Muwashshah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Templat:Arab culture Muwashshah (Arab: موشح muwaššaḥ  secara harfiah bermaksud "bengkung" dalam bahasa Arab Klasik; bentuk jamak muwāshshaḥāt موشحات atau tawāshīḥ تواشيح) ialah istilah bagi satu bentuk puisi dan satu genre muzik Arab. Bentuk puisinya terdiri daripada puisi ayat stropik banyak baris yang ditulis dalam bahasa Arab klasik. Menjadi kelaziman untuk dibuka dengan satu atau dua baris yang dipadankan bahagian kedua puisi pada rima dan pola irama; di Afrika Utara para penyair mengabaikan peraturan ketat pola irama bahasa Arab manakala penyair-penyair di Timur menurutinya. Genre muzik dengan nama yang sama menggunakan teks-teks muwaššaḥ sebagai lirik, masih dalam bahasa Arab klasik.[1] Tradisi nini boleh jadi dalam dua bentuk: waṣla Aleppo dan ''nubah'' Andalus Maghreb.

Bentuk puisi[sunting | sunting sumber]

Contoh puisi muwaššaḥ mula muncul seawal kurun ke-9 atau 10M. Maksud penuh perkataan ini dianggap datang dari perkataan Suryani, mušaḥta (ܡܘܫܚܬܐ) yang bermaksud "rima" atau "ayat mazmur".[2][3] Muwaššaḥ terawal di Levant difikirkan kuat dipengaruhi muzik suci Suryani sehinggakan mengekalkan baris ulang dalam bahasa Suryani.[3] Sesetengah pihak mengaitkan perkataan itu dengan sejenis tali pinggang berhiasan dua jalur, wišaḥ. Idea tersiratnya ialah bahawa dengan adanya satu rima tunggal pada baris ulang setiap rangkap, rangkap-rangkap itu seperti objek-objek yang tergantung daripada tali pinggang.

Genre muzik[sunting | sunting sumber]

Dari segi muzik, ensembelnya terdiri daripada oud (lute), kamanja (spike fiddle), qanun (box zither), darabukkah (goblet drum), dan daf (tambourine): pemain-pemain alat-alat muzik ini seriang membentuk koir. Pemain solo hanya mempersembahkan sedikit baris terpilih daripada teks yang dipilih. Di Aleppo, pelbagai baris maqam (skala) dan sehingga tiga wazan (rima) digunakan, dan modulasi kepada maqamat berdekatan adalah mungkin semasa seksyen B[[:]]. Sehingga mengalami pemodenan, adalah tipikal mempersembahkan waslah lengkap, atau sehingga lapan muwaššaḥ berturut-turut termasuklah pengenalan alat muzik (sama'i atau bashraf).[4] Ia mungkin berakhir dengan longa.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Petikan
  1. ^ Touma 1996, m/s. 71.
  2. ^ http://www.premiumwanadoo.com/cuneiform.languages/syriac/dosearch.php?searchkey=17007&language=id DIffinition of ܡܘܫܚܬܐ in Classical Syriac
  3. ^ a b تعريف الموشحات الأندلسية Diarkibkan 2012-11-19 di Wayback Machine, Al-Lutus Al-Muhajir
  4. ^ Touma 1996, m/s. 83.
Bibliografi
  • Benbabaali, Saadane, 1987, Poétique du muwashshah dans l'Occident musulman médiéval, thèse de 3e cycle, sous la direction de R. Arié, Paris 3, 1987.
  • Benbabaali, Saadane "La plume, la voix et le plectre, avec Beihdja Rahal, Barzakh, Alger, Déc. 2008.
  • Benbabaali, Saadane Bahdjat al-Nufûs fî Bahâ'i Djannât al-Andalus (l'Amour, la femme et les jardins dans la poésie andalouse) ANEP, Alger,2010
  • Corriente, Federico (1997). Poesía dialectal árabe y romance en Alandalús: cejeles y xarajat de muwassahat. Madrid: Gredos. ISBN 84-249-1887-8.
  • Emery, Ed (2006). Muwashshah: proceedings of the Conference on Arabic and Hebrew Strophic Poetry and its Romance Parallels, School of Oriental and African Studies (SOAS), London, 8–10 October 2004. London: RN Books.
  • Jones, Alan (1987). Romance Kharjas in Andalusian Arabic Muwassah poetry: a palaeographic analysis. London: Ithaca. ISBN 0-86372-085-4.
  • Jones, Alan & Hitchcock, Richard (1991). Studies on the Muwassah and the Kharja: proceedings of the Exeter international colloquium. Reading: Published by Ithaca for the Board of the Faculty of Oriental Studies, Oxford University. ISBN 0-86372-150-8.
  • Touma, Habib Hassan (1996). The Music of the Arabs, trans. Laurie Schwartz. Portland, Oregon: Amadeus Press. ISBN 0-931340-88-8.
  • Zwartjes, Otto (1997). Love songs from al-Andalus: history, structure, and meaning of the kharja. Leiden: Brill. ISBN 90-04-10694-4.
  • Zwartjes, Otto & Heijkoop, Henk (2004). Muwassah, zajal, kharja: bibliography of eleven centuries of strophic poetry and music from al-Andalus and their influence on East and West. Leiden-Boston: Brill. ISBN 90-04-13822-6.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]