Musixmatch
Musixmatch | |
---|---|
Maklumat umum | |
URL | musixmatch |
Jenis | Online lyrics database (en) |
Ditubuhkan | 21 Januari 2010[1] |
Pengurusan dan pentadbiran | |
Pengasas | Massimo Ciociola, Gianluca Delli Carri, Francesco Delfino, Giuseppe Costantino |
CEO | Massimo Ciociola |
Kandungan dan sokongan | |
Industri | Muzik |
Pendaftaran | Pilihan |
Dilancarkan pada | 21 Januari 2010[1] |
Status terkini | Aktif |
Pelantar disokong | Windows, Macintosh, Windows Phone, Android, iOS, Google Chrome, Spotify |
Perangkaan | |
Jumlah hasil | $8M (Rp. 116.120.000.000,00)[2] |
Bil. kakitangan | 100+[1] |
Kedudukan Alexa | 5,276 (setakat April 2021[kemas kini])[3] |
Lokasi | |
Lokasi pembentukan | Bologna |
Ibu pejabat | |
Pautan luar berkaitan | |
Blog rasmi | |
Pautan lain | |
sunting · sunting di Wikidata |
Musixmatch ialah katalog lirik yang memiliki lebih dari 14 juta lirik dalam 80 bahasa. Musixmatch dapat dicapai pada Windows, Mac serta peranti mudah alih untuk sistem pengendalian iOS, Android, dan Windows Phone. Aplikasi ini juga terdapat di Apple Watch dan Android Wear.
Musixmatch menampilkan lirik yang telah diselaraskan sesuai dengan muzik yang sedang dimainkan. Aplikasi ini memiliki kemampuan untuk memindai semua lagu dalam perpustakaan muzik pengguna untuk menemukan lirik yang sesuai, serta dapat digunakan sebagai pemutar muzik bawaan atau lalai. Dalam platform Android, ia juga menyokong banyak perkhidmatan penstriman muzik besar seperti Spotify, Deezer dan Rhapsody serta dapat menampilkan lirik yang terapung di atas aplikasi tertentu yang mereka sebut FloatingLyrics.[4]
MusixMatch membenarkan pengguna untuk menyumbang melengkapi lirik dan mengadaptasikan sinkronisasi lirik dengan mata ganjaran yang sesuai dengan tahap dan lencana. Jika pengguna mencapai mata atau tahap tertentu misalnya dengan menyumbang lirik berkualiti tinggi, pengguna dapat mengajukan diri menjadi Kurator yang memiliki keizinan tambahan dan dapat dibayar untuk sumbangan mereka. Kurator khusus mampu mendapatkan peranan sebagai Pakae yang memiliki keizinan seperti pentadbir atau karyawan MusixMatch.[5]
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Musixmatch diasaskan di Bologna, Itali pada 21 Januari 2010, oleh Massimo Ciociola dan kumpulan pengasas yang lain. Perkhidmatan mereka dilancarkan pada Julai 2010, dan pada Januari 2015 Musixmatch telah menghasilkan dana $12.1 juta di Angel dan Venture Capital.
Musixmatch telah menandatangani perjanjian dengan penerbit seperti: EMI Publishing, Warner/Chappell Music, Universal Music Publishing Group, Sony ATV, PeerMusic, BMG, HFA dan bekerja sama dengan NMPA.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b c About musixmatch, musixmatch
- ^ "How much revenue does Musixmatch generate?". www.owler.com. Dicapai pada 24 Mac 2021.
- ^ "musixmatch.com Site Info". Alexa Internet, Inc. Dicapai pada 17 April 2021.
- ^ "FloatingLyrics™ integration". developer.musixmatch.com. Dicapai pada 13 Mac 2021.
- ^ "become a curator". community.musixmatch.com. Dicapai pada 13 Mac 2021.