Musa Aman

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Musa Aman

PSM; SPDK (Sbh); DGSM (Mlk); DA (Swk); PGDK (Sbh); JMN; JP (Sbh)
Ketua Menteri Sabah ke-14
Dalam jawatan
27 Mac 2003 – 12 Mei 2018
RajaTuanku Syed Sirajuddin
Tuanku Mizan Zainal Abidin
Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah
Sultan Muhammad V
Perdana MenteriYang Amat Berhormat Dato' Seri Utama Dr. Mahathir Mohamad
Yang Amat Berhormat Dato' Seri Utama Abdullah Ahmad Badawi
Yang Berhormat Dato' Sri Najib Razak
Yang Amat Berhormat Tun Dr. Mahathir Mohamad
GabenorAhmadshah Abdullah
Juhar Mahiruddin
TimbalanWences Angang (2003–2004)
Tham Nyip Shen (2003–2004)
Lajim Ukin (2003–2004)
Joseph Pairin Kitingan (2004–2018)
Chong Kah Kiat
(2004–2007)
Yahya Hussin (2004–2018)
Yee Moh Chai (2011-2013)
Raymond Tan Shu Kiah (2013–2018)
Jeffrey Kitingan (2018)
Hajiji Mohd Noor (2018)
Masidi Manjun (2018)
Didahului olehTan Sri Chong Kah Kiat
Digantikan olehMohd Shafie Apdal
Kawasan pilihan rayaSungai Sibuga
Anggota Dewan Undangan Negeri Sabah
untuk Sungai Sibuga
Dalam jawatan
19 Februari 1994 – 26 September 2020
Didahului olehThien Fui Yun (PBS)
Digantikan olehMohamad Hamsan Awang Supain (BN-UMNO)
Majoriti3,708 (1994)
4,034 (1999)
6,670 (2004)
7,658 (2008)
11,569 (2013)
2,184 (2018)
Butiran peribadi
Lahir (1951-03-30) 30 Mac 1951 (umur 72)
Borneo Utara Beaufort, Borneo Utara, (kini Sabah, Malaysia)
Parti politik Barisan Nasional
UMNO
(bekas parti)
Anggota terus GRS
(sejak 2023)
PasanganPuan Sri Hajah Faridah binti Haji Tussin
Anak-anak
  • Yamani Hafez Musa
  • Datin Lenny Natasha
  • Mohammed Hayssam
  • (meninggal dunia 2021)
  • Hazem Musa
Hubungan
Tandatangan
Laman web rasmiwww.sabah.gov.my

Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Musa bin Haji Aman (lahir 30 Mac 1951), merupakan Ketua Menteri Sabah yang ke-14 (kini mantan/bekas Ketua Menteri Sabah). Beliau menggantikan Chong Kah Kiat dari Liberal Democratic Party (LDP) pada 27 Mac 2003. Beliau merupakan pengerusi Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) di Sabah tetapi telah meletak jawatan sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO-Sabah selepas kejatuhan UMNO di Sabah pada tahun 2018. Selepas perletakkan jawatan oleh Tan Sri Musa Aman, Jawatan pengerusi UMNO telah diberikan kepada Datuk Bung Moktar Radin dari Parlimen Kinabatangan. Pada Pilihan raya negeri Sabah 2020, Tan Sri Musa Aman disahkan tidak akan bertanding atas mana-mana kerusi ADUN di Sabah kerana dikatakan ingin memberi peluang kepada pemimpin-pemimpin lain serta Parti-Parti lain untuk memegang jawatan Ketua Menteri Sabah dan menyandang kerajaan baru di Sabah.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) St Paul, Beaufort dan Secondary Sabah College, Kota Kinabalu, serta di Sekolah Menengah All Saints, Kota Kinabalu. Kemudian, beliau melanjutkan pelajaran dalam bidang Pentadbiran Perniagaan di Universiti Edith Cowan, Australia.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Beliau pernah dilantik sebagai Konsul Kehormat di Bangladesh. Beliau yang sebelum ini bekerja sebagai pegawai bank pernah dilantik sebagai Pengarah Eksekutif City Finance Berhad {Julai 1983 - April 1995), Pengerusi dan Ketua Eksekutif Innoprise Corporation (ICSB). Selain itu, beliau juga dilantik sebagai Pengarah Sinora, Innoprise International Incorporated, dan Pengerusi Sabah Softwoods Berhad.[1] .

