak bertahan lama selepas dia dan isterinya terlibat dalam kemalangan jalan raya yang ngeri. Isterinya meninggal dunia di tempat kemalangan itu. Kematian isterinya, Zulaikha itu telah membunuh dan mematahkan semangatnya untuk meneruskan kerjayanya sebagai pengamal perubatan Islam. Adam seakan-akan tidak boleh menerima Qada & Qadar Tuhan. Keimanannya mula rapuh dan tergugat dan tidak sekuat seperti dulu. Adam mula murung dan mengasingkan dirinya dari jemaah masjid dan dia lebih selesa beribadat di rumah, ditemani anaknya Amir. Dalam masa yang sama, Maria, salah seorang penduduk di kampung Adam mengalami gangguan jin/syaitan yang teruk sehingga dia didiagnos menghidapi penyakit mental-kronik depresi (tekanan perasaan yang serius) oleh doktor pakar. Kemewahan hidup keluarganya tidak membawa makna apa-apa bila gangguan yang dialaminya semakin lama semakin menggila kerana hanya bergantung pada ubat penenang yang kesannya hanya sementara. Ayahnya pula terlantar sakit dan dijaga oleh ibu tirinya, Zati. Zati meminta bantuan daripada Imam kampung untuk memujuk Adam mengubati Maria selepas kejadian Maria dirasuk teruk dan rumah mereka semakin banyak gangguan, penampakan jin/syaitan.

Sementara itu, Adam semakin tertekan kerana anaknya juga bersedih merindui arwah ibunya. Walau dalam keadaan tertekan, Adam terpaksa akur dan bersetuju untuk mengubati Maria selepas dipujuk dengan bersungguh-sungguh oleh Imam kampung. Bapa Adam, Rahim pula secara tiba-tiba datang melawat Adam dan cucunya. Dia juga menasihatkan Adam untuk membantu Maria. Gelagat Rahim yang agak pelik dicurigai Adam dan anaknya. Dari saat pertama kali Adam bertemu Maria, bermulalah misteri yang menimbulkan persoalan demi persoalan didalam pemikiran mereka. Ada misteri disebalik masalah yang cuba dirungkaikan tetapi masih tak berjumpa jawapannya. Episod demi episod Adam menerima gangguan yang menyentak kesedarannya. Gangguan ini menzahirkan satu persatu petanda untuk Adam.

Pada malam yang sama, Imam Ali meninggal dunia akibat kemalangan yang berlaku disebabkan gangguan syaitan yang sama menganggu Maria. Dan Adam mengalami masalah pemikiran apabila anaknya Amir menelifonnya memberitahu datuknya tiada di rumah dan emaknya sekarang ada di rumah walaupun sebenarnya dia sudah meninggal dunia. Adam semakin tertekan ingin membawa mayat Zulaikha kepada anaknya sebagai bukti bahawa emaknya benar benar sudah meninggal dunia dan akhirnya Adam terjaga dan berasa lega bahawa ia hanya mimpi. Apabila Adam tiba di rumahnya tiba-tiba Adam terserempak Fazli yang berada di depan rumahnya. Fazli menasihati Adam supaya jangan jadi ustaz kerana kelakuan anehnya boleh mendatangkan munafik. Fazli menasihatinya menjauhkan dirinya daripada Maria. Rahim menasihati anaknya berjumpa dengan Ustaz Shah tetapi Adam menolak. Adam bergegas ke rumah Maria kerana Zati memberitahunya bapa Maria sudah ditemukan.

Setiba Adam dirumah Maria dia langsung berjumpa dengan Zati dan Maria. Adam terjumpa songkok di bilik Pak Osman lalu mengambil songkok tersebut. Tiba-tiba keadaan bilik berubah aneh. Yang ada cuma batu nisan. Zati menelefon Adam. Dia memberitahu Adam dia dalam perjalanan ke hospital untuk berjumpa Maria. Adam menjadi gelisah akibat gangguan syaitan/jin. Di hospital Maria terjaga dari tidur dan merayau rayau di sekeliling perkarangan ward hospital. Tiba-tiba Maria terserempak dengan makhluk halus. Dia berlari ketakutan tanpa menyedari dia telah berlari menuju ke bilik mayat. Maria berasa panik sehinggalah Maria diculik. Adam sampai di hospital dan Zati memberitahunya tentang kotak kecil yang Adam jumpa. Di dalam kotak itu ada tangkal berbentuk orang. Adam menasihatkan Zati supaya menjauhkan dirinya dari perkara syirik dan menyerahkan kotak kecil itu kepada Zati untuk membuat laporan kepada polis. Maria menelefon Adam dan memberitahu Adam dia berada di banglo lama dan ingin memberitahu rahsia Maria.

