Murai, Singapura

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Murai ialah sebuah kawasan dalam Kawasan Tadahan Air Barat, Singapura. Murai merupakan lokasi "Kemudahan Latihan Bandar Murai", iaitu sebuah kawasan latihan menembak. Di barat Murai ialah Takungan Murai, yang dahulunya merupakan sebahagian daripada Sungai Murai. Beberapa bahagian Murai dianggap kawasan lindungan, dan merupakan sebahagian daripada kawasan latihan menembak.