Muslifah Zulkifli

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Muslifah Zulkifli
Maklumat peribadi
Lahir(1985-12-28)28 Disember 1985
Georgetown, Pulau Pinang, Malaysia
Meninggal6 November 2021(2021-11-06) (umur 35)
Georgetown, Pulau Pinang, Malaysia
Ketinggian156 cm (5 ka 1 in)
Berat badan49 kg (108 lb)
Sukan
NegaraMalaysia
SukanMenembak
Acara50 m air rifle
Rekod pingat
Menembak
Mewakili  Malaysia
Sukan Asia
Pingat gangsa – tempat ketiga Incheon 2014 50 m prone rifle
Sukan Komanwel
Pingat gangsa – tempat ketiga Glasgow 2014 50 m prone rifle

Muslifah Zulkifli (28 Disember 1985 – 6 November 2021) merupakan seorang atlet menembak Malaysia. Beliau merupakan pemenang pingat gangsa dalam acara 50m Rifle Prone berpasukan Sukan Asia 2014 di Incheon, Korea Selatan.[1][2][3]

Kerjaya sukan[sunting | sunting sumber]

Muslifah pernah meraih pingat gangsa di temasya Sukan Asia 2014 di Incheon, Korea Selatan dalam acara rifle 50 meter meniarap berpasukan Wanita bersama dua lagi penembak negara ketika itu, Nur Suryani Mohamed Taibi dan Nur Ayuni Farhana Abdul Halim.[2][4]

Beliau juga pernah mewakili negara di Sukan Komanwel 2014 di Glasgow, Scotland dalam acara 50 meter (m) Rifle Meniarap Wanita (W) dan 50m Rifle (Tiga Posisi) pada temasya sukan berkenaan. Selain itu, beliau juga merupakan salah seorang atlet yang terlibat dalam Program Podium selama 2 tahun, dari 2015 sehingga 2017.[2]

Muslifah pernah menyandang jawatan jurulatih Wilayah Persekutuan pada 2020 bagi menghadapi Sukan Malaysia (SUKMA) dan sebelum ini bertugas dengan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).[5]

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Pada Mac 2013, Muslifah bersama atlet perahu layar Khairulnizam Mohd Afendy dinobat sebagai Olahragawan dan Olahragawati UiTM 2012.[6]

Kematian[sunting | sunting sumber]

Muslifah meninggal dunia pada 6 November 2021 pada jam 2.17 pagi, selepas hampir 50 hari dirawat di Hospital Gleneagles Pulau Pinang akibat jangkitan kuman dalam paru-paru. Beliau sebelum ini pernah dimasukkan ke hospital sama pada 19 September selepas disahkan positif COVID-19.[3]

Bayi dalam kandungan Muslifah yang juga anak sulungya selepas beberapa kali mengalami keguguran turut meninggal dunia pada usia kandungan enam bulan ketika beliau menerima rawatan di pusat rawatan rapi (ICU) hospital.[7]

Jenazah beliau dibawa pulang ke rumahnya di Jelutong sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Perak pada jam 1.45 tengah hari.[3][8][9] Beliau meninggalkan suami, Muhammad Syamim Syaharuddin.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Muslifah Cabar Tunjuk Bukti Tidak Berdisiplin". mStar Online. 8 Jun 2017. Dicapai pada 8 November 2021.
  2. ^ a b c Shahrizal Ahmad Zaini (6 November 2021). "Bekas atlet menembak meninggal dunia". Sinar Harian. Dicapai pada 8 November 2021.
  3. ^ a b c Zuhainy Zulkifli (6 November 2021). "Muslifah meninggal bukan disebabkan COVID-19". Berita Harian. Dicapai pada 8 November 2021.
  4. ^ "Muslifah membara". Harian Metro. 10 Jun 2015. Dicapai pada 8 November 2021.
  5. ^ Abdul Hafiz Ahmad (6 November 2021). "Kehilangan pakar penembak prone negara! Muslifah Zulkifli pemenang trio gangsa Sukan Asia 2014!". Kita Reporters. Dicapai pada 8 November 2021.
  6. ^ "Khairulnizam, Muslifah pilihan UiTM". Berita Minggu. 24 Mac 2013. Dicapai pada 8 November 2021.
  7. ^ Khuzairi Ismail (7 November 2021). "Muslifah insan yang kuat". Utusan Malaysia. Dicapai pada 8 November 2021.
  8. ^ "Jenazah bekas penembak negara selamat dikebumikan". BERNAMA. 6 November 2021. Dicapai pada 8 November 2021.
  9. ^ Khuzairi Ismail (6 November 2021). "Jenazah Muslifah selamat dikebumikan". Utusan Malaysia. Dicapai pada 8 November 2021.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]