Muung

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Muung
GenreAnimasi
PenciptaKye
Wan Hasliza
Dibangunkan oleh
KLMotion Picture
Tanahkarya
Pengarah kreatif
Mclelun
Noor Irwan Junaidy
Pelakon suara
Sha
Chad
Amirul
Irma Hasmie
Shamsull
Pencerita suara latar
Kye
Penggubah lagu tema
Noor Irwan Junaidy
Negara asal Malaysia
BahasaBahasa Malaysia
Penerbitan
Penerbit eksekutifKye
Amirul (animasi)
PenerbitWan Hasliza
Noor Irwan Junaidy
PenyuntingAmirul
Penyiaran
Saluran asalgua.com.my
Pautan luar
Laman sesawang

Muung ialah sebuah siri animasi Malaysia yang ditonton melalui Internet di laman hiburan gua.com.my. Kisah Muung yang berlatarkan sebuah alam yang diduduki lembu yang bercirikan manusia ini berpusatkan seekor anak lembu yang ditinggalkan hanyut di sungai oleh ibu bapa kandungnya lalu ditemui oleh penduduk sebuah kampung. Anak lembu tersebut dipercayai ditinggalkan kerana bunyi melenguhnya yang tidak betul (bunyinya seperti "Moo-oong!", maka diberi namanya Muung), lalu menjelikkan para penduduk kampung.

Muung diterbit oleh KLMotion Picture dan Tanahkarya untuk Alt Media, anak syarikat Media Prima yang bertanggungjawab atas portal gua.com.my.

Watak[sunting | sunting sumber]

Berikut adalah watak-watak utama siri Muung, pelakon suara dan sifat masing-masing.

Muung (Sha)
Seekor anak lembu jantan yang dikenali kerana bunyi melenguhnya yang tidak betul, sekaligus merasa rendah harga dirinya. Muung ditemui di Batu Lembu setelah hanyut di sungai, dipercayai dibuang oleh ibu bapa kandungnya. Muung dibesarkan oleh Siti Moo seolah-olah anaknya sendiri. Sewaktu bayi, Muung pernah mengalami ancaman kepada nyawanya yang terletak dalam perutnya, dipercayai punca bunyi melenguhnya tidak betul.
Siti Moo (Chad)
Lembu betina yang pernah menjadi ahli niaga terkenal tetapi punah kenamaannya setelah didapati melanggar peraturan tempatan, lalu dipandang hina masyarakat tempatan. Mula-mulanya Siti Moo enggan menerima Muung, namun lama-kelamaan Muung hidup bahagia bersama ibu angkatnya ini. Muung memanggil Siti "Momo".
Latte (Amirul)
Lalat beralaskan tarbus yang sentiasa menemani Muung ke mana sahaja dan juga menjadi pengawas kepada sesiapa yang menjaga Muung, khususnya Siti Moo.
Tok Penghumoo (Shamsull)
Penghulu Kampung Batu Lembu yang juga mula-mulanya memandang Siti Moo dan Muung sebagai masalah kepada penduduk, tetapi lama-kelamaan pula menyayangi Muung seperti mana penduduk-penduduk lain dan akhir-akhir ini, jatuh cinta kepada Siti Moo.
Irmoo Hasmoo (Irma Hasmie)
Anak lembu betina yang tercantik di kelas Muung dan hatinya diburu oleh Muung.
Mookai (Amirul)
Anak lembu jantan yang paling kurang berdisiplin di kelas Muung, dan suka sngat membuli dan memerli kepincangan Muung.
Mooisha (Sha)
Anak lembu betina sekelas Muung yang bersuara nyaring dan bermulut murai, prihatin terhadap Muung dan hendak mengambil hati Muung sungguhpun Muung memburu anak lembu betina lain.