Adam sudah berada di banglo lama dan cuba mencari Maria. Tiba-tiba Adam ternampak banyak mayat disekeliling bilik itu. Adam berjaya berjumpa Maria dan mereka berjalan bersama-sama mencari jalan keluar. Tiba-tiba Adam ditarik oleh makhluk halus dan badannya dihayun dan dicampak beberapa kali disekeliling tembok disitu. Maria pula ditolak lalu jatuh dari tangga. Adam ingin membantu Maria dan ingin membongkar rahsia tentang kemalangan jalanraya yang berlaku pada Adam dan isterinya. Maria memberitahu Adam bahawa dia yang melanggar Zulaikha dan dia ingin mohon maaf kepada Adam atas perbuatannya tetapi Maria sudah meninggal dunia. Tiba-tiba Adam terserempak dengan Pak Osman. Pak Osman mengajak Adam menolak keimanan dan bergabung bersamanya dengan iblis/syaitan tetapi Adam menolak. Pak Osman mengarahkan makhluk halus untuk bunuh Adam tetapi Adam masih kuat dan tabah menghadapinya. Adam berdoa kepada Allah memohon pertolongan dan perlindungan diri dari hasutan syaitan/iblis.

Akhir sekali, apabila doa sudah dimakbulkan oleh Allah, Pak Osman dipanah petir dan makhluk halus sudah lenyap. Rahim dan Ustaz Shah sudah berada di banglo lama dan bertemu dengan Adam. Ustaz Shah memberikan mainan Amir kepada Adam dan Rahim memberitahu yang Amir terlibat dalam kemalangan dan kembali ke rahmatullah. Adam berasa sangat sedih atas pemergian anak dan isterinya yang tercinta. Adam nekad dan berdoa untuk memulihkan keimanannay dan kembali ke jalan yang benar.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Penerbitan[sunting | sunting sumber]

Syamsul Yusof (gambar pada 2011) melakonkan watak Ustaz Adam, menulis skrip dan mengarahkan filem ini.

Munafik merupakan filem kesembilan arahan Syamsul Yusof yang sebelum ini mengarahkan filem Evolusi KL Drift (2008), Khurafat: Perjanjian Syaitan dan Aku Bukan Tomboy (2011).[10][11] Filem yang menelan belanja sebanyak RM1.6 juta turut membariskan pelakon lain seperti Pekin Ibrahim, Sabrina Ali, Datuk Rahim Razali dan A. Galak.[12] Mengulas mengenai persamaan antara Khurafat dan Munafik, Syamsul menegaskan yang kedua-dua filem ini mempunyai kelainan terutama pengarahan, plot cerita dan perjalanan filem secara keseluruhan. Banyak kelemahan yang dikesan melalui Khurafat sudah diperbaiki dan tidak akan diulangi menerusi Munafik.[12] Filem ini juga merupakan filem seram keduanya selepas Khurafat dan yang pertama dalam tempoh 3 tahun selepas menyepi dari kerusi pengarah akibat terjejas dengan nasib yang menimpa filem arahannya KL Gangster 2 (2013) yang bocor di internet sebelum tayangan.[13] Menurut Syamsul, berbanding filem seram sulungnya, Munafik disifatkan sebagai karya yang mencabar kerana penggambaran kali ini melibatkan tanah perkuburan, bilik mayat hospital dan banglo usang. Beliau mengambil masa selama dua bulan untuk menyiapkan skrip dan mendapatkan rujukan daripada pakar agama.[14] Selain itu, beliau juga berhati-hati dalam penggunaan ayat-ayat suci Al-Quran dan fakta berkaitan[14] bagi mengelakkan kuasa luar biasa yang menyebabkan gangguan. Menurutnya, tiada filem seperti Munafik telah diterbitkan di Malaysia.[15] Beliau juga berpeluang melihat bagaimana seorang pengamal perubatan Islam merawat pesakit. Syamsul berkata ia berlaku kepada salah seorang anak saudaranya dan membawanya bertemu dengan Ustaz.[15][16]

