Murad Mohamed Noor

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Fail:Murad Mohamed Noor.jpg
Tan Sri Murad Mohamed Noor

Tan Sri Murad Mohamed Noor (78) merupakan bekas Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia. Beliau diiktiraf sebagai tokoh pendidikan negara yang memperjuangkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Jiwanya adalah jiwa seorang guru.

Beliau belajar di Universiti Malaya pada 1970-an. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian) dan Diploma dalam Pendidikan dari Universiti Malaya. Antara senior beliau di situ ialah Prof Emeritus Datuk Dr Khoo Kay Kim .

Keluarga[sunting | sunting sumber]

Beliau mempunyai dua isteri iaitu Puan Sri Azizah Aiyub Ghazali dan Maimunah Abdul Hamid . Ibunya bernama Che Kah Hashim dan mempunyai 7 orang anak termasuk beliau . Mempunyai 4 orang anak. Anak sulungnya Dr. Shanaz Murad . Pelakon Jit Murad juga anak beliau.

Adiknya Tan Sri Marzuki Mohamed Noor .[1] Beliau tinggal di Lorong Setia Bestari 1, Bukit Damansara, Selangor.

Jasa[sunting | sunting sumber]

Beliau menjadi Ketua Pengarah Pelajaran (1976-1985) ketika Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menjadi Menteri Pelajaran Malaysia.Antara program yang dilancarkan ialah Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP).

Laporan Murad pula bertujuan mencari punca keciciran pelajaran dan mengemukakan cadangan untuk dilaksanakan. Ketika itu beliau menjadi Pengarah Perancangan dan Penyelidikan Pelajaran, Kementerian Pelajaran.

Tahun 1983 Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) diperkenalkan bagi mengatasi masalah 3M.

Beliau turut memberi sumbangan bermakna dalam penyediaan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP).

Tan Sri Murad juga prihatin terhadap nasib sekolah agama rakyat. Beliau turut memberi beberapa cadanngan bagi meningkatkan mutu pendidikan Sekolah Agama Rakyat. Kebanyakan sekolah agama rakyat telah diambilalih oleh Kementerian Pelajaran untuk dijadikan Sekolah Kebangsaan kerana keadaannya begitu daif.

Antara jawatan terakhir beliau ialah Pengerusi Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak . Selepas bersara pada 1980-an, beliau menjadi pengerusi Majlis Universiti USM.[2] .Beliau juga pernah menjadi Naib Presiden Universiti Islam Antarabangsa dari 1992 hingga 1995.

Saranan dan Pandangan Tan Sri Murad[sunting | sunting sumber]

Antara saranan dan pandangan beliau ialah :

  • Menyokong agar mata pelajaran Kesusasteraan Melayu dikaji semula bagi memantapkan silibus sedia ada.[3] Persaingan bidang teknologi maklumat (IT) yang semakin canggih, minat para pelajar untuk membaca semakin merosot.
  • Syarat bahasa Mandarin yang dikenakan oleh syarikat swasta tidak relevan dalam pengambilan pekerja kerana aspek kepakaran merupakan faktor penting dalam menilai kebolehan pekerja. Aspek bahasa bukannya satu perkara yang relevan dalam menilai kebolehan pekerja kerana kepakaran mereka (pekerja) yang patut dinilai. Kepakaran yang dimiliki akan meningkatkan produktiviti.[4]

Penghargaan[sunting | sunting sumber]

Pada 1990, Allahyarham dianugerahkan Doktor Kehormat Pendidikan dari Universiti Sains Malaysia.

Taman Penyelidikan di USM akan dinamakan sebagai Taman Penyelidikan Tan Sri Murad Mohamed Noor. Naib Canselor USM Prof Datuk Dzulkifli Abdul Razak menjelaskan bahawa pusat penyelidikan yang berhampiran Hotel Equatorial, Bukit Jambul , Pulau Pinang itu merupakan idea beliau. Taman itu seluas 12.4 hektar dan masih dalam perancangan.

Meninggal dunia[sunting | sunting sumber]

Beliau meninggal dunia pada 22 Januari 2008 di Pusat Perubatan Gleneagles Intan, Ampang, Selangor akibat jangkitan paru-paru . Jenazah beliau dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Masjid Penaga, Kepala Batas , Seberang Perai Utara , Pulau Pinang. Jenazah disembahyangkan di Masjid Damansara . Kemudian jenazah dibawa ke Penaga dengan kereta jenazah Yayasan Al Bukhari .

Antara kenamaan yang hadir ialah Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas, Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan penaga, Datuk Azhar Ibrahim, bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Osman Aroff dan Mufti Pulau Pinang Datuk Hassan Ahmad.[5]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ [1] Jenazah Tan Sri Murad Dibawa Ke Penaga Untuk Dikebumikan
  2. ^ [2] USM Cadang Abadikan Nama Tan Sri Murad Di Taman Penyelidikannya
  3. ^ [3] Sains boleh pinggirkan Kesusasteraan Melayu
  4. ^ [4] Syarat bahasa Mandarin wujudkan perpecahan
  5. ^ [5] Jenazah Tan Sri Murad Selamat Dikebumikan