Episod[sunting | sunting sumber]

# Tarikh keluaran Ringkasan
1 September 2007 Seekor anak lembu yang asing ditemui para penduduk kampung Batu Lembu. Anak lembu itu benar-benar menjengkelkan para penduduk kerana melenguh dengan tidak betul.
2 September 2007 Episod ini mengimbau kisah hidup Siti Moo (penjaga Muung) ketika masa dia mencapai gemilangnya sebagai pembuat subang hidung.
3 September 2007 Siti Moo telah dipenjarakan selama 20 tahun akibat kecuaiannya mencipta subang hidung yang berbahaya!
4 Oktober 2007 Siti Moo bersetuju untuk menjaga anak lembu itu yang dinamakan Muung, namun sikap suka menjaga tepi jaket kulit lembu-lembu lain mula mendatangkan masalah kepada Siti Moo.
5 Oktober 2007 Hak jagaan Muung ditelah ditarik balik daripada Siti Moo lalu diberi kepada pasangan Mooniam dan Moonica. Mereka berdua cuba membetulkan nguakan Muung tetapi gagal.
6 November 2007 Mooniam dan Moonica sudah serik menjaga Muung lalu hak jagaan Muung diserahkan kembali kepada Siti Moo.
7 November 2007 Muung tertelan sudu Siti Moo lalu dihantar ke klinik untuk pemeriksaan.
8 Disember 2007 Siti Moo setuju untuk membenarkan Muung dibedah. Namun, keadaan Muung adalah lebih pelik dari yang disangka.
9 Disember 2007 Siti Moo membawa Muung ke Amoorika untuk dibedah, tetapi segalanya tidak berjalan lancar. Sekembali mereka di Batu Muung, satu keajaiban berlaku.
10 7 Januari 2008 Muung akan memulakan persekolahannya. Dia akan berjumpa kawan-kawan baru yang lebih haru.
11 7 Januari 2008 Di dalam kelas, Muung diajar huruf-huruf Alphamooo yang tidak semudah A, B, C.
12 7 Januari 2008 Muung mesti lakukan sesuatu untuk nampak kacak dan macho di parti harijadi rakan sekelasnya, Irmoo Hasmoo.
13 20 Januari 2008 Muung kecewa kerana Irmoo Hasmoo langsung tidak melayannya. Muung pun berjumpa dengan Tok Penghumoo untuk belajar cara-cara memikat wanita.
14 1 Februari 2008 Mootonio Mooñeras, seekor Matador terkenal dari Mooxico telah datang bercuti ke Batu Lembu.
15 1 Februari 2008 Mootonio telah terpikat pada Siti Moo. Tok Penghumoo menjadi iri hati dan mesti lakukan sesuatu.
16 9 Februari 2008 Muung lebih gemar kutip sampah (sambil tengok Irmoo) daripada bersukan seperti lembu-lembu lain.
17 9 Februari 2008 Mookai mencabar Muung dan Mooishah dalam satu perlawanan sepaktakraw.
18 23 Februari 2008 Muung mendapat bantuan ahli sihir bernama Moozad Moogix untuk membaiki bunyi melenguhnya.
19 23 Februari 2008 Muung yang tidak puas hati dengan Moozat yang melarikan diri, tiba-tiba terserempak seorang guru vokal yang ingin menolongnya.
20 7 Mac 2008 Satu koloni katak cuba menarik Muung menyertai mereka, mendakwa bahawa Muung itu sekeluarga dengan mereka kerana bunyinya. Latte geram mendengarnya lalu mengecohkan hal ini di seluruh kampung.
21 20 Mac 2008 Muung bersetuju menyertai koloni katak. Katak-katak itu hampir berjaya memperdaya Muung sehingga Muung bertembung dengan Irmoo Hasmoo.
22 20 Mac 2008 Atas sebab kejadian Muung terpesong oleh kumpulan katak, Muung perlu ke India untuk bertemu dengan Holy Cow sebagai langkah menyucikan dirinya.
23 21 Mac 2008 Sebaik sampai ke India, Muung dan Latte secara tidak sengaja memasuki set penggambaran filem Moollywood.
24 28 Mac 2008 Muung dan Latte terpaksa membantu pengarah filem Khabir Moothiar menghabiskan penggambaran filemnya.
25 28 Mac 2008 Muung dan Latte sudah tersesat, diselamatkan oleh seekor lembu yang aneh. Adakah dia Holy Cow yang dicari-cari?