Dalam temuramah bersama Utusan Malaysia,[12] Nabila Huda yang pernah bekerja dengan Syamsul menerusi dua filem terdahulu (Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam dan Jalan Kembali: Bohsia 2), berkata kerjasama antara beliau dan Syamsul telah terjalin sejak Bohsia lagi dan dipertemukan kembali menerusi projek filem terbaru dengan apa yang akan dikenali sebagai Munafik.[17] Pekin Ibrahim yang terkenal dengan filem seperti Bunohan (2012), Paku Pontianak (2013) dan Apokalips X (2014) telah diberikan peranan sebagai Fazli, teman lelaki Maria; Munafik ialah filem keduanya bersama Skop Productions selepas filem Villa Nabila (2015). Sabrina Ali yang sebelum ini pernah membintangi filem Khurafat arahan Syamsul yang juga sepupunya, menjayakan watak sebagai Zati, ibu tiri kepada Maria.[12]

Tenaga kerja filem ini terdiri daripada Rahimi Maidin selaku Pengarah Fotografi, manakala Faizal Yusof bertindak sebagai Penata Seni. Solekan dan kesan khas disediakan oleh JLo Touch, sementara Rosman Ibrahim mengendalikan promosi dan pengedaran. Pelakon utamanya, Syamsul bertindak sebagai penyunting. Poster untuk filem ini telah direkabentuk oleh Mohd Roshfaizal Ariffin.[12] Penggambaran dijalankan selama 45 hari, bermula pada 12 Mac 2015 di Kuala Lumpur, Lembah Klang dan Janda Baik, Pahang[13][18] dan berakhir pada 25 April 2015.[15][19]

Gaya dan tema[sunting | sunting sumber]

Portal berita Utusan Malaysia menyifatkan Munafik sebagai sebuah filem mempunyai unsur dakwah yang mudah difahami oleh penonton kerana babak yang terdapat dalam filem itu berkait rapat dengan kehidupan seharian.[20] Menurut Rozdan Mazalan yang menulis untuk Berita Harian, Munafik dianggap sebagai sebuah karya dihasilkan dengan idea yang dianggap lari daripada kebiasaan bagi menyuntik pendekatan keagamaan, menjadi sebuah filem yang cukup bererti dan secara tidak langsung,[21] mengajak penonton mencari erti kebesaran Tuhan Yang Maha Pengasih.[21]

Keluaran dan sambutan[sunting | sunting sumber]

Promosi[sunting | sunting sumber]

Sebulan sebelum tayangan perdananya, treler rasmi filem Munafik telah dimuat naik di akaun YouTube fiq000s milik Syafiq Yusof pada 4 Januari 2016 dan telah mencatat sebanyak 1,947,653 tontonan dan mendapat 4 juta tanda suka.[22] Sehari sebelum tayangan perdananya, teaser selama 30 saat filem ini telah mencatat jumlah tontonan sebanyak 39,564 tontonan,[23] diikuti oleh Di Belakang Tabir filem ini disiarkan di semua stesen televisyen seluruh negara sebelum tayangan perdananya.[24]

Tayangan[sunting | sunting sumber]

Munafik ditayangkan di pawagam seluruh negara, Singapura dan Brunei pada 25 Februari 2016 hingga kejayaan komersial dan kritis. Di Indonesia, filem ini ditayangkan di 30 pawagam seluruh negara itu pada 5 Oktober 2016 dan telah mencatat lebih 15,000 penonton dalam tempoh lima hari.[25] Semasa Munafik ditayangkan, terdapat penonton yang mendakwa mantera yang digunakan di dalam filem itu adalah mantera sebenar. Syamsul bagaimanapun, menafikan dakwaan tersebut dan mengatakan ia adalah rekaan semata-mata.[14][26][27][28] Munafik turut mendapat sambutan daripada penonton bukan beragama Islam yang rata-ratanya memuji hasil garapan Syamsul.[29]

Selain itu, pesakit jantung dan ibu mengandung dinasihatkan untuk tidak menonton filem ini bagi mengelak perkara yang tidak diingini.[30]

Kutipan[sunting | sunting sumber]

Selepas empat hari ditayangkan, filem ini berjaya mengutip RM 2.3 juta[31][32] sebelum meningkat kepada RM 3 juta pada hari kelima.[33] Kutipan ini terus meningkat kepada RM 4.3 juta selepas seminggu ditayangkan.[34] Selepas 11 hari, kutipan meningkat kepada RM 8.5 juta.[35] Kutipan meningkat kepada RM 11 juta selepas dua minggu ditayangkan.[36] Memasuki hari kelapan-belas, kutipan menjangkau RM 12.97 juta.[37] Kutipan menjadi RM17 juta ketika hari ke dua-puluh enam[38][39] dengan kutipan keseluruhan RM17.04 juta sepanjang tempoh tayangan di pawagam.[2]

