Music Right (Sarawak) Berhad

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Music Right (Sarawak) Berhad
Jenis/bentuk sahBadan Pelesenan
IndustriMuzik
Ditubuhkan5 November 2021
Ibu pejabatKuching, Malaysia
PemilikPersatuan Armada Anak Seni Sarawak (ARAS)
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Music Right (Sarawak) Berhad (juga dikenali sebagai MRSB) adalah sebuah Badan Perlesenan yang diiktiraf di Sarawak oleh Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) pada 5 November 2021 (Nombor Pengisytiharan : L820210002).[1][2][3] MRSB diberi kuasa oleh MyIPO di bawah Akta Hak Cipta 1987 (Akta 332) dan Peraturan-Peraturan Hak Cipta (Badan Pelesenan) 2012 untuk untuk mentadbir urus bagi pihak ahli-ahlinya yang melibatkan Etnik Tempatan Sarawak merangkumi hak Karya Muzik, Rakaman Bunyi atau Persembahan Pelaku.[4][5]

Aktiviti Kutipan[sunting | sunting sumber]

Kutipan skim pelesenan bagi kategori Karya Muzik, Rakaman Bunyi atau Persembahan Pelaku melibatkan Etnik Tempatan Sarawak ("karya muzik etnik") sepertimana yang diperuntukkan di dalam Akta Hak Cipta 1987.

Aktiviti Pengagihan[sunting | sunting sumber]

Membuat agihan hasil kutipan skim pelesenan kepada ahli-ahlinya berdasarkan amalan tadbir urus badan pelesenan yang telus dan akauntabiliti.

Rujukan[sunting | sunting sumber]