Mushir

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Musyir (Arab: مُشِير, rumi: musyīr) adalah satu perkataan Arab yang bermaksud "jeneral", "kaunselor" atau "penasihat". Ia berkaitan dengan perkataan syura bermakna mesyuarat atau "rundingan" keseluruhannya daripada kata kerja شَاوَرَ syāwara "berunding".[1]

Sebagai gelaran rasmi, dari segi sejarah ia menjadi penasihat peribadi kepada pemerintah. Pada penggunaan ini ia kira setanding dengan gelaran Ahli Majlis Negara dan majlis penasihat negara Eropah.

Didalam konteks ketenteraan, mushir telah dikaitkan dengan idea kaunselor atau penasihat peribadi pemerintah dalam hal ehwal ketenteraan, dan dengan itu menjadi pangkat tertinggi dalam negara-negara Arab dan Empayar Uthmaniyyah. Ia telah digunakan sebagai pangkat tertinggi di kebanyakkan angkatan tentera Timur Tengah dan Afrika Utara, untuk tentera darat, laut, dan udara. Oleh itu ia bersamaan dengan pangkat Fil Marsyal dan Laksamana Armada.

Iraq[sunting | sunting sumber]

Semasa Iraq dibawah pemerintahan Saddam Hussein, tentera laut Iraq mengekalkan pangkat laksamana armada yang dikenali sebagai Mushir. Pangkat Mushir merupakan pegawai tentera laut paling tinggi dan ia jarang sekali dilantik. Insignia pergelangan baju sama seperti Laksamana Armada British.

Pangkat Mushir di Iraq dikenali sebagai "Muhib" dan digunakan dalam semua panggilan rasmi dan tidak rasmi. Saddam Hussein selaku pemerintah tertinggi angkatan tentera merupakan "staf muhib" (مهيب ركن) kehormat didalam tentera darat Iraq, dan pakaian seragam yang biasa beliau pakai adalah jenis staf muhib. Beliau satu-satunya muhib didalam tentera darat Iraq, manakala untuk menteri pertahanan dan ketua turus memegang pangkat "Fariq awal rukun" (فريق اول ركن), atau "staf jeneral". (Saddam sebenarnya tidak pernah berkhidmat dalam Tentera Darat Iraq tetapi memerintah sebagai presiden Iraq.) Selepas kejatuhan Saddam pada serangan ke atas Iraq 2003, pangkat Mushir tidak lagi wujud dalam tentera baru Iraq.

Arab Saudi[sunting | sunting sumber]

Di Arab Saudi, pangkat Mushir biasanya dipegang secara istiadat oleh Keluarga Diraja Saudi, dan diterjemahkan sebagai "Fil Marsyal Kelas Pertama".

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Senarai Fil Marsyal Mesir

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Abd. Rauf Dato' Haji Hassan; Abdul Halim Salleh; Khairul Amin Mohd Zain (2005). Kamus Bahasa Melayu-Bahasa Arab Bahasa Arab-Bahasa Melayu. Shah Alam: Oxford Fajar. m/s. 207. ISBN 967-65-7321-3.