26 6 April 2008 Gara-gara membawa pesan Holy Cow, Muung dan latte ditahan oleh pihak imigresen di Lapangan Terbang Moochester.
27 6 April 2008 Dengan bantuan Ganu, seekor penyu yang pelupa, Muung dan Latte cuba larikan diri dari tahanan pegawai imigresen.
28 14 April 2008 Pihak berkuasa melancarkan operasi memburu Muung, Latte dan Ganu.
29 14 April 2008 Muung, Latte dan Ganu sedang melarikan diri dari diburu oleh pihak imigresen. Pada waktu itu, mereka terserempak dengan lori yang disyaki menculik Irmoo.
30 ? April 2008 Seekor arnab "rempit" mencabar Muung untuk berlumba dengannya.
31 15 Mei 2008 Muung dan rakan-rakan berdepan dengan sebuah robot berbentuk sotong kurita di kilang burger. Robot itu terus menahan Latte dan Ganu.
32 15 Mei 2008 Muung menewaskan robot sotong, melepaskan Latte dan Ganu lalu bergegas menyelamatkan "gadis idamannya" yang rupa-rupanya Mooisha!
33 23 Mei 2008 Muung, Ganu dan Latte pergi berjumpa dengan Holycow untuk memberitahu mengenai susu yang dikirimnya. Tetapi lain pula yang jadi di sana; Muung dilantik menjadi Holycow yang baru.
34 23 Mei 2008 Muung tidak selesa dengan peranan barunya sebagai Holycow.
35 30 Mei 2008 Muung dan Latte pulang ke Kg. Batu Lembu. Sebaik saja sampai, Muung ditemuramah oleh Kak Moonah yang sudah berubah suaranya yang menimbulkan syak wasangksa Muung.
36 13 Jun 2008 Muung ikut nasihat Kak Moonah untuk berjumpa dengan Dr. Ramli, pakar tekak. Tapi lain yang diminta, lain pula suara yang Muung dapat.
37 13 Jun 2008 Batu Lembu akan mengadakan pilihanraya ketua kampung. Maka sibuklah Tok Penghumoo dengan kempennya apabila dia dicabar oleh seorang pendatang baru.
38 11 Julai 2008 Tok Penghumoo perlu melakukan sesuatu untuk menewaskan calon parti pembangkang. Sesuatu yang drastik, sesuatu yang plastik.
39 11 Julai 2008 Siti Moo dapat masuk Akademi Mootasia.
40 25 Julai 2008 Nasib Siti Moo dalam Akademi Mootasia akan ditentukan oleh 3 juri yang tak berapa profesional.
41 25 Julai 2008 Mooisha kesunyian di Hamburg. Dia hendak menarik perhatian orang kampung dan terutamanya Muung.
42 1 Ogos 2008 Tok Penghumoo sungguh terkejut apabila terlihat aksi ghairah seseorang yang dikenali.
43 1 Ogos 2008 Atas arahan Eldermoo, Tok Penghumoo buat persiapan untuk selamatkan Mooishah, iaitu dengan menghantar Muung dan Latte.
44 8 Ogos 2008 Muung dan Latte dikepung tetapi dengan mudah saja robot-robot sotong itu mereka tewaskan. Ada udang di sebalik batu ni.
45 8 Ogos 2008 Muung dan Latte dalam perjalanan membawa Mooishah ke Moolantan untuk berjumpa dengan seorang pendita yang handal.
46 22 September 2008 Muung, Latre dan Mooishah berjumpa dengan Mootonio yang kononnya sedang mengimport eksport barang-barang ke Siamoo. Rupanya mereka terpedaya untuk menyeludup minyak ke Siamoo.
46 22 September 2008 Polis telah menahan Muung, Mooishah dan Latte gara-gara ditipu si Mootonio. Mujurlah Mootonio mengaku bersalah lalu Muung, Mooishah dan Latte dilepaskan. Mereka bertiga dihadiahkan peta ke Moolantan oleh polis.
46 22 September 2008 Muung, Mooiashah dan Latte meneruskan perjalanan mereka ke Moolantan. Mooishah mengganti peta agar mereka bertiga tersesat dan Mooishah tidak perlu berjumpa dengan pendita. Lambat laun tibanya mereka di Mooganu, di mana mereka berjumpa dengan kerabat diraja negeri itu yang mengaku Muung itu anakanda mereka.