Keluarga[sunting | sunting sumber]

Beliau berkahwin dengan Puan Sri Hajah Faridah binti Haji Tussin dan dikurniakan 4 orang anak. Di antara anak-anaknya termasuklah Mohammed Hayssam dan Hazem.[2]

Politik[sunting | sunting sumber]

Beliau mula aktif sebagai seorang ahli politik sekitar tahun 1980 melalui parti USNO. Beliau pernah dilantik sebagai Bendahari UMNO Sabah pada 23 Mac 1991 selepas UMNO mengembangkan sayapnya ke Sabah. Pada 16 Mac 1992, beliau dilantik memegang jawatan Bendahari Barisan Nasional Sabah. Pada 20 Mac 1999, beliau dilantik sebagai Menteri di Jabatan Ketua Menteri Sabah. Kemudian pada 27 Mac 2001, beliau dilantik sebagai Menteri Kewangan Sabah. Pada 27 Mac 2003, beliau mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah yang ke-14. Kerjaya beliau sebagai Ketua Menteri Sabah berakhir pada 12 Mei 2018 apabila Datuk Seri Haji Mohd. Shafie bin Haji Apdal yang merupakan Presiden Warisan mendakwa memiliki 35 ADUN yang menyokong beliau dan telah mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah yang ke-15 pada 12 Mei 2018 pukul 9.15 Malam di depan Yang di-Pertua Negeri Juhar Mahiruddin di Istana Negeri.[3], [4]

Isu dan kontroversi[sunting | sunting sumber]

Tuduhan rasuah pembalakan[sunting | sunting sumber]

Pada 12 April 2012, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman sekali lagi menafikan tuduhan rasuah oleh laman Sarawak Report. Sarawak Report melaporkan bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menyiasat Musa Aman yang didakwa mengeluarkan lesen pembalakan kepada adiknya Datuk Seri Anifah Aman.[5] Dakwaan yang berikutnya melibatkan anak-anak lelaki Musa, iaitu Mohammed Hayssam dan Hazem. Mereka dikatakan menerima wang berunsul rasuah daripada Michael Chia. Sarawak Report juga mendakwa Jabatan Peguam Negara yang diketuai oleh Abdul Gani Patail, enggan meneruskan siasatan kes rasuah tersebut.[2][6] Sumber maklumat Sarawak Report berasal dari Hong Kong.

Pada 12 Oktober 2012, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengakui bahawa wang RM40juta yang cuba diseludup ke Malaysia adalah "sumbangan politik" (political donation) untuk UMNO. Setiap parti politik sebagaimana pembangkang mempunyai hak untuk menerima sumbangan politik selagi ia dibuat dengan mengikut saluran yang betul. Menerusi jawapan bertulis, Menteri di JPM, Datuk Seri Nazri Aziz menjelaskan di Parlimen bahawa kertas siasatan SPRM mendapati wang RM40 juta dari Hong Kong itu untuk UMNO Sabah, bukan untuk Ketua Menteri Sabah, Musa Aman. Transperancy International Malaysia mendesak agar Umno mendedahkan sumber wang tersebut. [7]

Pilihanraya Umum Ke-14[sunting | sunting sumber]

Di Sabah, pada Pilihanraya Umum Ke-14, Parti Warisan Sabah (WARISAN) - Mohd Shafie Apdal, dan Barisan Nasional Sabah (BN) - Musa Aman, kedua mereka seri dengan memenangi 29 kerusi dengan satu lagi pembangkang tempatan, Solidariti Tanah Airku (STAR - Gabungan Bebas) yang dipimpin oleh presidennya Datuk Jeffrey Kitingan, memenangi baki 2 kerusi ADUN di Sabah.