Filem ini telah berjaya mengumpul kutipan sebanyak RM 2 juta di Singapura.[8]

Ulasan kritis[sunting | sunting sumber]

Munafik menerima ulasan positif daripada pengkritik filem. It Caught My Eyes memberi ulasan positif untuk filem ini, sambil berkata: "Namun, pada hatinya, Munafik masih menjadi cerita seram. Yang sangat baik pada itu. Ia tidak bergantung kepada ketakutan lonjakan dan penampakan tetapi apabila ia dilakukan, ia berbuat demikian dengan gaya pada masa yang sesuai. Ia juga menggunakan sepenuhnya suasana yang suram dan suram, walaupun pada masa-masa anda agak tertanya-tanya bagaimana di dalam neraka ini orang-orang ini bertahan di persekitaran yang terang-terangan itu."[40] Bobby Batara menulis untuk All Film Magazine, memberikan taraf empat daripada lima bintang dan memuji filem ini sebagai sebuah "filem Malaysia dengan formula filem seram Indonesia era ’70-80an. Dikemas dengan atmosfera ideologi syariah yang kental."[41] Dalam ulasan positif untuk Detik Hot, Masyaril Ahmad berkata Munafik mempunyai pesona ngeri tersendiri berbanding dengan filem seram yang bertemakan pengusiran syaitan, beliau menyifatkan gabungan seram dan keagamaan dalam Munafik memberikan semangat baru pada jiwa Melayu yang kental.[42]

Runut bunyi[sunting | sunting sumber]

Lagu tema filem ini ialah "Kalah Dalam Menang", dipersembahkan oleh Mawi dan Syamsul Yusof, telah dilancarkan pada 25 Februari 2016.[43] Muzik videonya diarahkan oleh Syafiq Yusof dan boleh didapati secara muat turun digital dan penstriman di iTunes[44] dan Spotify.[45]

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Munafik menerima 9 pencalonan di Festival Filem Malaysia ke-28, memenangi 5 pencalonan termasuk Filem Terbaik Bahasa Kebangsaan.[46][47][48] Bersama-sama dengan filem Mat Moto arahan Pekin Ibrahim, Polis EVO arahan Ghaz Abu Bakar dan tujuh lagi filem, ia telah dicalonkan bagi kategori Filem Terbaik. Nabila Huda memenangi Pelakon Wanita Terbaik, sementara Polis Evo memenangi Sinematografi Terbaik dan Ola Bola arahan Chiu Keng Guan memenangi Skor Asal Terbaik, yang mana Munafik dicalonkan bagi dua kategori tersebut.[49][50] Juga pada 2016, Munafik menerima dua pencalonan di Anugerah Majlis Pengkritik Kuala Lumpur 2016, memenangi satu anugerah.

Di Anugerah Skrin 2016, Munafik memenangi satu daripada tujuh pencalonan, iaitu Pengarah Terbaik untuk Syamsul Yusof. Filem Redha arahan Tunku Mona Riza memenangi Filem Terbaik. Bagi kategori Lakon Layar Terbaik, yang mana Syamsul dicalonkan, Wan Hasliza Wan Zainuddin memenangi kategori tersebut menerusi filem, Love, Supermoon (2015). Pada Anugerah MeleTOP Era 2017, Munafik memenangi kategori Filem MeleTOP manakala Syamsul dan Nabila dicalonkan bagi kategori Bintang Filem MeleTOP, tetapi dimenangi oleh Fasha Sandha. Di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-30, Syamsul dan Nabila memenangi Gandingan Serasi Terbaik di Layar Lebar. Munafik telah melayakkan Syamsul memenangi Pengarah Terbaik di Festival Filem Asia Pasifik ke-57 di Phnom Penh, Kemboja.[51][52] [53]

