Pergi ke kandungan

Munir Mega

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Munir Mega
Maklumat latar belakang
Juga dikenali
sebagai
Munir, Munir Mega, Munir FRU
Kelahiran (1970-04-20) 20 April 1970 (umur 55)
Kampung Kerinchi, Kuala Lumpur Kuala Lumpur, Malaysia Malaysia
GenreRock, Balada
PekerjaanPemuzik Sunting nilai ini di Wikidata
Alat muzikDrum kit (en) Terjemah Sunting nilai ini di Wikidata
Tahun aktif1988 Sunting nilai ini di Wikidata
Anggota bagiKumpulan Mega
Kumpulan FRU Sunting nilai ini di Wikidata
Kegiatan berkaitanKumpulan Mega
Kumpulan FRU
Rahmad Mega
Mat Mega
Ziana Zain
Melati Shukor
Ujang Exists
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Abdul Munir bin Samsudin atau lebih dikenali sebagai Munir Mega (lahir 20 April 1970) merupakan pemain dram kumpulan rock terkenal di Malaysia iaitu kumpulan Mega. Anak kelahiran Kuala Lumpur ini memulakan kariernya dengan menganggotai kumpulan FRU (Five Rockers Union), sebuah kumpulan rock yang diterajui oleh penyanyi Dato' Hattan. Bersama FRU, Munir bersama rakan-rakannya melahirkan satu album sahaja iaitu Kelahiran pada tahun 1988 sebelum berpecah lalu Munir meneruskan kegiatannya dengan menyertai kumpulan The Lips yang sering mengiringi persembahan solo ratu rock negara, Ella sehingga hujung tahun 1990.

Pada awal tahun 1991, Munir telah menggantikan Joey sebagai pemain dram kumpulan Mega atas saranan pemain bes Mega, Mat yang juga rakan lamanya ketika bersama kumpulan FRU. Album kedua Mega berjudul Ilustrasi merupakan kemunculan pertama Munir sebagai pemain dram tetap Mega. Munir bersama anggota Mega yang lain kemudiannya mengasah bakat sebuah kumpulan rock baharu di bawah naungan Jojo's Production iaitu Exists yang turut melahirkan seorang lagi pemain dram tersohor Malaysia pada masa kini iaitu Ujang.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]