Munif Ahmad - Putra Aiman

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Putra Aiman
Nama lahirMunif Ahmad @ Putra Aiman
Berasal dariMalaysia Malaysia
GenreNasyid
PekerjaanPenyanyi
Tahun aktif1997-kini
Kegiatan berkaitan
Kumpulan Hijjaz

Munif bin Ahmad yang lebih dikenali sebagai Munif Hijjaz atau nama penanya Putra Aiman merupakan salah seorang anggota kumpulan Hijjaz yang merupakan kumpulan penyanyi Malaysia yang menyampaikan lagu berirama nasyid. Beliau dilahirkan pada (1974-02-16) 16 Februari 1974 (umur 45) dan merupakan anak jati Pontian, Johor Darul Takzim.

Hobi beliau ialah melancong, bermain bola sepak & badminton. Selain menyanyi, beliau juga berkebolehan dalam mencipta lagu, menulis lirik dan menyusun vokal serta harmoni dalam setiap lagu yang dicipta. Antara lagu yang mendapat sentuhan beliau ialah Nur Kasih (In-Team), Mahligai Kasih (UNIC), Ainul Mardhiah (UNIC), Satu Tekad (UNIC), Sahabat (Devotees) dan Anak Soleh (Aeman). Kini, beliau telah menguruskan dua buah syarikat iaitu Restoran Munif Hijjaz Asraar Hadramawt di Seksyen 13, Shah Alam dan Munif Hijjaz Marketing Sdn. Bhd.