Anugerah Kategori Pencalonan Keputusan
Festival Filem Malaysia ke-28 Filem Terbaik Datuk Yusof Haslam Tercalon
Filem Terbaik Bahasa Kebangsaan Menang
Pengarah Terbaik Syamsul Yusof Menang
Suntingan Terbaik Menang
Skor Muzik Asal Terbaik Tercalon
Lagu Tema Asal Terbaik Tercalon
Pelakon Wanita Terbaik Nabila Huda Menang
Penataan Bunyi Terbaik Imaginex Studios Menang
Sinematografi Terbaik Rahimi Maidin Tercalon
Kesan Visual Khas Terbaik Viper Studios Tercalon
Anugerah Majlis Pengkritik Filem Kuala Lumpur 2016 Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Nabila Huda Menang
Sinematografi Terbaik Rahim Maidin Tercalon
Anugerah Skrin 2016 Filem Terbaik Skop Production Tercalon
Pengarah Terbaik (Filem) Syamsul Yusof Menang
Lakon Layar Terbaik Tercalon
Pelakon Lelaki Terbaik (Filem) Tercalon
Pelakon Wanita Terbaik (Filem) Nabila Huda Tercalon
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Filem) Dato' Rahim Razali Tercalon
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Filem) Sabrina Ali Tercalon
Anugerah MeleTOP Era 2017 Filem MeleTOP Munafik Menang
Bintang Filem MeleTOP Syamsul Yusof Tercalon
Nabila Huda Tercalon
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-30 Pelakon Filem Lelaki Popular Syamsul Yusof Tercalon
Gandingan Serasi Filem Syamsul Yusof & Nabila Huda Menang
Festival Filem Asia Pasifik ke-57 Pengarah Terbaik Syamsul Yusof, Munafik Menang

Kesinambungan[sunting | sunting sumber]

Munafik 2[sunting | sunting sumber]

Dengan sambutan yang memberangsangkan terhadap Munafik, Skop Productions dan Syamsul Yusof mengumumkan akan menerbitkan filem Munafik 2 dan pengambarannya bermula pada akhir tahun 2016.[8] Pada Mac 2017, Nabila Huda mengumumkan menarik diri dari kesinambungan filem itu kerana kesibukan jadual kerjanya;[54][55][56][57] untuk Munafik 2, Maya Karin telah dipilih untuk menjayakan peranan utama.[58][59][60] Penggambaran dijalankan pada 20 Mac 2017 di Kuala Lumpur dan Lembah Kelang,[61][62] dengan draf pertama skrip disiapkan pada Ogos 2016.[63] Pelakon Indonesia, Dian Sastrowardoyo dilaporkan bakal menjayakan Munafik 2.[64]

Majlis pelancaran filem ini telah diadakan pada 9 Mac 2017 di Dataran Karyawan FINAS dan dirasmikan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Datuk Seri Salleh Said Keruak.[65] Munafik 2 masih mengekalkan beberapa pelakon asal termasuk Syamsul, Fizz Fairuz, Datuk Rahim Razali. Selain Maya, turut berlakon dalam Munafik 2 ialah Mawi,[66] Fauzi Nawawi dan Nasir Bilal Khan.[67] Syamsul mengumumkan pada Julai 2018 yang Munafik 2 akan ditayangkan pada 30 Ogos 2018.[68]

Munafik 3[sunting | sunting sumber]

Pada 4 September 2018, filem ketiga telah diumumkan secara rasmi, dengan Syamsul kembali mengarah, menulis skrip dan menjayakan wataknya. Dalam satu laporan media, Syamsul berkata ingin menjadikan Munafik sebagai sebuah francais media.[69][70] Beliau berkata dalam temuramah bersama Utusan Malaysia: "Skrip untuk nas­khah ketiga Munafik belum siap sepenuhnya. Namun, saya sudah ada bayangan jalan cerita yang sentiasa berlegar-legar di fikiran. Rancangan untuk menghasilkan Munafik dalam bentuk trilogi sudah ada sejak pembikinan naskhah pertama pada 2016 lagi,”.[71] Syamsul mengesahkan bahawa Munafik 3 akan menjalani penggambaran selewat-lewatnya pada 2019.[72][73] Bagaimanapun, penerbitan yang dijangka tidak akan berlaku akibat penularan pandemik COVID-19.

