Mustaffa Ahmad Hidzir

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Tapa
Kelahiran
Mustaffa bin Ahmad Hidzir

1955 (umur 68–69)
PendidikanDiploma Senilukis dan Senireka (Grafik)
Pusat pendidikanUniversiti Teknologi MARA (UiTM)
PekerjaanPengilustrasi, pereka grafik, pereka kulit album
Tahun aktif1978–kini
Anak-anak3

Mustaffa Ahmad Hidzir, juga dikenali sebagai Tapa ialah seorang pengilustrasi dan pereka grafik Malaysia. Beliau terkenal menerusi hasil karyanya sebagai pereka kulit album penyanyi popular tanah air.[1][2] Antara artis-artis yang mana beliau membantu mereka bentuk kulit album ialah Carefree, Lefthanded, Jamal Abdillah, M. Nasir, Ramli Sarip, Sudirman, Francissca Peter, Sharifah Aini, Noryn Aziz dan Sheila Majid. Dikenali sebagai anak Melayu pertama yang bergiat aktif sebagai pereka kulit album, Tapa telah menghasilkan lebih daripada 300 rekaan kulit album.[1][3]

Dilahirkan di Taiping, Perak, Tapa melanjutkan pelajarannya dalam rekaan grafik di Universiti Teknologi MARA (UiTM), memperoleh Diploma Senilukis dan Senireka (Grafik). Selepas menamatkan pengajian di UiTM, beliau bekerja di syarikat rakaman EMI Music Malaysia yang mana bermula dari situ, beliau menerima pendedahan mengenai rekaan kulit album. Kulit album Kebebasan oleh Carefree yang diterbitkan pada 1979 merupakan hasil karya beliau yang pertama diterbitkan.[4]

Selain itu, beliau juga bertanggungjawab mereka bentuk logo Anugerah Industri Muzik (AIM).[1] Pada tahun 2017, Tapa menerbitkan buku bertajuk 12X12 Album Cover Design by Tapa terbitan Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM), yang menghimpunkan koleksi kulit album terbaik ciptaannya.[5][6]

Kulit album terkenal[sunting | sunting sumber]

Bibliografi[sunting | sunting sumber]

  • Mustaffa "Tapa" Ahmad Hidzir (2017). 12X12 Album Cover Design by Tapa. Institut Terjemahan & Buku Malaysia. ISBN 9789674605346.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c Asmizan Mohd Samiran (24 Februari 2008). "Tapa pakar kulit album". Harian Metro. Dicapai pada 18 Jun 2018.
  2. ^ N. Rama Lohan (18 November 2018). "Pictured tunes" [Alunan bergambar] (dalam bahasa Inggeris). The Star Online. Dicapai pada 19 Jun 2019.
  3. ^ Abd. Aziz Itar (2 Julai 2017). "Kulit album imbau nostalgia". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 Julai 2017. Dicapai pada 10 Ogos 2017.
  4. ^ Israr Khalid (16 April 2016). "Tapa insan di sebalik rekaan kulit album". Astro Awani. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 April 2016. Dicapai pada 18 Jun 2018.
  5. ^ "Drawing attention" [Melakar perhatian] (dalam bahasa Inggeris). The Sun Daily. 6 Julai 2018. Dicapai pada 19 Jun 2019.
  6. ^ Syanty Octavia Amry (18 Mei 2017). "Elak karya diciplak". Harian Metro. Dicapai pada 19 Jun 2019.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]