Mustapha Nagoor

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Bekas Pengarah Jasa Negeri Sembilan, Mustapha Nagoor atau lebih mesra dipanggil Pak Mus merupakan ADUN Palong buat pertama kalinya selepas menang pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.

Beliau kini adalah Ketua Penerangan UMNO Negeri Sembilan merangkap Naib Ketua UMNO Bahagian Jempol dan Ketua UMNO Cawangan Felda Palong 3.

Bekas Ketua Pemuda UMNO cawangan Felda Palong 3 ini dilahirkan pada 31 Julai 1967 dan telah mendirikan rumah tangga.

Mendapat pendidikan tinggi di Southern PasifiC University, USA, lulusan Sarjana Pentadbiran Perniagaan dan Ijazah Sarjana Muda  Pentadbiran Perniagaan di University Tasmania.

Beliau juga pernah bergelar pendidik selama setahun pada 1987 hingga 1988 sebelum mengusahakan sebuah pusat tuisyen Institut Pertama pada 1988 hingga 1996.

Bukan itu sahaja, beliau pernah menjadi jurulatih bagi kursus Jatidiri Pimpinan Perdana, di bawah Kementerian Belia dan Sukan sekitar tahun 1995 hingga 1997.

Mustapha juga pernah dilantik jurulatih Biro Tatanegara dan fasilitator bagi penyedia latihan swasta dan kerajaan.

Selain itu, beliau menjadi Pengarah Urusan AD Bestari (M) Sdn Bhd dan Pengarah MBN Consortium Sdn Bhd selama dua tahun iaitu 2002 hingga 2004.

Dalam menyantuni masyarakat, Ahli Majlis Daerah Jempol ini pernah dilantik Pengerusi Persatuan Kami Anak Felda (KAF) Palong 3 dan AJK KAF Wilayah Raja Alias.

Kerjaya:

  • ADUN Palong (2018-kini)
  • Pengarah Jasa Negeri Sembilan (2014-2018)
  • Pengarah Urusan MBN Consortium Sdn Bhd (2002-2014)
  • Jurulatih dan fasilitator bagi penyedia latihan swasta dan kerajaan (1997-2008)
  • Jurulatih Biro Tatanegara (1997-2008)
  • Pengarah Urusan AD Bestari (M) Sdn Bhd (1997-2002)
  • Pengusaha pusat tuisyen Institut Pertama (1988-1996)
  • Guru sementara (1987-1988)

Jawatan disandang dalam politik:

  • Ketua Penerangan UMNO Negeri Sembilan (2018-kini)
  • Pengerusi Biro Latihan Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan (2013-kini)
  • Naib Ketua UMNO Bahagian Jempol (2008-kini)
  • Ketua UMNO Cawangan Felda Palong 3 (2008-kini)
  • Timbalan Pengerusi Biro Latihan dan Keahlian Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan (2004-2008)
  • Setiausaha Badan Perhubungan Pemuda UMNO Negeri Sembilan (2001-2004)
  • Naib Ketua dan pemangku Ketua Pemuda UMNO Bahagian Jempol (1998-2001)
  • Ketua Penerangan Pemuda UMNO Jempol (1996-1998)
  • Ketua Pemuda UMNO cawangan Felda Palong 3 (1995-1998)

Penglibatan dalam pertubuhan sukarela:

  • Pengerusi Persatuan Kami Anak Felda (KAF) Palong 3
  • AJK KAF Wilayah Raja Alias

Anugerah Darjah Kebesaran:

  • Darjah Setia Negeri Sembilan (D.N.S) 2005
  • Ahli Setia Negeri Sembilan (A.N.S) 2001
  • Pingat Jasa Kebaktian (P.J.K) 1998

Pendidikan:

  • Sarjana Pentadbiran Perniagaan Southern PasifiC University, USA
  • Ijazah Sarjana Muda  Pentadbiran Perniagaan di University Tasmania