Siaran perdana di televisyen[sunting | sunting sumber]

Filem Munafik telah disiarkan pertama kali di stesen televisyen di Indonesia, iaitu Trans7, dalam rangka menyambut tahun baru 2022.[74]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Othman, Kemalia (13 Mac 2015). "Syamsul Yusof Dalami Islam Bikin Filem Munafik". mStar. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-06-12. Dicapai pada 2 Mac 2016.
  2. ^ a b "MALAYSIAN BOX OFFICE 2016". Finas.
  3. ^ Norhidayyu Zainal (4 Ogos 2017). "Syamsul Yusof syukur Munafik diiktiraf". Sinar Harian. Dicapai pada 14 Ogos 2017.
  4. ^ Mohd Al Qayum Azizi (10 Mac 2016). "Syamsul Yusof Angkat 'Munafik' Lebih Daripada Karya Seram". mSTAR Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-03-14. Dicapai pada 14 Mac 2016.
  5. ^ Aliff Abu Bakar (25 Februari 2016). "Mistik kerasukan dalam Munafik". Pepatung.com.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-04-03. Dicapai pada 14 Ogos 2017.
  6. ^ Faida Rahim (14 September 2016). "Munafik filem pertama Malaysia tembusi pawagam Indonesia". Free Malaysia Today. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-08-06. Dicapai pada 14 Oktober 2016. Timbalan Pengarah Urusan Skop Production Azman Ismail memberitahu pihaknya berada di Jakarta untuk proses akhir persiapan tayangan ulung.
  7. ^ Nor Akmar Samudin (10 Oktober 2016). "Munafik atasi penonton filem baru". Harian Metro. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-08-21. Dicapai pada 14 Oktober 2016.
  8. ^ a b c d "Filem seram kaut RM18j, Syamsul mahu terbitkan 'Munafik 2'". The Malay Mail. 10 April 2016. Dicapai pada 14 April 2016.
  9. ^ Mohd Tahir, Sudirman (14 April 2016). "Munafik paling laris". Harian Metro. Dicapai pada 16 April 2016.
  10. ^ Dennis Chua (1 Ogos 2017). "'Munafik' a blessing for Syamsul Yusof". New Straits Times. Dicapai pada 14 Ogos 2017.
  11. ^ Rozdan Mazalan (18 Mac 2015). "Munafik janji kelainan". Berita Harian. Dicapai pada 26 Oktober 2019.
  12. ^ a b c d e "Munafik bukan sekadar seram". Utusan Malaysia. 7 Februari 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-02-08. Dicapai pada 16 April 2016.
  13. ^ a b Fitrie Zariq Zainol (15 Mac 2015). "Syamsul Yusof kembali mengarah". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-06-12. Dicapai pada 14 Jun 2015.
  14. ^ a b c "10 Fakta Menarik Tentang Pembikin Filem Munafik Berjaya Meraih RM19 Juta". Tazkirah.net. 24 November 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-02-09. Dicapai pada 16 April 2017.
  15. ^ a b c Mumtaj Begum (10 March 2016). "Malaysian horror flick Munafik set to scare other films off". Star2. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-02-25. Dicapai pada 16 April 2017.
  16. ^ Hasbullah Awang Chik (19 Februari 2016). Syamsul panggil ustaz, diganggu di set filem ‘Munafik’ The Malay Mail. Diperoleh pada 1 Mac 2016.
  17. ^ "Sihir Munafik Nabila Huda". Malaysian Access. 24 Februari 2016. Dicapai pada 16 April 2016.
  18. ^ Rudy Imran Shamsuddin (15 Mac 2015). "Genre seram jadi pilihan". Metro Ahad. Dicapai pada 26 Oktober 2019.
  19. ^ Nurul Ainulyakin Ishak (16 Januari 2016). "Munafik: Filem dakwah Syamsul Yusof". Sinar Harian. Dicapai pada 16 April 2016.
  20. ^ "Filem Munafik 
ada unsur dakwah". Utusan Malaysia. 11 Mac 2016. Dicapai pada 16 April 2016.
  21. ^ a b Rozdan Mazalan (2 Mac 2016). "Sentuhan ajaib Syamsul". Berita Harian. Dicapai pada 16 April 2016.
  22. ^ "MUNAFIK Official Trailer 2016". YouTube. Dicapai pada 22 April 2017.
