Murder in Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
"Murder in Malaysia"
Episod 101 East
No. episodMusim 5
Episod 36
Tarikh keluaran asal11 September 2015
Durasi penyiaran25 minit
Kronologi episod
← Sebelum
"Tales of a City"
Selepas →
"Circus of Hope"

"Murder in Malaysia" (Melayu: Pembunuhan di Malaysia) ialah sebuah episod dalam rancangan dokumentari berbahasa Inggeris, 101 East terbitan Al Jazeera. Episod dokumentari itu disiarkan pada 11 September 2015.[1] Episod ini membuat liputan mengenai pembunuhan berprofil tinggi wanita warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu pada Oktober 2006 dan kaitan Najib Razak yang ketika itu merupakan Timbalan Perdana Menteri semasa kes itu berlaku.

Pada 22 Julai 2020, penyedia televisyen satelit, Astro didenda oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) kerana mengulang siar dokumentari tersebut. Notis tersebut dihantar kepada pemilik Astro, MEASAT pada 7 Julai, iaitu hampir lima tahun selepas filem itu diterbitkan. Wartawan 101 East, Mary Ann Jolley dihantar pulang semasa penerbitan dokumentari itu. Kementerian Dalam Negeri memberitahu Al Jazeera bahawa Jolley dihantar pulang kerana tindakannya "berpotensi memberi kesan negatif terhadap imej Malaysia".[2][3][4][5]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Murder in Malaysia". Al Jazeera (dalam bahasa Inggeris). 10 September 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-07-24. Dicapai pada 2020-07-24.
  2. ^ "Tayang 'Murder in Malaysia' Al Jazeera, SKMM denda Astro". Malaysiakini. 22 Julai 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-07-24. Dicapai pada 24 Julai 2020.
  3. ^ Radzi Razak (22 Julai 2020). "Report: MCMC fines Astro for airing Al Jazeera documentary on Altantuya's murder five years ago" (dalam bahasa Inggeris). The Malay Mail. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-07-24. Dicapai pada 24 Julai 2020.
  4. ^ "MCMC explains fine against Astro over Al Jazeera's 2015 documentary" (dalam bahasa Inggeris). The Edge Markets. 22 Julai 2020. Dicapai pada 24 Julai 2020.
  5. ^ "Astro fined for airing Al Jazeera documentary" (dalam bahasa Inggeris). Daily Express. 23 Julai 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-07-24. Dicapai pada 24 Julai 2020.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]