Muon

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Muon, ditandai μ atau μ-, ialah zarah keunsuran yang menyerupai elektron, tetapi lebih berat.

Ia merupakan lepton generasi kedua, dengan pasangan neutrinonya, neutrino muon. Ia mempunyai spin 1/2, cas elektrik -e, dan nombor lepton muon, Lμ = 1. Ia mereput kepada lepton yang lebih ringan, dengan nombor lepton diabadikan.

Antizarahnya ialah antimuon, yang mempunyai jisim yang sama tetapi dengan cas elektrik +e dan Lμ = -1.

Muon mempunyai jisim m = 105.658369 ± 0.000009 MeV/c2 dan masa hayat τ = (2.19703 ± 0.00004) × 10-6 s.


Wiki letter w.svg

 Rencana ini merupakan rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.