  23. ^ "MUNAFIK 30 SEC TEASER". YouTube. Dicapai pada 22 April 2017.
  24. ^ "DI SEBALIK TABIR FILEM "MUNAFIK"". YouTube. Dicapai pada 22 April 2017.
  25. ^ Rodzan Mazalan (11 Oktober 2016). "Lebih 15,000 peminat tonton filem Munafik di Indonesia". Berita Harian. Dicapai pada 22 Mac 2017.
  26. ^ "Syamsul Yusof Nafi Dialog Filem Munafik Seru Syaitan". My News Hub. 12 Mei 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-02-08. Dicapai pada 22 Mac 2017.
  27. ^ "Mantera filem Munafik hanya rekaan, bukan ayat sebenar - Syamsul Yusof". Astro Awani. 12 Mei 2016. Dicapai pada 22 Mac 2017.
  28. ^ "Mentera Filem Munafik Rekaan, Bukan Ayat Sebenar - Syamsul Yusof". Astro Gempak. 12 Mei 2016. Dicapai pada 22 Mac 2017.
  29. ^ Rozdan Mazalan (6 Mac 2016). "Filem Munafik dapat sambutan penonton bukan Islam". Berita Harian. Dicapai pada 22 Mac 2016.
  30. ^ Rozdan Mazalan (31 Januari 2016). "Munafik tak sesuai untuk pesakit jantung, ibu mengandung". Berita Harian. Dicapai pada 22 Mac 2016.
  31. ^ "4 Hari Ditayangkan, Filem Munafik Raih RM2.3 Juta". Rotikaya.com. 1 Mac 2016. Dicapai pada 2016-03-01.
  32. ^ Rozdan Mazalan (29 Februari 2016). "Munafik pungut RM2.3j empat hari tayangan". Berita Harian. Dicapai pada 2016-03-01.
  33. ^ Yusop, Nor Eryani (1 Mac 2016). "Lima hari tayangan, Munafik kutip RM3 juta". KOSMO!. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-07-08. Dicapai pada 2 Mac 2016.
  34. ^ Naseer, Ashraff (3 Mac 2016). ""Munafik" terus dapat sambutan, kutip RM4.3 juta selepas seminggu". Cinema.com.my. Dicapai pada 2016-03-03.
  35. ^ Jude, Dhivakaran (9 Mac 2016). ""Munafik" collects RM8.5 million in 11 days". Cinema.com.my. Dicapai pada 2016-03-10.
  36. ^ Mazalan, Rozdan (10 Mac 2016). "Munafik pungut RM11j selepas dua minggu". Berita Harian. Dicapai pada 11 Mac 2016.
  37. ^ Mazalan, Rozdan (18 Mac 2016). "Munafik pungut RM15.4j, jumlah pawagam ditambah". Berita Harian. Dicapai pada 19 Mac 2016.
  38. ^ Hanum, Raziatul (22 Mac 2016). "Kutipan filem Munafik pecah rekod". Sinar Harian. Dicapai pada 22 Mac 2016.
  39. ^ Muhamad Fairoz Azizan dan Farhana Ab Rahman (22 Mac 2016). "Filem Munafik kutip RM17 juta dalam 26 hari". Berita Harian. Dicapai pada 31 Mac 2016.
  40. ^ "Review – Munafik (2016)". It Caught My Eyes. 6 Oktober 2016. Dicapai pada 22 Oktober 2016.
  41. ^ "Bobby Batara review – Munafik (2016) - Twitter". 28 September 2016. Dicapai pada 28 Oktober 2016.
  42. ^ Masyaril Ahmad (7 Oktober 2016). "'Munafik': Eksotisme Horor Melayu dari Negeri Jiran". Detik Hot. Dicapai pada 22 Oktober 2016.
  43. ^ Norhayati Nordin (2016-02-28). "Syamsul cuba nyanyi pula". Harian Metro. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-02-25. Dicapai pada 2017-02-25.
  44. ^ "Kalah Dalam Menang (OST "Munafik") - Single". iTunes Store (MY). Apple. 29 Februari 2016. Dicapai pada 1 Mac 2016.
  45. ^ "Kalah Dalam Menang (From "Munafik") by Mawi and Syamsul Yusof". Spotify. 29 Februari 2016. Dicapai pada 1 Mac 2016.
  46. ^ Filem Munafik ungguli Festival Filem Malaysia ke-28
  47. ^ Filem 'Munafik' rangkul 4 anugerah Festival Filem Malaysia Berita Mediacorp (4 September 2016). Dicapai pada 14 september 2016.
  48. ^ Amirul Haswendy Ashari (2 Oktober 2016). Kejayaan berganda Munafik Diarkibkan 2019-04-06 di Wayback Machine Harian Metro. Diperoleh pada Oktober 2016.
  49. ^ Ruhaya Ab. Hamid (4 September 2016). Munafik Filem Terbaik Nasional Diarkibkan 2018-02-08 di Wayback Machine Utusan Malaysia. Diperoleh pada 5 September 2016.