Presiden STAR (Bebas) - Jeffrey Kitingan dikatakan bersetuju menyokong Warisan, yang akan memberikan Warisan dan Pakatan Harapan (PH) majoriti mudah bagi membentuk kerajaan. Bagaimanapun dalam perlembagaan Sabah, terdapat peruntukan yang membenarkan Ketua Menteri untuk menamakan enam orang sebagai ahli dewan (assemblymen), yang bererti partinya secara automatik mendapat tambahan enam kerusi di dewan.[8]

Barisan Nasional Sabah telah memenangi 29 Kerusi DUN Sabah, manakala Gabungan WARISAN, PKR dan DAP juga memenangi jumlah kerusi yang sama (WARISAN 21, DAP 6 dam PKR 2) namun Barisan Nasional bekerjasama dengan dua ADUN STAR bagi membentuk kerajaan negeri dengan majoriti mudah iaitu 31 Kerusi daripada 60 Kerusi DUN yang dipertandingkan.

Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Musa bin Haji Aman yang mewakili Parti Barisan Nasional telah memenangi Kerusi DUN N.42 Sungai Sibuga kemudiannya telah mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah pada jam 11.05 malam 10 Mei 2018 di hadapan Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin dan mengekalkan jawatan yang dipegangnya sejak tahun 2003.[9]

Bagaimanapun, Dato' Seri Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal kemudian telah menerima sokongan 35 daripada 60 ADUN termasuk 6 ADUN daripada Barisan Nasional untuk membentuk kerajaan negeri dengan majoriti mudah. Dato Shafie telah mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah yang Ke-15 pada 12 Mei 2018 pukul 9.15 Malam di depan Yang di-Pertua Negeri Juhar Mahiruddin di Istana Negeri. [10]

Krisis Politik di Sabah berterusan berikutan Tan Sri Musa Aman yang mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri sebelum ini menafikan beliau meletakkan jawatan.

Krisis Politik di Sabah yang berlanjutan ini berakhir pada 27 September 2020 bersamaan dengan Tarikh Pilihan raya negeri Sabah 2020 diadakan. Namun demikian, Tan Sri Musa Aman mengumumkan bahawa beliau tidak akan bertanding di atas mana-mana kerusi ADUN di Sabah. Beliau berkata, Hal ini kerana beliau ingin membuka ruang terhadap ketua parti-parti lain untuk menyandang Ketua Menteri kerajaan baru di Sabah. Krisis politik di Sabah diakhiri dengan kejayaan dan kemenangan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang dipimpin oleh Datuk Hajiji Noor pada Pilihan raya negeri Sabah 2020. Pada akhirnya, Datuk Hajiji Noor menjadi Ketua Menteri ke-16 yang sah sekaligus menjadi Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah pertama.

Parti-parti utama di dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) ialah PPBM (Hajiji Noor), BN (Bung Moktar Radin), STAR (Jeffrey Kitingan), SAPP (Yong Teck Lee), dan Parti Bersatu Sabah (Maximus Johnity Ongkili). Gabungan ini kemudiannya diiktiraf sebagai Perikatan politik terbesar yang pernah ditubuhkan di Sabah pada September 2020.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Biografi Ketua Menteri Sabah Diarkibkan 2013-03-12 di Wayback Machine URL assessed on 28 April 2012
  2. ^ a b "Musa: Dakwaan rasuah hanya 'kitar semula'", Malaysiakini.com.", 12 Mei 2012.
  3. ^ Shafie Apdal sworn in as Sabah Chief Minister.
  4. ^ Shafie Apdal sworn in as Sabah CM, Musa seen leaving official residence.
  5. ^ Malaysian Foreign Minister Named In MACC Investigation Into Sabah Timber Corruption – NATIONAL EXPOSE! Sarawak Report. URL assessed on 27 April 2012
  6. ^ Sabah’s Smoking Gun! Bank Statements Show That Musa Aman’s Sons Accessed Dirty Money – National Exclusive! Sarawak Report. URL assessed on 27 April 2012
  7. ^ Najib enggan dedah penyumbang RM40j pada Umno Sabah
  8. ^ "6 extra assemblymen at stake in race for Sabah CM". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-05-30. Dicapai pada 2018-05-13.
  9. ^ Hanya Musa Aman Ketua Menteri Sabah yang sah - Joseph Pairin Kitingan.
  10. ^ Shafie Apdal sworn in as Sabah CM, Musa seen leaving official residence.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]