Mutiara FM
Bandar | George Town |
---|---|
Kawasan penyiaran | Pulau Pinang |
Slogan | Segalanya Untukmu |
Frekuensi | 95.7 MHz |
Tarikh siaran pertama | 24 Ogos 1934ZHJ Yayasan Wayarles Pulau Pinang/Penang Wireless Association | sebagai
Bahasa | Melayu |
Pemilik | Radio Televisyen Malaysia |
Saluran kembar | |
Siaran web | https://rtmklik.rtm.gov.my/radio/negeri/mutiarafm |
Tapak web | mutiarafm |
Mutiara FM (radio ini dikenali sebagai ZHj Yayasan Wayarles Pulau Pinang/Penang Wireless Association, Radio 3 Pulau Pinang dan Radio Malaysia Pulau Pinang) ialah stesen radio tempatan tertua di Pulau Pinang dan Malaysia dijalankan oleh Radio Televisyen Malaysia yang bersiaran dari Jalan Burma, George Town, Pulau Pinang. Ia disiarkan setiap hari dalam Bahasa Melayu dari 6:00 pagi hingga 12:00 tengah malam menyiarkan berita tempatan. Moto utamanya ialah Segalanya Untukmu.
Mutiara FM utamanya ialah di Jalan Burma, George Town, Pulau Pinang.
Mutiara FM disambung siar dari Nasional FM[sunting | sunting sumber]
Mutiara FM disambung siar dari Nasional FM bermula jam 12:00 tengah malam hingga 6:00 pagi setiap hari.
Sejarah[sunting | sunting sumber]
Negeri-negeri Selat (kini Pulau Pinang) telah memulakan siaran Radio melalui Pertubuhan ZHJ Yayasan Wayarles Pulau Pinang/Penang Wireless Association. Lesen pertama yang membenarkan siaran radio dikeluarkan pada 24hb Ogos 1934. Rumah Encik Khoo Sian Ewe di Jalan Perak dijadikan stesyen radio dan nama stesyen ini ialah ZHJ. Siaran ZHJ dipancarkan melalui gelombang pendek 493 meter dari 7:00 malam hingga 10:00 malam pada tiap-tiap hari dalam Bahasa Inggeris, Melayu, Mandarin, Hokkien dan Tamil. Pada hari yang sama, Stesen ZHJ Persatuan Wireless Pulau Pinang/Penang Wireless Association ialah stesen radio pertama di Malaya memulakan siarannya dalam bahasa Melayu, Cina, Tamil dan Inggeris melalui gelombang 49.3 meter yang beroperasi di luar George Town, Negeri-negeri Selat (kini Pulau Pinang). Ini diikuti pula dengan usaha yang dilakukan oleh Gabenor Negeri-negeri Selat Shenton Thomas yang membuka studio Perbadanan Penyiaran British Malaya serta pemancarnya di Bukit Caldecott, Singapura pada 1 Mac 1937 yang dikenali sebagai Perbadanan Penyiaran British Malaya/British Malaya Broadcasting Corporation (BMBC) rakan sejawat tempatan kepada Perbadanan Penyiaran British.
Apabila Jepun memasuki Malaya pada tahun 1941, Kelab C.R.C di Jalan Burma telah dijadikan stesyen radio sementara.
Pada 1 April 1946, Radio Malaya muncul dengan siaran rancangan-rancangan dari Pulau Pinang dan siaran Warta Berita disambung dari Singapura.
Pada 1 Jun 1948, Radio Malaya berpindah dari Kelab C.R.C ke Bangunan United Engineers di Lebuh Bishop.
Pada 1 Mac 1955, Radio Malaya berpindah ke studio sementara di Jalan Sepoy Lines dari Pejabat sementara di Gelugor.
Radio Malaya mula beroperasi di bangunan di Jalan Burma sehingga sekarang. Bangunan ini dibuka dengan rasmi oleh Gabenor Pulau Pinang, TYT Yang Mulia Raja Tun Uda Raja Muhammad pada 30hb Oktober 1965.
Pada pukul 12:00 tengah malam, Tahun Baharu (1hb Januari) 1989, ZHj Yayasan Wayarles Pulau Pinang yang dikenali sebagai Radio 3 Pulau Pinang.
Pada 1hb September 1998, Radio 3 Pulau Pinang yang dikenali sebagai Radio Malaysia Pulau Pinang.
Pada 1hb April 2005, Radio Malaysia Pulau Pinang yang dikenali sebagai Mutiara FM.
Pada 1hb April 2021, Penyiar negara Radio Televisyen Malaysia (RTM) meraikan ulang tahun ke-75 dan Mutiara FM rasmi melancarkan logo baharu dan saluran sukannya serta menjenamakan semula kesemua stesen radio tempatannya.
Sejarah nama Mutiara FM[sunting | sunting sumber]
- ZHJ Yayasan Wayarles Pulau Pinang/Penang Wireless Association (24 Ogos 1934-31 Disember 1988)
- Radio 3 Pulau Pinang (1 Januari 1989-31 Ogos 1998)
- Radio Malaysia Pulau Pinang (1 September 1998-31 Mac 2005)
- Mutiara FM (1 April 2005-sekarang)
Penyampai[sunting | sunting sumber]
- Sanjay
- Abi
- Laily
- Lin
- Mimie
- Azie
- Elly
- Bambam
- Amin
- Izham
- Que
- Fiza
- Faruk
Rancangan-utama[sunting | sunting sumber]
Isnin - Jumaat[sunting | sunting sumber]
Segmen | Penyampai | Masa Siaran |
---|---|---|
Geng Pagi Mutiara | Amin, Laily & Que | 06:00 - 10:00 |
Fokus Mutiara | Fiza & Mimie | 10:00 - 15:00 |
Duo Mutiara | Bambam, Elly & Lin | 15:00 - 20:00 |
Kona Mai | Faruk & Izham | 20:00 - 00:00 |
Sabtu & Ahad[sunting | sunting sumber]
Segmen | Penyampai | Masa Siaran |
---|---|---|
Santai Hujung Minggu | - | 06:00 - 00:00 |