  50. ^ Rudy Imran Shamsudin (4 September 2016). Malam Syamsul, Shanjhey, Nabila, Pekin... Diarkibkan 2018-08-10 di Wayback Machine Harian Metro. Dicapai pada 28 September 2016.
  51. ^ "Syamsul Yusof pengarah terbaik Festival Filem Asia Pasifik". Malaysiakini. 31 Julai 2017. Dicapai pada 1 Ogos 2017.
  52. ^ "'Munafik' julang Syamsul, pengarah terbaik Asia Pasifik". The Malay Mail. 31 Julai 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-04-24. Dicapai pada 1 Ogos 2017.
  53. ^ Feyra Nasrom (31 Julai 2017). "Filem Munafik Ke Peringkat Antarabangsa , Syamsul Yusof Menang Pengarah Terbaik Festival Filem Asia Pasifik Ke-57". Gegar. Dicapai pada 1 Ogos 2017.
  54. ^ "NABILA HUDA TOLAK BERLAKON MUNAFIK 2". Media Hiburan. 7 Mac 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-04-25. Dicapai pada 25 April 2017.
  55. ^ "Nabila Huda tolak berlakon Munafik 2". Berita RTM. 7 Mac 2017. Dicapai pada 25 April 2017.
  56. ^ "Munafik 2 bakal terbit tanpa Nabila Huda". Utara News. 8 Mac 2017. Dicapai pada 25 April 2017.
  57. ^ "Nabila Huda Tolak Tawaran Syamsul Yusof Bintangi Munafik 2". Iluminasi. 8 Mac 2017. Dicapai pada 25 April 2017.
  58. ^ Nadia Azam (10 August 2015). "Maya Karin bintangi Munafik 2 bukan demi anugerah". Malaysiakini. Dicapai pada 14 March 2017.
  59. ^ Aleya Amri (8 March 2017). "Maya Karin Watak Utama Filem Munafik 2". Malaysiakini. Dicapai pada 14 March 2017.
  60. ^ "'Giliran saya sahut cabaran'". Harian Metro. 16 Mac 2017. Dicapai pada 20 Mac 2017.
  61. ^ "'Munafik 2' begins shooting on March 20". The Malay Mail. 16 Mac 2017. Dicapai pada 25 April 2017.
  62. ^ "'Munafik 2' to start shooting by end-2016". The Malay Mail. 11 April 2016. Dicapai pada 25 April 2017.
  63. ^ Angelin Yeoh (22 Ogos 2016). "Director Syamsul Yusof ripped the first draft of Munafik 2". Star2. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-02-10. Dicapai pada 25 April 2017.
  64. ^ Farhana Fuad (21 November 2016). "Dian Sastrowardoyo Bakal Berlakon Dalam Filem Munafik 2?". EH!. Dicapai pada 25 April 2017.
  65. ^ Angelin Yeoh (10 Mac 2017). "FILEM 'MUNAFIK 2' DILANCARKAN YB MENTERI KKMM". FINAS. Dicapai pada 25 April 2017.
  66. ^ Farhana Ab Rahman (8 Jun 2017). "Mawi serius dalam Munafik 2". Berita Harian. Dicapai pada 25 Jun 2017.
  67. ^ "Munafik 2: "Tok Adi" Antara Yang Pelakon Yang Tersenarai". Kakimuvee. 12 Mac 2017. Dicapai pada 25 Jun 2017.
  68. ^ Zulqarnain Abu Hassan (10 Julai 2018). "Syamsul Yusof umum tayangan filem Munafik 2". Sinar Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-11. Dicapai pada 11 Julai 2018.
  69. ^ Raja Nurfatimah Mawar Mohamed (31 Ogos 2018). "Lakar sejarah, Syamsul rancang sambungan Munafik 2". Berita Harian. Dicapai pada 2 September 2018.
  70. ^ Dennis Chua (1 September 2018). "#Showbiz: Munafik 3 is on the way, says Syamsul Yusof". New Straits Times. Dicapai pada 3 September 2018.
  71. ^ Ifqdar Rahman (4 September 2018). "Raih RM21.6 juta, Munafik 2 bakal disambung". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-09-06. Dicapai pada 4 September 2018.
  72. ^ Melanie Chalil (4 September 2018). "Syamsul Yusof confirms Munafik 3 filming to start 2019". The Malay Mail. Dicapai pada 12 September 2018.
  73. ^ "Kafe Ahad: Nantikan Munafik 3 - Syamsul Yusof". Harian Metro. 4 September 2018. Dicapai pada 12 September 2018.
  74. ^ Tayangan perdana Munafik di Trans7 Indonesia

Pautan luar[sunting | sunting sumber]