Munir Said Thalib

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Munir Said Thalib (lahir di Malang, Jawa Timur, Indonesia, 8 Disember 1965 – meninggal di Singapura, 7 September 2004 pada umur 38 tahun) lebih mesra dikenali secara ringkas sebagai "Munir". Beliau ialah seorang aktivis yang menentang rasuah dan hak asasi manusia yang terkenal daripada Indonesia. Pada tahun 2004, beliau telah meninggal dunia kerana dibunuh semaa dalam perjalanan ke Universiti Utrecht untuk menerima ijazah sarjana di dalam undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia.[1]

Kerjaya sebagai aktivis politik[sunting | sunting sumber]

Munir dilahirkan dalam keluarga berketurunan Arab dan Jawa.[2] Beliau belajar hukum di Universiti Brawijaya di Malang, Jawa Timur dan kemudian beliau telahpun memulakan kerjaya beliau sebagai pegawai bantuan perundangan di bandar Surabaya. Beliau telah menjadi satu juru kempen yang terkemuka dari Indonesia[3] dan tidak takut berdepan dengan sebarang ugutan, termasuk diancam meninggal. Beliau mempersalahkan ketenteraan Indonesia daripada pelanggaran hak asasi manusia dalam Timor Timur berserta provinsi lain seperti Aceh dan Papua dan juga mempersalahkan mereka kerana mempunyai peran dalam satu rangkaian jenayah dalam kegiatan pembalakan hutan yang menyalahi undang-undang berserta kegiatan penyeludupan dadah.

Tangan beliau pernah mendapat keretakan semasa cuba menyelamatkan seorang buruh warga emas dari dibelasah oleh pihak keselamatan.[4]

Beliau adalah seorang pengasas Suruhanjaya Untuk Orang Hilang Dan Mangsa Tindakan Keganasan (KONTRAS).[5] Dia mempunyai kedudukan untuk kali terakhir sebagai Pengarah Eksekutif daripada satu pertubuhan bernama IMPARSIAL yang merupakan satu pertubuhan bukan kerajaan HAM dari Indonesia.

Pada tahun 2001, semasa menyiasat peranan Kopassus dalam kejadian penculikan, terdapat satu bungkusan yang mengandungi bom yang dihantar ke rumah beliau.[4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Munir murder conviction quashed BBC News
  2. ^ Komisi Untuk Orang Hilang dan Tindak Kekerasan, Bunuh Munir!: Sebuah Buku Putih (2006) ...Munir, atau lengkapnya Munir bin Thalib dibesarkan dalam keluarga muslim keturunan Arab. Kakek moyangnya adalah imigran dari Hadhramaut (Yaman) yang ratusan...
  3. ^ Ramadhan, Hamzah (10 Februari 2014). "Munir Museum Brings Human Rights Issues to East Java". Jakarta Globe. Dicapai 31 March 2014. 
  4. ^ a b Pitaloka, Dyah Ayu (6 September 2014). "Remembering Munir — Human Rights Defender, Brother, Husband, Father and Friend". Jakarta Globe. Dicapai 7 September 2014. 
  5. ^ Tibke, Patrick (2 September 2014). "Jokowi's Challenge – Part 3: An end to impunity or same old injustices?". Asian Correspondent. Dicapai 6 September 2014.